Home / Kisah Tauladan / “Sejujurnya Selama Dekat Lima Tahun Saya Bertudung, 90 Peratus Orang Yang Suruh Saya Buka Tudung Adalah Muslim”- Pelakon Mia Sara
sejujurnya selam dekat lima

“Sejujurnya Selama Dekat Lima Tahun Saya Bertudung, 90 Peratus Orang Yang Suruh Saya Buka Tudung Adalah Muslim”- Pelakon Mia Sara

“Sejujurnya Selama Dekat Lima Tahun Saya Bertudung, 90 Peratus Orang Yang Suruh Saya Buka Tudung Adalah Muslim”- Pelakon Mia Sara

Beberapa ketika lalu hangat diperkatakan apabila pelakon, Mia Sara Nasuha mendedahkan masih ada syarikat produksi memintanya untuk membuka tudung sedangkan dia sudah pun berhijab sejak lima tahun lalu.

Beberapa ketika lalu, ketika dijemput menerusi program di TV Al-Hijrah, Mia tampil mendedahkan bahawa perkara tersebut sudah beberapa kali berlaku sejak dia mula berhijab lagi. Lebih mengejutkan, 90 peratus syarikat produksi Muslim memintanya untuk membuka tudung.

“Sejujurnya, selama dekat lima tahun saya bertudung, 90 peratus orang yang suruh saya buka tudung adalah Muslim.

Baca Juga: Kalimah Allah Yang Jelas Kelihatan Di Langit Pada Ramadhan Lepas. Ada Yang Mengaitkan Peristiwa Itu Dengan Malam Lailatulqadar. Allahuakbar

“Masa itu saya tersinggung. Awak (produksi) Muslim dan awak tahu bukan tidak tahu. Tapi tetap suruh macam itu juga. Bagi saya ia sangat tidak menghormati,” katanya.

Mia berkata isu tersebut sudah lama dipendamnya dan dia perlu mempertahankan diri serta ramai lagi artis lain yang senasib dengannya.

“Saya rasa saya perlu pertahankan diri saya dan orang Islam yang lain. Sebab itu saya buat keputusan untuk bercakap tentang perkara ini. Saya tahu ramai lagi artis lain yang kena tetapi masih tidak bersuara tentang benda ini,” katanya.

Terdahulu, gadis berusia 16 tahun itu berkata ramai yang menyangka dia sudah tidak aktif berlakon tetapi sebenarnya dia terpaksa menolak banyak tawaran. Tegasnya, dia lebih rela tidak berlakon daripada membuka tudung.

Sumber:rotikaya

viraltodaypost tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Ketahui Lebih Banyak Lagi Berita Dalam Dan Luar Negara di viraltodaypost.com

About admin

Check Also

Isu ‘Traffic Jam’ Melamp4u, Kerajaan Pertimbang Untuk Laksanak4n Caj Kesesakan

Keadaan trafik dan lalu lintas di negara kita sering dibelenggu kesesakan terutama. sekali di beberapa …

Leave a Reply

Your email address will not be published.