Home / National / Geng ‘Bikers’ Pula Persenda OKU Bangkit Amarah Orang Ramai
geng-‘bikers’-pula-persenda-oku-bangkit-amarah-orang-ramai

Geng ‘Bikers’ Pula Persenda OKU Bangkit Amarah Orang Ramai

Selepas video lelaki berlakon menjadi orang cacat bagi meletakkan kenderaan di petak khas golongan orang kelainan upaya (OKU), kini giliran beberapa orang wanita pula mempersendakan OKU.

Kelakuan wanita-wanita itu yang dirakam melalui video berdurasi sembilan saat turut tular di media sosial.

Melalui video tersebut, dua orang wanita berpakaian seperti penunggang basikal berlakon sebagai orang cacat untuk menggunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak.

Turut kedengaran suara perakam dan wanita terbabit bergelak ketawa dengan kelakuan tersebut.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan wanita terbabit dan menyifatkan kelakuan itu memalukan.

“Beli basikal berbelas ribu, gadai otak rasanya mereka ini,” kata Pidoih.

“Spesis begini, mereka lupa bahawa bila-bila masa sahaja mereka boleh tergolong dalam golongan OKU. Tak kerana penyakit, kemalangan. Memperlekehkan manusia, ambil hak golongan OKU. Kena pada diri sendiri atau ahli keluarga sendiri baru mereka tahu,” kata Abdul Tony.

“Eloklah tu perangai. Berseronok, kemudian sambung ‘ride’ semula. Kalau tiba-tiba terlibat kemalangan masa ‘ride’, alami kecederaan kekal, benda yang dibahan jadi kenyataan. Nak tengok masih mampu gelak atau tidak,” kata Azazil.

Sumber – K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About mohd cucu

Check Also

Korea Utara Salahk4n Rakyat Sentuh ‘Barang Asing’ J4di Punca COVID-19 Merebak

Korea Utara mendakwa wabak COVID-19 di negara itu mula merebak selepas rakyatnya menyentuh ‘barang asing’ berhampiran sempadan dengan Korea …

Leave a Reply

Your email address will not be published.