Buat pencinta kopi sememangnya rangkaian minuman terkenal Starbucks menjadi pilihan. Namun tidak semua mampu menikmati minuman jenama itu kerana harganya yang mahal.
Baru-baru ini tular video memaparkan seorang gadis menangis kerana membeli air Starbucks. Dapat dilihat gadis itu menitiskan air mata dan sedang menampal pelekat seolah mahu mengalihkan perhatian.
Rupanya, gadis itu menangis hanya kerana teman lelakinya bertanya mengapa minuman dibeli mahal sangat apatah lagi menggunakan kad miliknya untuk membayar minuman berkenaan.
Video diaplikasi TikTok itu dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter yang meluahkan rasa sedih melihat gadis itu menangis.
Katanya, jika teman lelakinya bertanyakan soalan sedemikian, dia akan membayar semula minuman tersebut dan meninggalkan lelaki berkenaan.
Malah, ada segelintir netizen mengatakan takkan dengan kekasih pun nak berkira. Tidak kurang juga ada yang mengatakan, jika tidak mampu, lebih baik jangan ada teman wanita.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan jika tidak mampu atau harga minuman tersebut membebankan si lelaki perlu berterus terang daripada mengeluarkan ayat tersebut.
Sementara itu ada yang berseloroh mengatakan ini baru jadi kekasih belum lagi jadi isteri suatu hari nanti dimana banyak tanggungjawab sebagai seorang suami.
SUMBER: Twitter Sabbybyyy
PERHATIAN: Thepostbd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiriDapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share