Home / National / ‘Tidak Mahu Jumpa Kamu Di Mahsyar’, Mesej Tuan Kedai Ini Kepada Pencuri Curi Perhatian
‘tidak-mahu-jumpa-kamu-di-mahsyar’,-mesej-tuan-kedai-ini-kepada-pencuri-curi-perhatian

‘Tidak Mahu Jumpa Kamu Di Mahsyar’, Mesej Tuan Kedai Ini Kepada Pencuri Curi Perhatian

‘Tidak mahu jumpa kamu di Mahsyar.’ – Mesej tuan kedai ini kepada pencuri perhatian netizen.

Mungkin sudah tidak tahan menjadi mangsa pencuri yang kerap mencuri barangan di kedainya termasuklah hasil kebun, seorang pemilik kedai di Kuala Kangsar nekad menggantung mesej khas yang ditujukan khas buat pelaku kes kecurian yang berlaku di kedainya.

Dalam satu perkongsian gambar oleh Firdhaus Beb Abdullah di group Facebook Kuala Kangsar Sempoi (KKS) yang disiarkan semula di media Perak Press, kedai ini dikatakan tutup sementara dan akan kembali dibuka bermula tahun depan.

‘tidak-mahu-jumpa-kamu-di-mahsyar’,-mesej-tuan-kedai-ini-kepada-pencuri-curi-perhatian

Sumber: Firdhaus Beb Abdullah

Antara mesej yang ditujukan kepada si pencuri yang ditulis pada ‘kepingan nota’ di luar kedainya ialah:

‘Tidak mahu jumpa kamu di Mahsar. Amin.’

‘Ya Allah, masuk aku dalam surgaMu.’

‘Moga Tuhan masuk kamu dalam surga.’

Di ruangan komen, ada seorang pengguna Facebook yang meninggalkan komen bahawa pemilik kedai berpendapat dengan menggantung mesej berkenaan boleh menyedarkan si pencuri. Namun sekiranya hati sudah jahat, buatlah bagaimanapun tetap tidak mahu sedar.

Sebelum ini, seorang pencuri pernah meninggalkan nota kecewa kepada tuan rumah kerana tidak menemui barang berharga.

Usahanya yang gigih memecahkan mangga pada pagar pintu, seterusnya memecahkan lagi tombol pintu menjadi sia-sia apabila hanya menemui sedikit harta di rumah terbabit.

Mungkin terlalu kecewa rumah yang ingin dirompak itu tidak seperti yang diharapkan, pencuri telah meninggalkan nota kepada tuan rumah.

Polis mengesahkan bahawa pencuri terbabit telah melarikan sekitar RM1,500 dan beberapa barang kemas di kediaman tersebut. Nota kecewa yang ditinggalkan pencuri diambil untuk tujuan siasatan.

Pemilik rumah mengatakan dia hanya mendapat tahu kejadian pecah rumah selepas dua minggu

“Kalau tiada wang di rumah, tak perlu kunci sebegini.”

Baca lanjut: Tak Temui Barang Berharga, Pencuri Tinggalkan Nota Kecewa Kepada Tuan Rumah

About mohd cucu

Check Also

Fenomena Air Pasang Merah ‘Misteri’ Landa Pant4i Mexico, Ribu4n Ikan & Sotong Mati Terdampar

Fenomena Air Pasang Merah ‘Misteri’ Landa Pantai Mexico, Ribuan Ikan .& Sotong Mati Terdampar MEXICO …

Leave a Reply

Your email address will not be published.