Home / Viral / MerdekaMalaysia / Dikatakan Sir Badang menyentuh dan cium wanita tanpa izin. Kini Sir Badang tampil buat laporan polis dan ini tindakan pihak pengurusan.
dikatakan-sir-badang-menyentuh-dan-cium-wanita-tanpa-izin-kini-sir-badang-tampil-buat-laporan-polis-dan-ini-tindakan-pihak-pengurusan.

Dikatakan Sir Badang menyentuh dan cium wanita tanpa izin. Kini Sir Badang tampil buat laporan polis dan ini tindakan pihak pengurusan.

Seorang guru tuisyen popular yang dikenali sebagai Sir Badang membuat laporan polis selepas didkwa melakukan ganggvan sksval terhadap seorang pelajar wanita. Menurut Sir Badang atau nama sebenarnya Muhammad Syahir, kejadian mengenai ftn4h tersebut mula disedarinya pada 9 Disember lalu.

“Pada hari Khamis semasa saya berada di rumah, satu hantaran Twitter telah dibuat yang mana hantaran itu adalah satu ftn4h. Satu pertdvhan serius telah dilakukan ke atas saya yang mana dia telah mendvh mencbvl dia dan merekodkan video sewaktu dia sedang di bawah peng4ruh alk.0hol. Kesemua kenyataan itu palsu dan tidak benar. Sehingga kini, pada jam 11.55 pagi hingga 11.44 malam, hantara tweet telah dikongsi dan mendapat lebih kurang 570 ciapan semula,” katanya pada laporan polis berkenaan.

Menurut Sir Badang yang turut berkhidmat di pusat tuisyen MCPLUS , hantaran dan perkongsian itu telah menjatuhkan air mukanya di mata masyarakat. “Tujuan saya membuat laporan adalah untuk siasatan polis dan tindakan sivil selanjutnya,” katanya yang membuat laporan pada jam 1.34 pagi, 10 Disember lalu.

Laporan berkenaan dikongsi Sir Badang menerusi satu posting di Twitternya.

“Tdvhan yang amat berat melibatkan jny4h. Semoga yang benar kekal benar. Yang memftn4h terbongkar,” katanya pada ciapan berkenaan. Sementara itu, pihak pengurusan MCPLUS dalam satu kenyataan rasmi menggantung khidmat Sir Badang berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan polis selesai.

Menurut kenyataan itu, pihak pengurusan MCPLUS juga ingin memaklumkan bahawa segala perilaku dan tindakan Sir Badang di luar skop kerja adalah di atas kapasiti peribadi beliau sendiri dan tidak mencerminkan MCPLUS secara keseluruhannya. Tindakan selanjutnya akan diambil selaras dengan hasil siasatan.

Segala tugasan Sir Badang akan digalas oleh tutor lain dan perubahan jadual akan dikemas kini secepat mungkin.“Pihak pengurusan MCPLUS memohon maaf rentetan is yang berlaku dan segala kesulitan amatlah dikesali. “Kami menyokong sepenuhnya #MakeSchoolASaferPlace , dan semoga kebenaran tertegak,” tulis kenyataan berkenaan.

Laporan daripada mgsa

Sekadar info, sebelum ini, kecoh di media sosial apabila guru tuisyen popular, Sir Uzairi atau nama penuhnya Uzairi Mohd Taib mengaku silap selepas terlanjur meminta pelajarnya memanggil dirinya dengan gelaran daddy. Susulan itu, Sir Uzairi terus mengemukakan peletakan jawatan daripada MCPLUS berkuat kuasa serta-merta. “Saya bersedia sepenuhnya untuk menghadapi akibat daripada peristiwa ml4ng ini,” tulisnya di Twitter. Sumber : Gempak & tiktok @aimanmohamad601

Tersilap Minta Pelajar Memanggil Dirinya Daddy. Sir Uzairi Letak Jawatan Sebagai Guru Di Pusat Tuisyen Terkenal.

