Home / National / Tular GF Menangis Lepas BF Sentap Beli Air Mahal, Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan. “Dia memang Suka Nangis”
tular-gf-menangis-lepas-bf-sentap-beli-air-mahal,-lelaki-ini-tampil-beri-penjelasan.-“dia-memang-suka-nangis”

Tular GF Menangis Lepas BF Sentap Beli Air Mahal, Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan. “Dia memang Suka Nangis”

Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang…

Itulah istilah yang selalu orang kaitkan apabila ada pasangan yang seronok bercinta. Malah ada yang jenis tidak kisah untuk berbelanja lebih sewaktu keluar date untuk gembirakan hati girlfriend atau boyfriend.

Namun, bukan semua orang boleh sewenang-wenangnya untuk belanja pasangan masing-masing lebih dari kemampuan sendiri. Seperti video TikTok yang viral baru-baru ini, kelihatan seorang wanita menangis kerana ditanya oleh teman lelakinya mengenai air yang dibeli, ‘Kenapa mahal sangat?’

Ternyata video TikTok ini juga telah viral di media sosial dan pelbagai reaksi yang dikongsikan oleh warganet mengenai situasi tersebut. Rata-rata ada yang menegur lelaki tersebut kerana dia tidak sepatutnya bertanyakan soalan sebegitu apabila dengan teman wanita.

“Hmm semua perempuan ceni rupanya… Sensitive betul soalan tu, rasa macam kita ni menyusahkan & serba salah” – Komen netizen

Bukan itu sahaja, ramai yang turut mengatakan sekiranya kejadian itu terjadi kepada diri mereka, mereka akan terus meninggalkan lelaki tersebut kerana dikatakan berkira dengan teman wanita mengenai duit walaupun ketika keluar bersama.

“Dia memang suka nangis” – Teman lelaki

Terkesan dengan video tersebut, teman lelaki kepada wanita tersebut tampil membuka mulut dengan memuatnaik satu video untuk menjelaskan situasi sebenar yang berlaku disebalik kejadian tersebut.

Ternyata, teman lelakinya terkejut dengan harga air berkenaan kerana tidak tahu bahawa teman wanita beli dua air yang viral di TikTok sehingga menyebabkan air tersebut berjumlah RM40.

Ini kerana dia tahu harga kebiasaan bagi air tersebut dan dia bertanyakan soalan itu kerana terkejut apabila menerima mesej mengenai penggunaan kadnya. Bukan itu sahaja, dia turut menceritakan hal sebenar tentang isu teman wanitanya menangis selepas ditanya tentang harga air.

“Dia memang suka nangis… Dalam video saya ni banyak je video dia nangis. Tengok movie sedih, nangis. Tengok konsert pun nangis. Jadi saya tak sangka pula video yang saya upload ni boleh blow up sampai macam ni…” – Teman lelaki dalam video

Video penjelasan itu juga telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang rata-rata turut memahami dan juga meminta maaf kerana bertindak melulu dengan menghentam lelaki tersebut di bahagian komen tanpa mengetahui hal sebenar.

Oleh itu, tak salah untuk belanja menggunakan duit pasangan, tetapi haruslah beragak-agak untuk menggunakannya supaya tidak terlebih belanja walaupun telah mendapat kebenaran dari teman lelaki atau teman wanita.

Biasalah tu, lumrah pasangan bercinta kan? Ada pasang surut dalam hubungan… Min doakan korang berdua terus bahagia sehingga ke jenjang pelamin…

SUMBER: LOBAK MERAH

PERHATIAN: Thepostbd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiriDapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

Korea Utara Salahk4n Rakyat Sentuh ‘Barang Asing’ J4di Punca COVID-19 Merebak

Korea Utara mendakwa wabak COVID-19 di negara itu mula merebak selepas rakyatnya menyentuh ‘barang asing’ berhampiran sempadan dengan Korea …

Leave a Reply

Your email address will not be published.