Home / Kisah Tauladan / Ada Beberapa Perkara Yang Perlu Difahami Oleh Semua, Penjelasan Dari Abang Yang Mula-Mula Tularkan Siakap Mahal
ada-beberapa-perkara-yang-perlu-difahami-oleh-semua,-penjelasan-dari-abang-yang-mula-mula-tularkan-siakap-mahal

Ada Beberapa Perkara Yang Perlu Difahami Oleh Semua, Penjelasan Dari Abang Yang Mula-Mula Tularkan Siakap Mahal

Ada Beberapa Perkara Yang Perlu Difahami Oleh Semua, Penjelasan Dari Abang Yang Mula-Mula Tularkan Siakap Mahal

Saya ingin memaklumkan kembali bahawa tujuan asal posting di Facebook peribadi saya yang dibuat pada 4 November adalah sekadar perkongsian dan peringatan.

Ianya bukanlah untuk menga.ib dan menja.tuhkan mana-mana pihak dan bukanlah juga untuk mencari mana-mana perhatian dan publisiti.

Ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh semua

Perkara utama kepada apa yang ditimbulkan ialah berat ikan yang disediakan kepada kami adalah sangat tidak wajar dan jauh daripada kebiasaan. Kami tempah ikan siakap untuk 7 orang makan. Yang kami terima ialah ikan yang sangat besar seberat 7.48 KG.

Kami sedia maklum bahawa harga makanan di kedai tersebut agak mahal daripada kebiasaan.

Ini pula beberapa perkara yang pihak kami ingin menafikan daripada apa yang did.akwa oleh pihak kedai di media.

Tiada makluman langsung kepada pihak kami, apatah lagi berulang kali bahawa ikan tersebut adalah ikan pameran dan selalunya dia tidak menjual kepada pelanggan. Begitu juga dengan makluman tentang ikan tersebut yang sudah berusia 11 tahun.

Tiada makluman kepada kami tentang berat ikan tersebut sebanyak 7.00 kilogram. Tiada makluman juga kepada pihak kami bahawa ikan tersebut bersaiz mega.

Size ikan yang ditunjukkan kepada kami dengan anggaran tangan sewaktu memaklumkan besar ikan tersebut amatlah berbeza dengan sewaktu dia tunjukkan kepada media.

Tiada ajakan daripada mereka untuk menangkap dan melihat ikan yang telah dinyatakan itu. Pihak kami juga ingin menafikan d.akwaan yang menyatakan bahawa pihak kami yang bersungguh-sungguh mahukan ikan tersebut juga.

Pihak kami berpandangan bahawa perkara ini telah mengelirukan pihak kami. Hasil pemerhatian pihak kami daripada perkongsian-perkongsian para pelanggan yang lain juga telah berlaku perkara yang hampir sama bahkan mungkin sama.

Pihak kami telah pun membuat aduan kepada pihak KPDNKHEP dan bersedia sekiranya perlu memberikan penjelasan tambahan ataupun kepada pihak berwajib yang lain. Pihak kami akan terus berkerjasama dengan pihak yang berkaitan sehingga k.es ini diselesaikan.

Pihak kami berharap agar penjelasan ini sedikit sebanyak dapat merungkai apa yang telah berlegar-legar di media sosial dan media massa yang lain sehingga telah menimbulkan kec.aman, ke.jian, pengh.inaan, c.aci dan m.aki kepada pihak kami.

Untuk makluman semua, perkara ini bukan sahaja telah terjadi kepada pihak kami. Namun telah terjadi kepada ramai pelanggan yang lain, yang turut hadir pada hari yang sama dengan pihak kami bahkan yang telah hadir sebelum-sebelum ini lagi.

Ramai pelanggan yang lain telah turut berkongsi pengalaman dan situasi mereka berserta resit mereka di media sosial dan di platform media yang lain.

Kami berharap agar perkara yang terjadi ini dapat diambil pengajaran oleh pihak kami khususnya dan kepada masyarakat yang lain amnya. Kami juga berharap agar pihak yang berwajib dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik dan berhemah.

Kami ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung khususnya pada pihak berwajib dan juga para media serta orang awam.

Akhir sekali kami ingin menyarankan agar kita semua dapat berhenti daripada memberikan komen yang berlebihan. Biarlah pihak yang berwajib menjalankan tugas mereka dan menjalankan siasatan mereka dengan teliti.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Kredit : FB/Kosmo via portalislamik

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan | Article Update

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender …

Leave a Reply

Your email address will not be published.