Home / Viral / MerdekaMalaysia / [VIDEO] Detik2 Motor ‘Tersangkut’ Tengah Rel, Ibu Sempat Bawa 2 Anak Lari Sebelum Kereta Api Datang, SubhanAllah..
[video]-detik2-motor-‘tersangkut’-tengah-rel,-ibu-sempat-bawa-2-anak-lari-sebelum-kereta-api-datang,-subhanallah.

[VIDEO] Detik2 Motor ‘Tersangkut’ Tengah Rel, Ibu Sempat Bawa 2 Anak Lari Sebelum Kereta Api Datang, SubhanAllah..

Bila melalui jalan pintas atau shortcut ni, kita perlu faham bahawa jalan-jalan kecil ini biasanya berisiko dan kurang selamat. Walaupun jalan seperti ini mudah dan menjimatkan masa, namun pasti ada bahayanya yang tersendiri.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman Facebook berkenaan seorang ibu yang membawa dua orang anaknya menaiki motosikal cuba untuk melintasi laluan kereta api.

Namun, keadaan bertukar cemas apabila motor yang dinaiki wanita berbaju biru itu tersangkut di tengah-tengah rel kereta api itu, menyebabkan mereka tidak boleh ke hadapan dan terdedah dengan risiko dilanggar tren.

Video Player

Ibu yang membonceng dua orang anak itu bertindak pantas membawa anak-anaknya lari dari rel tersebut kerana sebuah kereta api sudah pun menghampiri mereka.

Walau bagaimanapun, anak perempuannya dilihat masih berusaha menyelamatkan motosikal itu yang kemudiannya dibantu ibunya. Namun, keadaan memaksa mereka untuk terus melarikan diri dan membiarkan motor tersebut dirempuh kereta api yang muncul di sebelah kanan mereka.

Video berdurasi 28 saat itu merupakan rakaman CCTV bagi lintasan kereta api tersebut dan dikatakan berlaku di Lumajang, Indonesia pagi semalam (9 Oktober 2021).

Motor rosak boleh ganti, tapi nyawa hanya satu

Setakat ini masih belum ada pengesahan berkenaan motor tersebut yang tiba-tiba tidak boleh bergerak, namun rata-rata netizen mengatakan perkara itu terjadi akibat salah penggunaan gear.

4 2

2 1
Walau bagaimanapun, orang ramai turut berkongsi kelegaan mereka melihat ibu dan anak-anak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

3 1

1
Dah dekat sangat kereta api tu, Min tengok pun seriau. Nasib baik semuanya selamat…

Sumber: lobakmerah

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.