Home / Kisah Tauladan / Nama Usahawan ‘Ditendang’ Dari Syarikat, Ramai Pakat Boikot Bisnes Si Suami?
nama-usahawan-‘ditendang’-dari-syarikat,-ramai-pakat-boikot-bisnes-si-suami?

Nama Usahawan ‘Ditendang’ Dari Syarikat, Ramai Pakat Boikot Bisnes Si Suami?

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang usahawan Nur Amirah mendakwa namanya dibuang daripada syarikat sendiri oleh suaminya di bawah jenama pakaian Elrah Exclusive sehingga mengundang simpati orang ramai.

Menurut warganet, tindakan tersebut disifatkan menganiaya wanita apatah lagi pernah melalui susah senang bagi memperkukuhkan jenama berkenaan meskipun si suami tidak mempunyai apa-apa sebelum ini.

Menerusi pemerhatian di media sosial Facebook, segelintir warganet menyatakan hasrat untuk memboikot perniagaan lelaki berusia 33 tahun itu susulan dakwaan ‘kejam’ dilakukan terhadap isterinya.

Mereka berpendapat, lelaki terbabit tergamak ‘menendang’ isterinya daripada perniagaan yang diusahakan bersama-sama selain mendakwa bersikap ‘tarik tali’ meskipun wanita itu sudah memfailkan permohonan cerai.

Menerusi ciapan di laman Twitter pula, terdapat juga individu menyatakan hasrat sama supaya tidak membeli lagi jenama berkenaan kerana ‘sakit hati’ apabila melihat pengorbanan usahawan wanita itu tidak dihargai oleh suaminya.

Terdahulu, beberapa pengguna Facebook memuat naik kompilasi video memaparkan luahan Nur Amirah atau mesra dipanggil Kak Migha menerusi IG Live sehingga mendapat belasan ribu perkongsian dalam kalangan warganet.

Sumber: Facebook , Twitter

PERHATIAN: Media Viral Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

Brunei akhirnya buka jamb4tan terpanjang Asean untuk kenderaan lu4r

Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, jamb’atan terpanjang di Asia Tenggara, di Brunei kini telah …

Leave a Reply

Your email address will not be published.