Ternyata gandingan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson dalam sebuah drama terbaru yang bersiaran di Slot Akasia menerusi TV3 tidak henti-henti menjadi perhatian penonton.
Mana tidaknya, peminat drama juga tidak menyangka keserasian gandingan pelakon kacak dan jelita itu sangat menjadi apatah lagi Aedy Ashraf mahupun Amelia Henderson sedari kecil lagi dikenali sebagai pelakon.
Umum diketahui, Amelia Henderson membawa dua watak yang berbeza iaitu sebagai Aleesa dan Natasha apabila wajah seiras itu menemukan Amer yang dibintangi oleh Aedy Ashraf.
Walau bagaimanapun, nampaknya tidak hanya di kaca televisyen malah gelagat sweet mereka di luar set penggambaran turut mencuri tumpuan ramai apabila kedua-duanya juga sporting.
Menerusi video ini juga telah ditonton 1.8 juta kali oleh pengguna aplikasi TikTok berikutan Aedy Ashraf didengar kantoi memanggil Amelia Henderson sebagai ‘baby’ yang mana perkongsian terbabit turut menerima lebih 100 ribu tanda suka ramai.
VIDEO :
Pun begitu, tidak dapat dipastikan ianya untuk drama sahaja atau bukan namun gelagat Aedy Ashraf kantoi itu mengundang warganet meninggalkan ratusan komen teruja dengan keserasian mereka.
KOMEN NETIZEN :
“Pertama kali tengok Aedy bawa watak macam ni. Menjadi sangat…”
“Dia romantik dari zaman jadi Mawi lagi dalam filem Tentang Bulan”
“Asal aku senyum sendiri”
“Lepas ni Aedy jadi Hero Malaya”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
SumberTiktok via HCL
PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share
Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share