Home / National / Anak Tertel4n Syiling 10 Sen & S4ngkut Dalam Badan, Ibu Luah Rasa Kes4l
anak-tertel4n-syiling-10-sen-&-s4ngkut-dalam-badan,-ibu-luah-rasa-kes4l

Anak Tertel4n Syiling 10 Sen & S4ngkut Dalam Badan, Ibu Luah Rasa Kes4l

Sesiapa yang mempunyai anak-anak kecil pasti faham situasi di mana ibu bapa mahupun penjaga harus mengambil langkah lebih berhati-hati ketika menjaga anak kecil.

KemaIangan yang berlaku di kalangan anak-anak kecil sering terpampang di muka akhbar mahupun sosial media dan kebanyakannya hal ini berlaku di rumah. Oleh itu, ibu bapa haruslah peka dan pantau setiap pergerakan anak-anak supaya tiada kemaIangan yang akan berlaku.

Baru-baru ini, sepasang suami isteri panik apabila tiba-tiba anak perempuan mereka tertelan duit syiling 10 sen.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Keadaan menjadi lebih ter0k apabila duit syiling tersebut masih tersangkut di dalam badan budak perempuan yang berumur dua tahun itu selepas tiga hari ins!den itu berlaku.

Ujar Munira Alia Nasir, 28, ibu kepada budak perempuan itu, ins!den itu berlaku apabila anaknya sedang leka memegang duit syiling itu sambil baring sebelum ianya jat0h ke dalam mulut anaknya, Firraa Delisha Mohd Firdaus.

“Kejadian berlaku dalam pukul 10 malam pada 15 November, masa tu daddy dia masuk bilik tapi tak sampai 10 minit dia bawa keluar Firraa dalam keadaan tak bermaya.”

“Muka Firraa pucat lepas tu dia Iemah, jadi saya cepat-cepat bangun tonggengkan dia, pegang kaki dia kepala ke bawah, saya kocak-kocak dia panggil nama dia.”

“Alhamdullilah Allah masih panjangkan umur dia, dia muntah tapi duit tu tak keluar,” jelasnya.

Lebih mesra disapa Ira, menetap di Setapak berdekatan ibu negara, suaminya Mohd Firdaus, 30 cuba untuk mengeluarkan duit syiling tersebut namun usahanya hanya sia-sia.

Jelasnya lagi, ujian X-ray menunjukkan duit syiling tersebut telah sampai ke usus Firraa.

“Daddy dia cuba nak tarik tapi duit tu dah masuk dalam.”

“Lepas dia muntah tu nampak dia okay, dia minta air. Kami bawa juga ke Hospital Kuala Lumpur tapi ramai orang, jadi nurse cakap lama kena tunggu dalam lima jam, jadi kami terus cari klinik 24 jam, tapi tak boleh X-ray malam-malam, jadi keesokkannya baru X-ray di hospital swasta.”

“Duit tu memang ada tapi dah masuk usus, Jumaat ni akan X-ray lagi sekali h4rap-h4rap keluar la syiling tu sebelum Jumaat ini,” ujarnya lagi.

Tambah Ira, jika duit syiling itu masih tidak dapat dikeluarkan, anaknya terpaksa dibawa rujuk ke hospital untuk menjalani pembedahan.

“Doktor minta kami pantau n4jis dia insyaAllah akan keluar tapi kalau tak keluar juga Jumaat ni dia akan di refer ke hospital untuk bedah.”

“Setakat hari ini (18 November) masih belum keluar lagi, seharian kami tunggu dia buang air.”

“Doktor tak ada bagi ubat apa-apa cuma kami bagi dia makan betik dan makan macam biasa seperti yang disarankan doktor,” kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Bersyukur anaknya masih dipanjangkan umur, Ira berh4rap agar ibu bapa di luar sana boleh mengambil pengajaran daripada pengalaman ‘n g e r i’ yang menimpa mereka sekeluarga.

“Ni kali pertama benda ni jadi memang malam tu kami men4ngis juga la.”

“Pada 13 November tu birthday dia, kejadian berlaku dua hari kemudian, jadi dia yang bagi surprise dekat mummy daddy dia.”

“Semoga dijadikan pengajaran buat semua ibu bapa, doakan anak saya semoga syiling tu keluar dalam masa dua tiga hari ni,” pesannya yang juga seorang peniaga atas talian.

Firraa dikatakan kembali aktif seperti kanak-kanak biasa namun sedikit ‘n g e r i’ dengan duit syiling.

“Kami cuba hulur syiling pada dia tapi dia cepat-cepat jawab tak nak lepas tu pusing kepala, f0bia mungkin,” tambahnya lagi.

– Sumber & video dipetik dari Yoy Network, TikTok, Instagram Munira Alia

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

Fenomena Air Pasang Merah ‘Misteri’ Landa Pant4i Mexico, Ribu4n Ikan & Sotong Mati Terdampar

Fenomena Air Pasang Merah ‘Misteri’ Landa Pantai Mexico, Ribuan Ikan .& Sotong Mati Terdampar MEXICO …

Leave a Reply

Your email address will not be published.