Home / Terkini / Pulau Pinang dakwa tidak mampu bayar caj air Kedah

Pulau Pinang dakwa tidak mampu bayar caj air Kedah

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika hadir majlis rasmi di Istana Negara, Kuala Lumpur, malam tadi. NSTP/Ihsan Pembaca

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menghadiri majlis rasmi di Istana Negara malam tadi, berkesempatan bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, bagi bertanya isu caj air mentah antara kedua-dua negeri itu.

Dalam pertemuan itu, Muhammad Sanusi berterus terang membuat tuntutan kepada Kon Yeow bagi mendapatkan caj air mentah yang diambil negeri jiran itu melalui Sungai Muda.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan jawapan Kon Yeow agak menghampakan, selain alasan yang diberi Ketua Menteri itu tidak dapat diterima.

“Jawapan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada saya adalah negeri itu tidak mampu membayar kerana hasil mereka tidak banyak.

“Sukar sekali menghadam jawapan itu kerana semua orang tahu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjana pendapatan dan keuntungan yang banyak daripada industri bekalan air kepada sektor industri, perkapalan dan domestik daripada air mentah yang berpunca dari Kedah,” katanya.

Beliau yang turut memuat naik dua gambar bersama Kon Yeow berkata demikian melalui status di laman sosialnya, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, tuntutan caj air mentah itu adalah semata-mata untuk negeri dan rakyat Kedah.

“Kami menuntut hak yang wajar dan munasabah daripada pengorban dan Kedah menyimpan kawasan tadahan ratusan ribu hektar.

“Dari situlah mengalirnya sungai-sungai membekalkan air mentah untuk minuman dan kawasan pertanian makanan buat Kedah, Pulau Pinang dan Perlis,” katanya.

Sementara itu, Kon Yeow turut memberi respon melalui laman sosialnya, menegaskan negeri itu tidak akan membayar caj berkenaan berikutan air mentah Sungai Muda diambil di dalam sempadan Pulau Pinang.

“Saya dengan ini menegaskan bahawa pendirian Pulau Pinang sudah banyak kali dinyatakan secara rasmi. Kita tidak akan bayar kerana isu bayaran adalah tidak berbangkit.

“Ini kerana kita ambil air dari sempadan negeri kita. Nampaknya Kedah masih tidak mahu faham,” katanya.

kredit :bh online

About admin2

Check Also

Harg4 siling baharu ayam tidak cec4h RM15 sekilogram?

Kuala Berang: Harga siling baharu bagi ayam segar yang. akan diumumkan mengambil kira kepentingan pengguna …

Leave a Reply

Your email address will not be published.