Home / Semasa / ISTERI DI KELUARKAN NAMA DARI SYARIKAT? TAK SANGKA BANYAK RESIKO MENANTI BELIAU

ISTERI DI KELUARKAN NAMA DARI SYARIKAT? TAK SANGKA BANYAK RESIKO MENANTI BELIAU

Pasti ramai mengenali pasangan usahawan Nur Amirah dan El Azman yang merupakan founder kepada jenama pakaian Elrah Exclusive. Kemelut perhubungan antara pasangan ini pernah jadi tumpuan sebelum ini dan disangka sudah jernih apabila dilihat sudah berdamai semula.

Akan tetapi, Nur Amirah telah mendedahkan bahawa dirinya telah dikhianati suaminya menerusi sesi ‘live’ di Instagram miliknya. Menurutnya, beliau telah dibuang daripada syarikat oleh suaminya sendiri selepas meminta untuk berpisah walaupun sebelum ini dirinya masih bergelar pengarah syarikat.

Akan tetapi, beliau menafikan dirinya gilakan harta kerana apa yang dilakukannya hanya untuk mendapatkan hak diri dan anak-anak. Tambahnya, Nur Amirah juga membangunkan syarikat itu ketika suaminya masih belum mempunyai apa-apa.

Malah, Nur Amirah juga mendedahkan bahawa pernah mengalami tekanan perasaan di awal perkahwinan mereka dan pernah meminta untuk diceraikan kerana tidak merasa bahagia. Bukan itu sahaja, beliau turut terpaksa pergi memeriksa kandungan sendirian sepanjang kehamilan kerana suami memberi alasan sibuk dengan kerja.Akan tetapi, beliau menafikan dirinya gilakan harta kerana apa yang dilakukannya hanya untuk mendapatkan hak diri dan anak-anak. Tambahnya, Nur Amirah juga membangunkan syarikat itu ketika suaminya masih belum mempunyai apa-apa.


Nur Amirah juga kelihatan begitu sebak dan tertekan sehingga merayu agar suaminya segera melepaskan dirinya kerana sudah tidak tahan lagi hidup dalam perkahwinan yang tidak bahagia. Video sesi ‘live’ tersebut telah banyak dikongsi kembali oleh netizen.

Hal tersebut menjadi perbualan ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan pendedahan yang dibuat usahawan tersebut. Malah, para netizen berharap hal itu dapat diselesaikan segera dan memberikan sokongan kepada Nur Amirah.

KREDIT :KEHIDUPAN

About admin2

Check Also

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Seorang sifu bisnes terkemuka yg bertaraf jutawan & mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.