Home / Viral / Karipap / “Dua2 Cantlk,Tak PerIu Seksi2″Busana Songket Erra & Lisa Curii Tumpvan Ramai
“dua2-cantlk,tak-periu-seksi2″busana-songket-erra-&-lisa-curii-tumpvan-ramai

“Dua2 Cantlk,Tak PerIu Seksi2″Busana Songket Erra & Lisa Curii Tumpvan Ramai

PETALING JAYA – Penampilan dua selebriti popular Erra Fazira dan Datin Lisa Surihani sebagai penyampai anugerah pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) malam tadi mendapat pujian netizen apabila kedua-duanya tampil dengan berpakaian tradisional songket.

Dalam acara tersebut, Erra dan Lisa tampil dalam persalinan songket berona biru gelap dan kelabu sekali gus menyerlahkan pesona kesopanan dan keanggunan milik dua primadona filem tersebut.

Difahamkan, Erra atau nama lengkapnya Fazera Wan Chek menggayakan busana songket dengan potongan moden daripada butik Lumiere Concept.

  

Manakala Lisa pula menggayakan baju kurung songket lengkap berselendang sentuhan pereka fesyen duo terkenal, Rizman Ruzaini.

Menjengah komen yang ditinggalkan netizen dalam Instagram, rata-rata kagum dengan pemilihan pakaian kedua-dua pelakon itu kerana mengangkat budaya serta nilai tradisi apabila mengenakan busana daripada songket.

 

Malah, ada juga berpendapat anugerah berprestij seperti FFM wajah mengetengahkan konsep tradisional pada tema pakaian.

“Sepatutnya setiap apa anugerah perlu diterapkan pakai pakaian tradisional,” kata seorang pengguna Instagram.

Dalam pada itu, ada juga netizen berpendapat bahawa seseorang selebriti itu tidak perlu untuk tampil dengan imej seksi kerana pakaian tradisional juga boleh menyerlahkan aura mereka.

“Punyalah cantik dengan busana tradisional. Tidak perlu seksi, pakai songket pun dan cukup seksi,” kata seorang netizen.

“Kedua-duanya cantik. Suka tengok pakaian Erra dan Lisa menggayakan songket,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

 

Sekadar info, FFM31 yang berlangsung malam tadi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menyaksikan filem Roh arahan pengarah Emir Ezwan menggondol anugerah Filem Terbaik FFM31 sekali gus melayakkan naskhah dibintangi June Lojong, Farah Ahmad dan Nam Rom itu menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.

Dihoskan oleh Awal Ashaari dan Sharifah Shahira, penganjuran FFM31 diadakan dengan penerapan norma baharu dalam meminimumkan risiko keselamatan dan mengekang penularan pandemik C0v1d-19.

Sumber : k!online via trendinggiler

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

“jaga-b4by-kita-ye-abg.”-baru-11buian-nikah,ibu-muda-dijempvt-liiahi-otw-puiang-ke-rvmah

“Jaga baby kita ye abg..” Baru 11buIan nikah, ibu muda dijemput lIIahi Otw puIang ke rvmah

Kulim : Dua wanita mavt selepas motosikal ditung’gang mereka terbablt dalam kemaIangan di Jalan Pa’ya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.