Home / National / “Saya terdengar dua dentuman sangat kuat” –Penduduk bagitahu apa yg mereka nampak di landasan Pangkalan TUDM
“saya-dengar-dua-dentuman-sangat-kuat”-–penduduk-bagitahu-apa-yg-mereka-nampak-di-landasan-pangkalan-tudm

“Saya terdengar dua dentuman sangat kuat” –Penduduk bagitahu apa yg mereka nampak di landasan Pangkalan TUDM

SEORANG juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban manakala seorang lagi ced.era dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhemp4s di Pangkalan Udara Butterworth di Butterworth, Selasa malam.

Kapten Mohamad Affendi Bustamy disahkan meningg4al dunia dalam n4has berkenaan.

Sementara itu, Mejar Mohd Fareez Omar dilaporkan mengalami kecederan berada dalam keadaan selamat dan stabil dan kini sedang diberikan r4watan di Hospital Seberang Jaya.

Bunyi deruan pesawat yang luar daripada kebiasaan dan diikuti dengan dentuman kuat mengejutkan penduduk yang tinggal berhampiran dengan Pangkalan TUDM di Butterworth, Selasa malam.

Peniaga, Mastura Mohammad Nordin, 44 berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.07 malam itu membuatkan dia meluru melihat apa yang berlaku di landasan Pangkalan TUDM yang tidak jauh dari gerainya di Kampung Benggali, Sungai Puyu, di Butterworth.

Menurutnya, selepas mendengar dentum4n kuat sebanyak dua kali dia melihat pesawat terb4kar di atas landasan.

“Saya memang dah biasa dengan bunyi pesawat tetapi kali ini memang lain.

“Ketika ia hampir mendarat saya dengar dua dentum4n sangat kuat sebelum melihat a,pi marak ketika pesawat itu terhemp4s,” katanya ketika ditemui media berhampiran lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua anggota yang terlibat dalam inside.n itu.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan TUDM mengesahkan berlaku satu kem4langan melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk MK108 di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth di Butterworth.

Dalam satu kenyataannya, TUDM berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 10.07 malam, Selasa.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM, jenazah Mohamad AffendI sedang diuruskan untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan terperinci nah4s pesawat pejuang Hawk
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menjalankan siasatan teknikal terperinci berhubung insiden pesawat pejuang Hawk terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, di sini, malam tadi.

Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung n4has terbabit.

“Kita akan buat siasatan terperinci,” katanya secara ringkas ketika ditemui di pekarangan Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, awal pagi hari ini.

Ketika ditanya mengenai keadaan mngsa, beliau enggan memberi sebarang komen buat masa ini.

Terdahulu, Mohd Asghar Khan tiba di HSJ pada 1.52 pagi dan meluangkan masa hampir 20 minit melawat mngsa yang terbabit dalam nah4as itu.

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

Iklan Billboard Penuh Muka Founder Produk, Ini Yang Usahawan Patut Belajar Dengan Apple & Android | Article Update

Sekiranya anda berada di lebuhraya, pasti perasan pelbagai iklan terpampang di billboard tepi jalan. Ada …

Leave a Reply

Your email address will not be published.