Home / National / Kereta Kesayangan Terhumban Ke Sungai, Reaksi Sayu Pakcik Buat Ramai Sebak
kereta-kesayangan-terhumban-ke-sungai,-reaksi-sayu-pakcik-buat-ramai-sebak

Kereta Kesayangan Terhumban Ke Sungai, Reaksi Sayu Pakcik Buat Ramai Sebak

Setiap orang pasti mempunyai barang atau harta kesayangan yang memang sukar untuk ditukar ganti. Berkemungkinan apa yang mereka miliki itu mempunyai cerita serta sentimental value tersendiri dalam kehidupan.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @aiman.paproll apabila berkongsi momen sayu sebuah kereta lama milik lelaki warga emas yang terhumban ke dalam sungai yang berarus.

Kereta kesayangan kemalangan

Walaupun hanya jatuh di pinggir sungai, namun melihat dari ekspresi lelaki itu cukup sayu dan menyedihkan kerana kereta itu adalah kenderaan kesayangannya.

Walaupun pemandu kereta iaitu lelaki warga emas itu selamat, namun keretanya habis rosak dan dimasuki air serta sampah sarap selepas terhumban ke sungai.

Satu-satunya kereta yang dipunya

Dia yang cuba membersihkan kereta lamanya  itu kelihatan tersenyum kelat kerana melihat kondisi kenderaan kesayangannya.

Menurut pengguna TikTok yang memuat naik video tersebut, kereta itu sudah digunakan oleh lelaki itu sejak @aiman.paperoll kecil lagi dan pernah beberapa kali menumpang kereta tersebut sewaktu ingin ke sekolah dulu.

Sedih tengok pakcik tu

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa sebak melihat reaksi lelaki warga emas berkenaan apabila mendapati kondisi satu-satunya keretanya berada dalam keadaan sebegitu.

Ada juga yang bermurah hati untuk membantu pakcik berkenaan dan menyuarakan hasrat di ruangan komen bagi mengetahui keberadaan lelaki warga emas tersebut.

Kadang kereta macam ni ada kenangan tersendiri

Ada yang tampil nak bantu

Semoga urusan pakcik dipermudahkan

Teringat dekat ayah sendiri

Sumber: TikTok @aiman.paperoll

About mohd cucu

Check Also

Tutup kedai selepas 29 tahun berniaga gara-gara gagal t4mpung kos bahan ment4h yang menggila

Ramai peniaga makanan terkesan dengan kos bahan mentah yang makin menggila. Bukan sedikit peniaga juga …

Leave a Reply

Your email address will not be published.