Home / National / Hidup4n Seak4n Beg Plastik Ini S4ngat Merbah4ya Pada Manusia
hidup4n-seak4n-beg-plastik-ini-s4ngat-merbah4ya-pada-manusia

Hidup4n Seak4n Beg Plastik Ini S4ngat Merbah4ya Pada Manusia

Terdapat pelbagai hidupan sama ada di daratan mahupun lautan ciptaan Tuhan yang unik dan menarik untuk dikaji. Hingga ke hari ini, masih banyak lagi hidupan yang mungkin kita belum tahu dan lihat.

Antaranya, hidupan ini yang dilaporkan terdampar di persisiran pantai St Anne, England baru-baru ini.

Jika sekali pandang, ia tidak ubah seakan-akan beg plastik yang berisi angin, ataupun belon kecil. Namun sebenarnya ia adalah hidupan yang sangat membahayakan manusia.

Dikenali sebagai Portuguese man o’ war, (Physalia physalis), ia adalah siphonophore, iaitu sekumpulan hidupan yang mempunyai kaitan dengan obor-obor. Hidupan kecil yang hidup dalam koloninya ini disebut sebagai zooids.

Ia mempunyai sesunggut yang panjang dan nipis dengan ukuran boleh mencecah 165 kaki. Sesunggut ini diliputi oleh racun yang digunakan untuk melumpuhkan dan membunuh ikan dan makhluk kecil lain. Bagi manusia, sengatan man o’ war adalah sangat menyakitkan, tetapi jarang membawa maut. Namun, man o’ war yang sudah mati dihanyutkan di pantai juga boleh menyebabkan sengatan jika disentuh.

Hidupan ini akan terapung pada permukaan dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain bergantung kepada tiupan angin. Tiupan angin kencang dan ombak kuat menyebabkan hidupan ini terdampar ke persisiran pantai lalu membahayakan manusia.

Menurut laporan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Portuguese man o’ war ni pernah ditemui di Pantai Pulau Kekabu Marang, Pantai Pengkalan Maras dan Pantai Telok Ketapang pada Februari 2020 lalu.

Sumber : Era

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

Fenomena Air Pasang Merah ‘Misteri’ Landa Pant4i Mexico, Ribu4n Ikan & Sotong Mati Terdampar

Fenomena Air Pasang Merah ‘Misteri’ Landa Pantai Mexico, Ribuan Ikan .& Sotong Mati Terdampar MEXICO …

Leave a Reply

Your email address will not be published.