Home / National / Ashira Aziz Sem4kin Selesa Bertudung, Sudi Menerima Pelb4gai Taw4ran
ashira-aziz-sem4kin-selesa-bertudung,-sudi-menerima-pelb4gai-taw4ran

Ashira Aziz Sem4kin Selesa Bertudung, Sudi Menerima Pelb4gai Taw4ran

Mekar dengan lagu hits Di Ombak Resah, Ashira Aziz,36 kini sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang sudi menerbitkan single terbaharu buat dirinya.

Menurut bekas finalis bintang Gegar Vaganza Tujuh (GV7) ini, selain tawaran rakaman lagu dia juga mengalu-alukan undangan nyanyian atau yang berkaitan bagi meneruskan kelansungan hidup sebagai anak seni.

“Saya tidak kisah asal kita boleh bekerjasama dan saya bersedia. Kita boleh adakan perbincangan.

“Saya juga bersedia menerima apa saja undangan nyanyian atau persembahan serta program dalam usaha mencari rezeki,” kata pemilik nama lengkap Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz ini

Semakin Selesa Berhijab

ashira-aziz-sem4kin-selesa-bertudung,-sudi-menerima-pelb4gai-taw4ran

Dalam perkembangan berkaitan, Ashira yang kini manis berhijab akui semakin selesa dan tenang imej terbarunya itu.  Malah, dia juga tidak menolak sekiranya mendapat tawaran untuk berlakon yang bersesuaian dengan dirinya.

“Alhamdulillah semakin serasi dan doakan saya terus menjadi lebih baik dari hari ke hari,” katanya lagi.

Ashira ditemui Murai.my  ketika konsert mingguan GV8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Sekadar info, Ashira telah mendirikan rumahtangga bersama Bad Indigo yang juga peserta GV7 pada 11 Mac lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, Ashira mempunyai  seorang anak, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, manakala Bad pula memiliki dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11.

About mohd cucu

Check Also

Kedah vs JDT: Harimau Selatan Cat4t Kemen4ngan Dengan 10 Pemain

Johor Darul Ta’zim (JDT) turun ke Stadium Darul Aman selaku juara Liga Super buat kali kesembilan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.