Home / National / Wanita bibir terbes4r dunia mahu bes4rkan lagi bibir
wanita-bibir-terbes4r-dunia-mahu-bes4rkan-lagi-bibir

Wanita bibir terbes4r dunia mahu bes4rkan lagi bibir

SOFIA – Seorang wanita dari Bulgaria yang dipercayai memiliki ‘bibir terbesar di dunia’ mahu membesarkan lagi bibirnya dengan menjalani prosedur suntikan kali ke-27 pada Hari Krismas nanti, lapor akhbar Daily Star kelmarin.Andrea Ivanova, 24, menjadi tajuk utama berita selepas menunjukkan foto bibirnya yang sangat besar.

Wanita yang membelanjakan sebanyak £5,000 (RM27,993) untuk bibirnya sahaja berkata,  dia tidak merancang untuk berhenti melakukan prosedur tersebut dalam masa terdekat.

Ivanova juga turut merancang untuk memanjangkan wajahnya dan mengubah bentuk dagu serta rahangnya.

wanita-bibir-terbes4r-dunia-mahu-bes4rkan-lagi-bibir

Menurut wanita itu, bibirnya yang besar  bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri,  malah ia juga membantunya mendapatkan 8,000 pengikut di laman sosial Instagram dengan ramai lelaki menawarkan wang kepadanya.

Biarpun kerap melakukan suntikan bibir, Ivanova tidak bimbang bibirnya i ‘pecah’ satu hari nanti.

“Saya amat menyukainya dan rasa lebih baik dengan bibir ini,” katanya.

Ivanova kali pertama menyuntik bibirnya dengan asid hyaluronik pada 2018 dan akan menambahnya setiap bulan kerana amat menyukai bibir tebal dan mungil.

Sumber:Kosmo

About mohd cucu

Check Also

Korea Utara Salahk4n Rakyat Sentuh ‘Barang Asing’ J4di Punca COVID-19 Merebak

Korea Utara mendakwa wabak COVID-19 di negara itu mula merebak selepas rakyatnya menyentuh ‘barang asing’ berhampiran sempadan dengan Korea …

Leave a Reply

Your email address will not be published.