Home / National / Ibu Bapa Pelakon Bawah Umur Nak Saman Produksi Cerita Gay
ibu-bapa-pelakon-bawah-umur-nak-saman-produksi-cerita-gay

Ibu Bapa Pelakon Bawah Umur Nak Saman Produksi Cerita Gay

Nama pelakon remaja, Danish Iskandar, 17 tiba-tiba sahaja disebut ramai susulan membintangi siri bertemakan gay berjudul ‘Stay Away From Me’.

Hal tersebut menjadi viral selepas beberapa babak dalam siri berkenaan dimuat naik ke TikTok sehingga menjadi perdebatan ramai.

Bawa isu ke pihak perundangan

Disebabkan itu, Danish yang masih dibawah umur telah mengeluarkan kenyataan di media sosial miliknya dengan menyatakan yang dia isu tersebut sudah di bawa ke pihak perundangan kerana merasakan diri dianiya.

Menjelaskan hal sebenar

Menurut penjelasan daripada pelakon tersebut lagi, sebenarnya dia sama sekali tidak mengetahui berkenaan siri ini akan dipromosikan ke aplikasi gay dan tiada langsung babak-babak romantis.

Namun, ketika pengambaran berlangsung ‘stroyboard’ telah diubah dan ketika itu dia harus menghabiskan pengambaran kerana sudah memulakan lakonan.

Jadi, dia memilih untuk tidak mempromosikan siri berkenaan dan Danish juga berkali-kali sudah menjelaskan isu tersebut.

Ibu bapa bertindak mahu saman

Jadi, ibu bapa Danish telah mengambil tindakan undang-undang dengan bertindak mahu menyaman pihak produksi kerana tidak mahu bertanggungjawab diatas perkara serius ini.

Pelakon remaja itu juga menjelaskan yang dia akan lebih berhati-hati jika mendapat tawaran sebegitu lagi.

Sumber: Twitter @danishlehh, Instagram danishleh, TikTok @danishleh_

About mohd cucu

Check Also

Tutup kedai selepas 29 tahun berniaga gara-gara gagal t4mpung kos bahan ment4h yang menggila

Ramai peniaga makanan terkesan dengan kos bahan mentah yang makin menggila. Bukan sedikit peniaga juga …

Leave a Reply

Your email address will not be published.