Home / Entertainment / Main Kahwin-Kahwin- Tauke Jambu Sengaja Buat Sebab Nak Ajar Netizen
m4in-kahwin-kahwin-tauke-jambu-sengaja-buat-sebab-nak-ajar-netizen

Main Kahwin-Kahwin- Tauke Jambu Sengaja Buat Sebab Nak Ajar Netizen

Tauke Jambu dah buat permohonan maaf selepas buat gimik kahwin untuk mempromosikan produk kesihatan.

Kata Tauke apa yang dilakukan adalah untuk mengajar netizen untuk bersabar dan tak mudah membuat spekulasi.

“Saya minta maaf kepada netizen dan orang di luar sana, saya tak ada niat untuk scam atau menipu mereka.

“Ni cara zaman sekarang sebab nak menjana ekonomi. Masing-masing ada cara tersendiri… cuma harap netizen sebelum memberi sebarang komen dan spekulasi kena teliti terlebih dahulu.“Ini mengajar kita untuk bersabar dan menunggu segala keputusan baru lah kita tentukan dan komen jangan nak hentam je,” katanya kepada mStar.

Walaupun dikecam teruk, Tauke tak ambil hati atau ambil serius dengan pandangan negatif terhadap dirinya.

“Saya tak ada simpan apa-apa pun, biasa la lumrah kehidupan ada pasang dan surut.

“Saya pun tak menyalahkan netizen sebab mereka yang menyokong kita sebenarnya sebab sebagai artis dan selebriti memang memerlukan netizen.”

Ramai yang anggap idea menggunakan isu perkahwinan adalah sangat sensitif namun Tauke kata tak ada apa yang nak diperbesarkan dan menganggap perkara itu hanya ‘main kahwin-kahwin’.

“Pasal isu kahwin tu pula samalah macam zaman kecil dulu mesti ramai pernah main kahwin-kahwin.

“Jadi macam saya ni baru nak hidup semula selepas banyak lakukan kesalahan, jadi saya ibaratkan diri macam budak main kahwin-kahwin.”

Sengaja buat netizen marah tak takut kena boikot ke tu?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Cari

About mohd cucu

Check Also

Tutup kedai selepas 29 tahun berniaga gara-gara gagal t4mpung kos bahan ment4h yang menggila

Ramai peniaga makanan terkesan dengan kos bahan mentah yang makin menggila. Bukan sedikit peniaga juga …

Leave a Reply

Your email address will not be published.