Kecoh di media sosial apabila guru tuisyen popular, Sir Uzairi atau nama penuhnya Uzairi Mohd Taib mengaku silap selepas terlanjur meminta pelajarnya memanggil dirinya dengan gelaran daddy baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Twitter, Uzairi yang viral selepas menggunakan teknik mengajar yang lincah dan menghiburkan beberapa tahun lalu meminta maaf dan mengambil keputusan untuk berhenti daripada pusat tuisyen di mana tempat dia bertugas.

“Kita seharusnya menjadi pendidik, tetapi kali ini, saya yang sepatutnya belajar sesuatu. Saya sedar bahawa video berkenaan telah menimbulkan kebimbangan ramai. Saya minta maaf atas kembimbangan yang tercetus disebabkan video berkenaan.

“Sebagai seorang pendidik, saya sedar sepenuhnya tentang kod etika yang mesti saya patuhi dan kepentingan terbaik semua pelajar saya yang saya pegang dengan standard tertinggi. Disebabkan kecuaian saya, apa yang mungkin bermula sebagai gurauan santai ternyata bertukar menjadi sesuatu yang sangat serius.

Dari lubuk hati yang terdalam, saya benar-benar memohon maaf kerana tersalah kata. Saya belajar daripada pengalaman ini dan saya telah memutuskan untuk berehat bagi bermuhasabah sepenuhnya atas kejadian ini.Tindakan saya itu adalah atas diri saya dan disebabkan saya sendiri.

“Saya benar-benar berharap semua orang tidak mengganggu rakan sepasukan saya. Mereka tidak melakukan apa-apa untuk menerima ini semua ini.

“Oleh itu, saya mengemukakan peletakan jawatan saya daripada @mcplus_my berkuat kuasa serta-merta. Saya bersedia sepenuhnya untuk menghadapi akibat daripada peristiwa malang ini,” tulisnya di Twitter.”

Terdahulu, viral di media sosial sepotong video memperlihatkan Uzairi yang difahamkan sedang berinteraksi dengan para pelajar secara live. Menerusi video berkenaan, Uzairi meminta pelajar yang menonton memanggilnya daddy.

Kritikan dilemparkan kepada Uzairi memandangkan gelaran daddy tersebut merupakan (sindiran s.ks) yang dilihat tidak patut digunakan oleh seorang guru, apatah lagi dengan anak murid bawah umur.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Dkwa Guru Lelaki Buat Lawak Tidak Senonoh Dalam Kelas. Akhirnya Pelajar Dan Bapa Disaman Atas Sebab Ini.

Sebelum ini viral di media sosial mengenai isu seorang pelajar sekolah menengah bernama Ain Husniza yang mendakwa bekas gurunya pernah membuat ‘lawak tidak senonoh’ ketika sesi pembelajaran.Terbaru, guru terbabit yang dikenali dengan nama Khairul Nizam Sanuddin telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas anak murid dan bapanya, Saiful Nizam Ab. Wahab.

Menerusi laporan Utusan Online, bapa kepada remaja berusia 17 tahun itu, Saiful Nizam mengesahkan telah menerima writ saman berkenaan dengan memuat naik satu posting di laman Facebook.

Ain dan bapa terima writ saman

Berdasarkan salinan dokumen tersebut, guru terbabit Khairul Nizam Sanuddin memfailkan saman dengan menamakan dua beranak itu sebagai defendan melalui sebuah firma guaman di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 26 November lalu.Saman tersebut telah pun difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam melalui firma guaman, Tetuan Rasshidi Ema Dan Yung.

Sebelum ini, Saiful Nizam telah menerima notis tuntutan bagi kenyataan fitnah dimana salah satunya adalah bayaran ganti rugi RM1 juta.

Malah, dia turut merancang bagi menyaman balas guru yang pernah mengajar pendidikan jasmani dan kesihatan di SMK Puncak Alam itu sebanyak RM5 juta.

Peguam Datuk Sangkara Nair yang mewakili dua beranak berkenaan berkata, tindakan saman balas itu kerana Ain menghadapi kemurungan dalam konteks sengaja mencetuskan tekanan emosi (IIED).

Memetik laporan Kosmo, tuntutan saman menetapkan tarikh 2 Disember ini untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Shah Alam, Nur Syuhada Abdullah.

