Home / National / Bertugas Siang & Malam, Frontliners Bukan Hanya Petugas Kesihatan
bertugas-siang-&-malam,-frontliners-bukan-hanya-petugas-kesihatan

Bertugas Siang & Malam, Frontliners Bukan Hanya Petugas Kesihatan

Sementara negara sedang pulih dan mulai bernafas, terdapat ramai petugas kesihatan atau frontliners di hospital yang berjuang siang dan malam bagi menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, frontliners bukanlah hanya petugas kesihatan malah banyak lagi sektor yang bertungkus-lumus berkhidmat bagi memastikan kita sentiasa selamat walaupun terpaksa membahayakan diri sendiri.

Mungkin tugasan mereka tidaklah sebesar menyelamatkan nyawa di hospital, namun khidmat mereka bagi memudahkan hidup kita dalam menempuh pandemik perlu dihargai.

SUPER mendekati dan menghargai peranan frontliner

Bukan hanya berjuang memudahkan hidup rakyat Malaysia, ramai daripada frontliners yang ditemui adalah hero yang bekerja keras demi menyara keluarga.

Menyedari cabaran yang dihadapi oleh wira-wira harian ini, SUPER bersama seorang frontliner dan influencer Dr. Say mendekati frontliners  yang bukan daripada golongan petugas kesihatan.

Golongan ini termasuklah rider makanan, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan, staf sokongan dan lain-lain sektor yang berkhidmat demi kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Jasa mereka sangatlah besar bagi memastikan negara bergerak ke depan dalam peperangan menentang virus Covid-19.

Secawan kopi untuk lebih bersemangat

“Dengan melakukan apa yang termampu, kita bukan hanya memberikan senyuman di wajah mereka, tetapi kita juga sedang memperjuangkan kebebasan daripada wabak.”

Usaha murni Dr. Say dan SUPER ini dilengkapkan lagi dengan pemberian kopi kepada wira-wira harian yang ditemui sebagai booster kepada minda serta mengembalikan semangat mereka dalam menjalani hari di tengah wabak.

Selain itu, inisiatif tersebut dilakukan bagi mengingatkan mereka tentang usaha mereka sebagai wira yang  sentiasa ada dalam hati rakyat Malaysia.

Memacu tenaga wira-wira harian

Rata-rata frontliners yang ditemui memberi respon yang baik, sesuai dengan misi SUPER dan Dr. Say memberi apresiasi kepada mereka sebagai wira harian.

Wira-wira harian ini juga tidak malu untuk  bercerita tentang suka dan duka mereka dalam menempuh harian yang mencabar.

Lebih manis, terukir senyuman di wajah mereka. Mereka adalah wira yang berani dan gagah, sudah tiba masanya kita sebagai rakyat Malaysia mengubah persepsi tentang wira-wira harian ini.

Bersama pulihkan Malaysia

“Diharapkan seluruh rakyat Malaysia dapat mengambil bahagian dan #SapotBersamaSUPER untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada frontliners yang telah memberi impak yang baik serta menyumbang kepada kestablian negara.”

Penurunan jumlah kes pada hari ini adalah hasil kerjasama erat dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira latar bangsa, agama dan status.

Kini segalanya hampir terbukti, penglibatan daripada seluruh warga Malaysia bukan hanya dapat mengurangkan tekanan kepada masyarakat secara kesuluruhan malah meningkatkan semangat perpaduan dalam menempuh pandemik.

Sumber : ohmymedia

About mohd cucu

Check Also

Korea Utara Salahk4n Rakyat Sentuh ‘Barang Asing’ J4di Punca COVID-19 Merebak

Korea Utara mendakwa wabak COVID-19 di negara itu mula merebak selepas rakyatnya menyentuh ‘barang asing’ berhampiran sempadan dengan Korea …

Leave a Reply

Your email address will not be published.