Home / Viral / MerdekaMalaysia / Panas! Pertubuhan Islam gesa kerajaan bertaubat kerana benarkan arak
panas!-pertubuhan-islam-gesa-kerajaan-bertaubat-kerana-benarkan-arak

Panas! Pertubuhan Islam gesa kerajaan bertaubat kerana benarkan arak

Keputusan kerajaan Pusat setakat ini yang tidak berhasrat untuk menarik balik sebarang kelulusan berkaitan pelesenan penjualan minuman keras amat mengecewakan.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menafikan tohmahan yang menuduhnya bertindak membatalkan perkara berkaitan aspek pelesenan berkenaan.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan memberi jaminan perwakilan kuasa bagi mendapatkan kelulusan penjualan minimum keras secara runcit di premis, kekal tanpa sebarang perubahan.

Katanya, sebarang isu berhubung pelesenan atau pengecualian daripada pelesenan adalah tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri sepenuhnya.

“Sehubungan itu, dakwaan atau tohmahan bahawa Menteri Kewangan telah membatalkan perwakilan kuasa tersebut adalah tidak benar. Terdapat kekeliruan dalam pelaksanan dan penguatkuasaan lesen penjualan minuman keras ini di peringkat negeri.

“Saya ingin memberi jaminan sekali lagi bahawa perwakilan kuasa melalui perintah yang diwartakan pada 1977 masih kekal.

“Saya juga telah mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan kekeliruan ini tidak berulang dan pelesenan penjualan minuman keras kekal di bawah bidang kuasa Lembaga Perlesenan,” katanya, memetik Ismaweb.net.

Mengulas perkara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat meluahkan rasa kesal berikutan insiden membabitkan minuman keras masih tidak mampu menginsafkan pemimpin negara.

“Kes pemandu mabuk yang membunuh orang awam, peningkatan kes jenayah dan kemalangan serta wabak COVID-19 yang melanda kita nampaknya masih tak cukup menginsafkan pemimpin negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa arak disebut dalam hadis Nabi ﷺ sebagai ‘ibu segala kejahatan’.

“Bertaubatlah. Cukup-cukup ‘mentekedarah’ cukai hasil arak dan premis-premis ini. Sampai bila anda yang berkuasa di negara ini nak berubah?” soalnya.

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.