Home / National / NakDuduk Pun Takvt, Ini Tegur4n Netizen Kepada KJ Tent4ng Kerusi KlinikKesiihatan Berk4rat
nakduduk-pun-takvt,-ini-tegur4n-netizen-kepada-kj-tent4ng-kerusi-klinikkesiihatan-berk4rat

NakDuduk Pun Takvt, Ini Tegur4n Netizen Kepada KJ Tent4ng Kerusi KlinikKesiihatan Berk4rat

Seorang pengguna Twitter baru-baru ini berkongsi beberapa keping gambar memaparkan keadaan perabot usang yang didakwa di sebuah Klinik Kesihatan milik Kementerian Kesihatan (KKM).Menerusi satu ciapan oleh @ultranatasja, beberapa buah kerusi di ruangan menunggu dilihat berada dalam keadaan daif dan berkarat.

“Mungkin tiba masanya utk KKM menyelenggara perabot di Klinik Kesihatan (KK). Terdapat banyak yang berada dalam keadaan daif, tidak mencukupi untuk pada ibu mengandung dan bayi baru lahir.

“Kita tak minta perabot ekslusif, sudah memadai yang tidak berkarat dan stabil untuk digunakan,” kata ciapan tersebut yang kini telah mendapat lebih daripada 5,000 ulang ciap.

Menerusi ciapan tersebut juga, pengguna itu turut menyeru agar perkara itu diberi perhatian oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna platform media sosial yang menggesa agar tindakan segera diambil sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.

“Tindakan segera perlu dilakukan. Institusi kesihatan awam mempunyai peranan memberi perkhidmatan kesihatan awam yang baik kepada rakyat tetapi keadaan sebegini tidak selesa untuk rakyat,” tulis @FarhanahMel.

“Sekurangnya kerusi besi tu boleh tukar yang berlapik sikit. Tidaklah sakit dan keletihan ibu mengandung yang menunggu lama di situ,” ujar @afeeliafarhaniz.

“Kerusi di KK Hutan Melintang sudah hitam berdebu dan kerusinya berkulat. Nak duduk pun geli memandangkan saya membawa bayi,” kata @ultranatasja lagi

Sumber : KOsmo Online!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.