Home / Semasa / Orang cetek fikiran saja mahu b0’ik0’t produk bvka’n Is’la’m – Tun Mahathir

Orang cetek fikiran saja mahu b0’ik0’t produk bvka’n Is’la’m – Tun Mahathir

Orang cetek fikiran saja mahu boikot produk bukan Islam – Tun Mahathir

 

Pada ketika itu mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri berkata, gerakan seperti ini tidak akan mendatangkan kesan yang besar, malahan ia akan mengundang api kemarahan sahaja.

Tindakan memboikot produk bukan Islam adalah tindakan mereka yang cetek fikiran, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas Pengerusi Pakatan Harapan ketika itu mengatakan, gerakan seperti itu tidak akan mendatangkan kesan yang besar, malahan ia akan mengundang api kemarahan sahaja.

“Mungkin ada yang cetek fikiran, dia buat benda yang semacam tu tak berkesan, buat apa? Boikot ini satu senjata yang tak berkesan, cuma akan timbulkan kemarahan sahaja. Jadi jangan boikot barang sesiapa pun,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah melancarkan kempen mengutamakan pembelian produk muslim, di samping menggesa masyarakat Muslim tidak kira bangsa untuk mengutamakan produk produk Muslim yang berada di pasaran. Malahan kempen itu kian hangat apabila group persatuan mencecah 1.8 juta ahli juga turut bantu ngo memasarkan produk produk muslim dalam group mereka

Ia termasuklah semua jenis perniagaan yang dimuat naik iklan di dalam group berkenaan atas tujuan hebahan kepada orang awam

Group group facebook bmf telah menafikan bmf adalah kempen boikot sebaliknya ia adalah kempen mengutamakan produk produk Muslim untuk menaikkan ekonomi rakyat setempat

Ianya kempen yang berjaya sebab kita lihat pasaraya pasaraya muslim kini lebih ke depan termasuklah servis servis yang lainnya kerana ia telah mula diamalkan oleh masyarakat Muslim negara ini, lebih lebih lagi mereka adalah penduduk majoriti. Kini mereka bukan lagi pengguna tetapi peniaga.

 

About admin2

Check Also

[VIDEO] Gambar Anak Saiful Apek Ini Curi Perhatian, “Macam Sama La Dengan Ayahnya” – | Article Update

“Ehh muka sebijik apekk..” Siapa sahaja yg tdk mengenali pelawak & penyanyi, Saiful Apek Senario. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.