Home / National / Polis Perak Siasat Kes Buli, Netizen Dakwa Terjumpa Media Sosial Suspek?
polis-perak-siasat-kes-buli,-netizen-dakwa-terjumpa-media-sosial-suspek?

Polis Perak Siasat Kes Buli, Netizen Dakwa Terjumpa Media Sosial Suspek?

Berikutan tular video buli membabitkan pelajar lelaki, polis mengesahkan kejadian tersebut berlaku di sekolah berasrama di Perak, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Saya sahkan kejadian buli itu berlaku di negeri Perak semalam dan kita baru sahaja menerima laporan mengenainya.
“Siasatan sudah dijalankan dan saya akan keluarkan kenyataan media nanti,” katanya.

Sementara itu, segelintir netizen mendakwa mereka telah menemui media sosial seperti Instagram dan Faceboook salah seorang suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan mangsa dikepung sekumpulan pelajar selain ditumbuk di bahagian perut sehingga mengundang kemarahan warganet.

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi) , Twitter , Facebook

Sumber : ohmymedia

About mohd cucu

Check Also

Korea Utara Salahk4n Rakyat Sentuh ‘Barang Asing’ J4di Punca COVID-19 Merebak

Korea Utara mendakwa wabak COVID-19 di negara itu mula merebak selepas rakyatnya menyentuh ‘barang asing’ berhampiran sempadan dengan Korea …

Leave a Reply

Your email address will not be published.