Home / Semasa / Pemaju perlu bina rumah mampu milik, bukan hanya sekadar tengok

Pemaju perlu bina rumah mampu milik, bukan hanya sekadar tengok

PEMAJU perumahan seharusnya membina lebih banyak rumah mampu milik di negara ini daripada membina rumah yang ‘mampu tengok’.

Ini kerana, jika dilihat kepada harga rumah yang dibina dan dijual, rata-rata mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah tidak mampu membeli rumah yang ditawarkan di pasaran.

Kebanyakan daripada pengguna hanya mampu melihat sahaja dengan angan-angan untuk memiliki rumah mereka sendiri tetapi yang mereka mampu hanyalah menyewa berikutan taraf hidup semakin meningkat.

Selain membina lebih banyak rumah mampu milik, pemaju juga perlu memastikan pembinaan projek perumahan dibangunkan di lokasi strategik.

Pembinaan seharusnya memudahkan akses dari segi kemudahan awam seperti khidmat pengangkutan awam, sekolah, klinik, hospital dan pasar raya selain kemudahan parkir kenderaan yang mencukupi di kawasan perumahan dibina.

Jika perkara-perkara seperti itu tidak dipertimbangkan, sudah tentu terjadinya banyak unit rumah yang dibina tidak terjual.

Pembinaan rumah yang tidak terjual juga memberikan kesan besar kepada pemaju dan sekiranya ia tidak terjual dalam tempoh yang disasarkan, pemaju disaran untuk menawarkan diskaun terhadap rumah-rumah terbabit.

Jika melihat kepada statistik, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merekodkan sebanyak 30,290 unit rumah siap dibina tidak terjual bagi suku ketiga tahun ini dengan nilai RM19.75 bilion.

KREDIT :SINAR HARIAN

About admin2

Check Also

Syamsul Yusof, pecɑh panggung! filem Mat Kilau tembusi angka RM39.2 juta!

FILEM epik Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof yg mula ditayangkan di negara ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published.