Home / Terkini / Caprice langsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya

Caprice langsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya

SECARA SENYAP-SENYAP – CAPRICE SELAMAT BERNIKAH

Nampaknya penyanyi rap sensasi, Caprice telah mengejutkan dunia hiburan apabila dia senyap senyap sudah pun selamat melangsungkan perkahwinannya dengan kekasih hatinya

Beliau bernikah dengan wanita pilihan hati, Farra Inalis yang berusia 26 tahun. Tiada angin tiada ribut, Caprice kini bergelar suami orang secara senyap-senyap.

Menerusi laporan media, seorang pengguna Instagram @yasserpink berkongsi sekeping foto memaparkan Caprice serta pasangan mmengenakan persalinan serba putih di atas pelamin sambil menyarungkan cincin.

Malah, foto perkahwinan Caprice itu turut dikongsi oleh penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz. Sementara itu, pengurus Caprice yang dikenali sebagai Aiman ketika dihubungi media juga tidak dapat mengesahkan mengenai berita berkenaan.

“Saya pun dapat info agak lambat, tak berani nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalau orang dah kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu. Saya kenal pasangan Caprice tu, dia baik orangnya. Apa yang saya tahu mereka dah berkenalan hampir setahun. Azira adalah kenalan rapat Caprice, maksudnya betul la kalau dia repost,” ujarnya.

About admin2

Check Also

Video Ini Tunjuk Perbezaan Layanan ‘Double Standard’ Antara Mat Saleh Dan Mat Nepal Oleh Rakyat Malaysia

Boleh dikatakan apabila content creator dari negara barat datang melancong ke Malaysia atau berniaga di sini atau boleh bercakap dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.