Home / Terkini / Kawal lalu lintas ketika konvoi motosikal berkuasa tinggi, polis tahan 2 individu

Kawal lalu lintas ketika konvoi motosikal berkuasa tinggi, polis tahan 2 individu

POLIS menahan dua suspek yang didakwa menghentikan lalu lintas bagi membenari laluan kepada konvoi motosikal berkuasa tinggi melalui persimpangan lampu isyarat di Port Dickson pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya turut merampas dua motosikal berkuasa tinggi dan topi keledar daripada suspek.

Kedua-duanya ditahan di Bandar Springhill pada awal pagi Selasa.

Seorang daripada suspek bekerja sebagai pembantu di sebuah firma guaman manakala seorang lagi penyelia kilang.

Ketika kejadian, lampu isyarat sedang berwarna merah, namun suspek membenarkan konvoi itu melalui jalan tersebut.

“Kami masih mencari empat lagi yang dirakam dalam video tular pada Ahad lalu,” ujar beliau.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Polis dan Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Di bawah Seksyen 21 Akta Polis, pesalah boleh didenda sehingga RM200 atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan boleh didenda sehingga RM300.

Tambah beliau lagi, mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi balai polis daerah di talian 06-647 2222.

KREDIT : MSTAR

About admin2

Check Also

Ainul Ditidurkan, Say4 Redha, Dah Halalkan An4k Saya – Bapa Ainul

Ainul Mardhiah sebelum ini yang disahkan mengalami jangkitan di seluruh badan. kini terpaksa dipasangkan alat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.