Home / Kisah Tauladan / “Selama 39 Tahun Saya Pendam Impian Hendak Masuk Islam, Akhirnya Tercapai Juga Walaupun Sudah Berusia,”-Abdul Salam Abdullah @ M Santiago

“Selama 39 Tahun Saya Pendam Impian Hendak Masuk Islam, Akhirnya Tercapai Juga Walaupun Sudah Berusia,”-Abdul Salam Abdullah @ M Santiago

“Selama 39 Tahun Saya Pendam Impian Hendak Masuk Islam, Akhirnya Tercapai Juga Walaupun Sudah Berusia,”-Abdul Salam Abdullah @ M Santiago

GEORGE TOWN – “Selama 39 tahun saya pendam impian hendak masuk Islam, tapi akhirnya tercapai juga walaupun sudah berusia,” kata seorang mualaf warga emas berkongsi pengalamannya memeluk Islam.

Abdul Salam Abdullah, 61, yang nama asalnya M Santiago berkata, beliau sudah memendam hasrat untuk memeluk Islam sejak berusia 17 tahun lagi apabila tertarik dengan seorang rakannya yang beragama Islam ketika sama-sama bekerja di Johor Bahru, Johor ketika itu.

“Saya memang berasal dari Johor Bahru dan sejak tengok kawan sembahyang serta mengaji al-Quran menyebabkan saya tertarik, tetapi pada masa sama saya t4kut kerana perkara itu (memeluk Islam) pernah disuarakan kepada keluarga, namun mereka tidak setuju serta m4rah.

“Sejak hari itu, saya tidak berani lagi sebut pasal perkara itu di hadapan keluarga namun dalam masa sama masih cur1-cur1 mencari maklumat serta belajar secara senyap-senyap tentang agama Islam tapi masih belum mempunyai kekuatan untuk menvkar agama,” katanya.

Abdul Salam yang tinggal sendirian di sebuah rumah yang disewanya di belakang sebuah bengkel kereta berkata, selepas berhijrah ke Pulau Pinang enam tahun lepas, beliau mula belajar mengenai Islam dengan lebih serius sebelum memeluk agama itu setahun selepas itu.

Menurutnya, beliau sangat gembira dapat memeluk Islam dan setiap tahun bulan yang paling ditunggu-tunggu ialah Ramadan kerana sangat gembira serta teruja untuk berpuasa dan menunaikan solat tarawih di masjid bersama jemaah lain.

“Alhamdulillah seronok sangat… puasa tak tinggal lagi sejak lima tahun lepas. Tahun ini saya solat tarawih sendiri di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Persiapan raya pun ala kadar sahaja, pakai apa yang ada lagipun raya kedua saya akan sambung berpuasa enam hari lagi,” katanya yang masih bujang.

Beliau yang berniaga barangan lama di pasar Ropewalk itu bersyukur walaupun tidak dapat berniaga sejak dua bulan lepas berikutan pelaksanaan PKP, namun rezekinya tetap ada kerana ada beberapa pihak membantu menyalurkan bantuan termasuk terbaharu pihak MAPIM.

“Saya juga dapat Bantuan Prihatin Nasional jadi boleh la digunakan sepanjang tidak dapat berniaga sekarang ini, tapi saya bersyukur kerana ada pihak yang prihatin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban,” katanya.-Bernama.

Sumber: tazkirah via bicarakini.com

viraltodaypost tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Dalam Dan Luar Negara di viraltodaypost.com

About admin

Check Also

Isu ‘Traffic Jam’ Melamp4u, Kerajaan Pertimbang Untuk Laksanak4n Caj Kesesakan

Keadaan trafik dan lalu lintas di negara kita sering dibelenggu kesesakan terutama. sekali di beberapa …

Leave a Reply

Your email address will not be published.