Home / National / “Hati-Hati Makan Ikan Sekarang” – Ramai Tidak Sedar Kehadiran Mikroplastik Boleh Jadi Penyebab Penyakit
“hati-hati-makan-ikan-sekarang”-–-ramai-tidak-sedar-kehadiran-mikroplastik-boleh-jadi-penyebab-penyakit

“Hati-Hati Makan Ikan Sekarang” – Ramai Tidak Sedar Kehadiran Mikroplastik Boleh Jadi Penyebab Penyakit

Mikroplastik Boleh Jadi Penyebab Penyakit Terhadap Manusia.

Plastik merupakan antara ciptaan ulung manusia kerana terlalu banyak kegunaan dan kelebihan plastik di sekeliling barangan harian kita namun ciptaan ini jugalah menyebabkan kesengsaraan pada dunia masa kini.

Banyak kesan buruk plastik terhadap alam sekitar terutama pencemarannya di luar kawalan di laut Bumi.

Jadi, selamatkah ikan yang kita dapatkan secara terus dari sumber habitatnya? Selamatkah ikan yang kita beli di kedai?

Perkara ini dibangkitkan oleh seorang bekas personaliti TV, Hazeman Huzir yang berkongsi mengenai kewujudan plastik yang terdapat di dalam perut ikan dan meminta orang ramai supaya berhati-hati.

Katanya, keadaan itu berpunca daripada sampah plastik yang dibuang ke dalam laut sehingga menyebabkan pencemaran laut. Kemudian, sampah plastik itu dimakan ikan dan diserap ke dalam badannya.

“Termanya microplastic. Puncanya sampah yang kita buang dalam laut tu dia pecah, ikan makan. Dan serap dalam badan ikan.”

Mikroplastik adalah kemunculan bahan pencemar baru iaitu zarah plastik yang mempunyai diameter kurang daripada 5 milimeter. Ia juga turut dimakan hidup marin lain seperti hidupan bercangkerang, ketam, udang dan sotong.

Kewujudan mikroplastik dalam banyak spesies marin ini telah meningkatkan peluang toksin untuk sampai ke meja makan manusia.

Hazeman menambah, terdapat kajian yang menyenaraikan jenis makanan laut yang perlu dijauhi terutama oleh wanita mengandung disebabkan kesan kepada bayi dalam kandungan.

Sumber: Twitter

Hidupan laut yang termakan sampah plastik itu menjadi sebahagian daripada sistem mereka, dan kemudian ia ditangkap serta dimakan pula oleh manusia.

Walaupun bahagian perut ikan sudah dibuang, itu tidak bermakna manusia terlepas dari kesan toksin mikroplastik untuk jangka masa panjang.

“Sebab sampah dalam ikan yang kita makan tu affect sistem pembiakan manusia dan imun,” katanya.

Perkongsian itu mendapat respon dalam kalangan netizen yang turut meluahkan rasa kesal terhadap individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata tempat.

Sumber: Twitter

About mohd cucu

Check Also

Fenomena Air Pasang Merah ‘Misteri’ Landa Pant4i Mexico, Ribu4n Ikan & Sotong Mati Terdampar

Fenomena Air Pasang Merah ‘Misteri’ Landa Pantai Mexico, Ribuan Ikan .& Sotong Mati Terdampar MEXICO …

Leave a Reply

Your email address will not be published.