Puding Roti Bakar
Bahan-bahan:
6 keping roti (dipotong kasar)
½ cawan gula (kurangkan jika tak mahu manis)
2 cawan susu UHT
2 sudu besar mentega (dicairkan)
½ cawan tepung gandum
2 biji telur
½ sudu esen vanila
Cip coklat atau kismis *optional
Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam bekas dan gaulkan.
Jika kurang berair, masukkan susu. Jika terlalu berair, tambahkan roti atau tepung.
Griskan loyang dengan mentega atau marjerin.
Taburkan tepung di sekeliling loyang.
Tuang adunan tadi di dalam loyang dan masukkan ke dalam penggoreng udara (airfyer) yang telah dipanaskan.
Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit, kemudian 140°C pada 20 minit.
Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
Sedia untuk dihidang.
Kredit: Azrina Mohd