Plaintif, Khairul Nizam menafikan ada membuat lawak tidak senonoh sepanjang sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan berlangsung. Malah tiada galakan kepada perlakuan tidak senonoh sebaliknya ianya adalah komunikasi dalam konteks pembelajaran untuk pemahaman dan pengajaran.

Minta permohonan maaf

Oleh hal demikian, plaintif memohon satu perintah dari mahkamah bagi mengarahkan kedua-dua defendan tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah mengenai dirinya.

Khairul Nizam turut menuntut agar Ain Husniza dan bapanya menerbitkan permohonan maaf di semua laman sosial milik mereka dan pihak ketiga yang dikenalpasti serta di akhbar pilihan plaintif.

Selain itu, plaintif turut membuat permohonan ganti rugi am termasuk kesan kehilangan reputasi dan kredibiliti, ganti rugi melampau serta teladan yang akan ditafsirkan oleh mahkamah. Segala kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah juga turut dimohon oleh plaintif.

Perkongsian Saiful Nizam

April lalu, Ain atau nama penuhnya Nurain Husniza mendakwa guru tersebut bergurau ‘nanti kalau korang (pelajar) nak r0g.l, jangan r0g.l bawah 18 tahun. R0g.l orang yang atas 18 tahun’ menerusi pendedahan video di aplikasi TikTok.

Sumber: Ohmymedia , Facebook Saiful Nizam , TikTok @ainhsaifulnizam.

Dulu Bagitahu Mereka Tak Percaya. Sekarang Cerita Mereka Persoalkan. Datuk Pandelela Rinong Jawab Persoalan Ahmad Faizal.

Pendedahan yang dilakukan oleh atlet terjun negara, Datuk Pandelela Rinong berkaitan isu gangguan berunsur tidak senonoh yang dialaminya serta rakan-rakan atlet yang lain telah mendapat perhatian umum.

Cuma nak bagi sokongan kepada mangsa yang kena gangguan.

Walau bagaimanapun, pendedahan yang dibuat pandelela telah mendapat respon daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Faizal Azumu dengan bertanyakan semula kepada atlet berkenaan mengapa baru sekarang menceritakan hal tersebut kepada umum.

Hal tersebut menjadi salah faham dalam kalangan warganet dan Pandelela menyatakan bahawa kejadian yang dikongsikan cuma untuk memberi kesedaran dan sokongan kepada mangsa gangguan tidak senonoh seperti yang pernah atlet-atlet alami.

Langsung tak persoalkan apa yang diadu Pandelela.

Namun begitu, Ahmad Faizal telah menjelaskan kenyataan tersebut bukanlah untuk mempersoalkan apa yang dilakukan oleh Pandelela. Beliau cuma ingin mengetahui hal sebenar dengan lebih lanjut berkenaan kejadian yang pernah terjadi dalam kalangan atlet.

Ucap terima kasih kerana prihatin.

Ingin memanjangkan isu, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu memaklumkan yang beliau faham apa yang diperkatakan oleh Ahmad Faizal itu.

Atlet kelahiran Sarawak berkenaan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana mendengar apa yang diperkatakan dan berharap agar Menteri KBS akan terus menyokong Diving Team untuk masa hadapan.

Walau bagaimanapun, menerusi ciapan di Twitter Pandelela, beliau seakan ‘berjauh hati’ apabila menyatakan apa yang diceritakan sebelum ini tidak dipercayai tetapi sekarang mempersoalkan pula selepas ia tular di media sosial.

Setakat ini menerusi kenyataan daripada Ahmad Faizal memetik laporan Malaysia Gazette, beliau memaklumkan telah membuat beberapa panggilan peribadi kepada atlet-atlet dan berjumpa mereka mengenai pendedahan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengenai gangguan tidak senonoh.

“Saya dah berjumpa dengan beberapa atlet tentang perkara ini jadi tidak sesuai untuk saya hebahkan lagi perkara ini masa ini.

“Tapi saya hanya nak faham keseluruhan senario, kenapa tiba-tiba setelah sekian lama lela (Pandelela) keluar kenyataan melalui media sosial beliau,” katanya pada sidang media seminar Anti-Doping Kebangsaan 2021.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.