Home / Islamik / PETINJU profesional seni bela diri campuran (MMA), Wilhelm Ott mengumumkan sudah memeluk Islam, Hikmah pand3mik…
petinju-profesional-seni-bela-diri-campuran-(mma),-wilhelm-ott-mengumumkan-sudah-memeluk-islam,-hikmah-pand3mik…

PETINJU profesional seni bela diri campuran (MMA), Wilhelm Ott mengumumkan sudah memeluk Islam, Hikmah pand3mik…

Hikmah Covid-19, petinju MMA masuk Islam, itu laporan di laman berita Harian Metro pada tahun 2020. Hidayah itu milik Allah SWT dan beruntunglah mereka yang dikurniakannya.

PETINJU profesional seni bela diri campuran (MMA), Wilhelm Ott mengumumkan sudah mem3luk Islam pada 16 April 2020 sambil menyatakan pand3mik C0vI9 membantunya mencari kepercayaan sebenar.

Ott menerusi Instagram miliknya berkata, Islam sudah berada di dalam fikirannya sejak sekian lama tetapi dia ‘tidak dapat melakukan apa-apa dengannya’.

“Saya membiarkan diri saya dipengaruhi. Tetapi ketika saya menghadapi tempoh suk4r, kepercayaan terhadap Islam memberi kekuatan kepada saya,” katanya.

Menerusi status terbarunya, petarung MMA itu memuatnaik video dia mengucapkan kalimah syahadah, iaitu salah satu daripada lima rukun Islam yang menyatakan kepercayaan terhadap Allah dan Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah.

“Iman saya sekarang cukup kuat sehingga saya dapat mengenali hanya satu-satunya Tuhan yang sebenar dan mengucapkan kalimah syahadah serta dengan bangganya menyatakan bahawa saya kini seorang Muslim,” kata Ott.

Di dalam satu hantaran lain, Ott mengucapkan terima kasih atas maklum balas positif yang diterima daripada peminatnya dan umat Islam.

“Saya bukan mahu menjadikan perkara ini untuk mendapat perhatian. Saya memuatnaik kerana orang sekeliling serta rakan-rakan sudah mengetahuinya,” katanya.

Ott atau nama gelarannya ‘the amazing’ dilahirkan pada 1982. Dia menduduki ranking ke-74 daripada 615 petarung EU Wester Pro Welterweights yang masih aktif.

Alhamdulillah dan didoakan semoga beliau menjadi muslim yang sejati dan taat kepada perintah ALLAH swt serta meninggalkan apa yang dil4rang oleh-Nya.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

Kenang Isteri Tengah Sarat Mengandung & An4k Kecil Di Rumah, Lelaki Batal Ni4t Terjun Jambatan

Mengenangkan isteri yang sedang sarat mengandung dan anak kecil di rumah, hasrat. seorang. lelaki yang berniat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.