Home / National / Pelancong Ini Terakam ‘Sesuatu’ Yang Tak Disangka-Sangka Mengunakan Kamera Gopro Ketika Dia Sedang Mandi Manda Di Kawasan Air Terjun
pelancong-ini-terakam-‘sesuatu’-yang-tak-disangka-sangka-mengunakan-kamera-gopro-ketika-dia-sedang-mandi-manda-di-kawasan-air-terjun

Pelancong Ini Terakam ‘Sesuatu’ Yang Tak Disangka-Sangka Mengunakan Kamera Gopro Ketika Dia Sedang Mandi Manda Di Kawasan Air Terjun

SEORANG perenang tanpa disedari merakamkan saat-saat seorang individu lemas di sebuah air terjun terkenal di Australia.

Anneka Bading sedang merakamkan gambar dalam air menggunakan kamera GoPro miliknya di Air Terjun Mackenzie di Victoria, apabila tragedi itu berlaku di belakangnya.

Seorang lelaki Taiwan berusia 28 tahun terjatuh ke dalam air terjun tersebut selepas tergelincir, dalam kejadian pada Sabtu.

Rakaman GoPro itu merakamkan saat-saat selepas lelaki itu terjatuh ke dalam air.

Bading memberitahu The Age bahawa orang ramai mula menjerit dan menunjuk ke arah belakang di mana dia dan rakannya sedang berenang.

“Kami tidak tahu apa yang sedang berlaku, kami ingatkan ada binatang dalam air. Kami tak faham apa yang sedang berlaku dan mereka terus menjerit dan menunjuk sesuatu,” katanya.

“Seorang gadis merampas kayu GoPro saya dan cuba menggunakannya untuk menyelamatkannya. Saya kemudian melihat seseorang sedang lemas,” katanya kepada The Age.

Bading berkata orang ramai cuba membantu tetapi tekanan air dan kedalamannya menjadikannya sukar dan berbahaya.

Dia dan pengunjung lain di kawasan itu cuba menghubungi perkhidmatan kecemasan tetapi gagal kerana masalah liputan.

Bading kemudian berlari ke kereta dan memandu selama sepuluh minit bagi mendapatkan akses untuk membuat panggilan.

Bading memberitahu The Age bahawa kawasan itu memerlukan lebih banyak papan tanda amaran dan perkhidmatan telefon supaya orang ramai dapat meminta bantuan jika berlaku kecemasan.

Mayat lelaki itu ditemui pada keesokan harinya. Difahamkan mayatnya tersekat di bawah celah batu.

Seorang jurucakap Parks Victoria memberitahu The Age bahawa terdapat papan tanda di air terjun itu melarang orang ramai berenang.

Katanya, untuk mendapat liputan telefon bimbit di situ ‘sangat mencabar’ tetapi ia akan diusahakan.

Dalam posting di Facebook, Bading berkata kejadian itu begitu ngeri untuk dilihat.

“Jika anda tidak pandai berenang, jangan pergi dekat dengan air,” katanya.

SUMBER : M STAR

PERHATIAN: Thepostbd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiriDapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

Tutup kedai selepas 29 tahun berniaga gara-gara gagal t4mpung kos bahan ment4h yang menggila

Ramai peniaga makanan terkesan dengan kos bahan mentah yang makin menggila. Bukan sedikit peniaga juga …

Leave a Reply

Your email address will not be published.