Home / National / ‘Halau’ Kenderaan Ke Tepi, Tindakan Makcik Mudahkan Laluan Ambulans Dipuji
‘halau’-kenderaan-ke-tepi,-tindakan-makcik-mudahkan-laluan-ambulans-dipuji

‘Halau’ Kenderaan Ke Tepi, Tindakan Makcik Mudahkan Laluan Ambulans Dipuji

Setiap pengguna jalan raya mempunyai hak yang sama ketika mengendalikan kenderaan. Masing-masing perlulah saling menghormati serta bertolak ansur bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

Namun, jika ada kecemasan seperti pergerakan ambulans, pengguna jalan raya yang haruslah memberikan ruang untuknya bergerak supaya tidak berlaku masalah lain.

Bantu ambulans lalu

Hal ini sama seperti perkongsian seorang pemandu ambulans yang memuat naik satu video menunjukan seorang pembonceng motosikal wanita menyuruh pengguna jalan raya ke tepi untuk memberi laluan ambulans yang sedang bergerak cepat.

@asharpwayaTerima Kasih pada yg memberi laluan… Makcik steady.. #ambulans #ambulancedriver #ambulansmalaysia cc : @w_mora93

Pemandu ambulans ucap terima kasih

Menerusi video yang dimuat naik oleh @asharpwaya mengambil dari akaun TikTok seorang pemandu ambulans dikenali sebagai @w_mora93, dia mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut kerana membantu memudahkan laluan ambulans.

Tangan menghayun buaian mampu menggegar jalan raya

Tindakan wanita pertengahan usia itu dilihat dari sisi positif dan rata-rata daripada pengguna TikTok telah memuji tindakan wanita itu kerana memudahkan urusan orang lain.

Dia buat ‘thumb up’ tu yang tak tahan

Macam ni lah orang Malaysia

Comel makcik tu, macam halau ayam je dia buat

Terbaik kaum ibu! Serba serbi boleh

Sumber: TikTok @asharpwaya

About mohd cucu

Check Also

Brunei akhirnya buka jamb4tan terpanjang Asean untuk kenderaan lu4r

Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, jamb’atan terpanjang di Asia Tenggara, di Brunei kini telah …

Leave a Reply

Your email address will not be published.