Home / National / Ramai Serbu Kaunter Nak Bayar Saman Di KLCC, Netizen Risau SOP Tak Terjaga
ramai-serbu-kaunter-nak-bayar-saman-di-klcc,-netizen-risau-sop-tak-terjaga

Ramai Serbu Kaunter Nak Bayar Saman Di KLCC, Netizen Risau SOP Tak Terjaga

Ramai Serbu Kaunter Nak Bayar Saman Di KLCC, Netizen Risau SOP Tak Terjaga.

Bersempena program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia yang dirasmikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang program berkenaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KLCC.

Selain itu, turut menjadi tumpuan adalah kaunter diskaun untuk orang ramai menikmati diskaun bagi pembayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mengambil kesempatan menerusi tawaran diskaun yang diberikan sehingga 80 peratus, orang ramai yang hendak membayar saman dilihat memenuhi di kaunter bayaran saman tersebut pada hari pembukaan program berkenaan.

Difahamkan, kesesakan orang ramai membayar saman di KLCC disebabkan sistem dalam talian, MySikap JPJ mengalami gangguan semalam (9 Disember).

Gambar dan video menunjukkan orang ramai yang berkumpul di dalam dewan pameran utama di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini telah menimbulkan kerisauan netizen.

Rata-rata yang melihat situasi ini bimbang jika orang ramai di sana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal dalam mengawal penularan COVID-19.

ramai-serbu-kaunter-nak-bayar-saman-di-klcc,-netizen-risau-sop-tak-terjaga

crowd seen queue to pay the summons at the KLCC convention center. In conjunction with the 100 Days of Malaysian Family Aspirations, the Royal Malaysian Police (PDRM) will offer a reduction of summons fees of up to 80% from 9 to 12 December 2021. #bayarsaman #klcc https://t.co/60WKIHUGQ9

Susulan kesesakan yang berlaku semasa hari pertama Program Aspirasi 100 Hari Keluarga Malaysia berlangsung, kerajaan telah mengambil inisiatif mengarahkan orang yang berminat menghadiri acara ini untuk membuat pendaftaran awal terlebih dahulu bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku.

Orang ramai yang ingin membayar saman boleh juga melalui cara pembayaran dalam tempoh empat hari seperti berikut:

1. Semua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter polis di KLCC.

2. Kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah

3. kaunter bayaran saman Ibu Pejabat Polis Kontinjen

4. Portal dan di aplikasi MyBayar

Tawaran pengurangan saman itu tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan utama dilakukan, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.

About mohd cucu

Check Also

Tutup kedai selepas 29 tahun berniaga gara-gara gagal t4mpung kos bahan ment4h yang menggila

Ramai peniaga makanan terkesan dengan kos bahan mentah yang makin menggila. Bukan sedikit peniaga juga …

Leave a Reply

Your email address will not be published.