Home / Viral / MerdekaMalaysia / Ibu kejam! Bunuh 5 anak kandung kerana marah suami
ibu-kejam!-bunuh-5-anak-kandung-kerana-marah-suami

Ibu kejam! Bunuh 5 anak kandung kerana marah suami

Di Solingen, Germany seorang wanita berusia 28 tahun, dikenakan hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa membunuh lima anaknya sejurus melihat gambar suaminya dengan wanita lain.

Tindakan kejam seorang ibu

Memetik laporan Mirror, suspek dikenali sebagai Christiane K dipercayai mencekik lima anaknya di kediamannya pada 3 September tahun lalu. Mengulas lebih lanjut, suspek didakwa memberi dadah kepada Melina, 1, Leonie, 2, Sophie, 3, Timo, 6, dan Luca, 8, sebelum bertindak melemaskan mereka di dalam tab mandi.

Sejurus melakukan perbuatan terkutuk itu, wanita ini dipercayai membalut tubuh badan mangsa menggunakan tuala dan meletakkan mangsa di atas katil. Mujurlah anak sulungnya berusia 11 tahun, terselamat berikutan tiada di rumah ketika kejadian itu berlaku.

Suspek cuba membunuh diri

Bercerita lebih lanjut, suspek dikatakan menghantar mesej kepada suaminya dan menceritakan dia sama sekali tidak akan lagi berjumpa dengan anak-anaknya sebelum dia bertindak di ‘luar kawalan’ dengan membunuh mereka.

Bukan itu sahaja, suspek juga dikatakan cuba membunuh diri di depan kereta api di Stesen Sentral Düsseldorf bagaimanapun, dia terselamat.

Ketika prosiding berlangsung di mahkamah, suspek mendakwa rumahnya telah diceroboh oleh individu yang tidak dikenali dan individu tersebut dikatakan menggari, memaksanya menaip mesej kepada suaminya sebelum membunuh anak-anaknya.

Pihak mahkamah telah mendengar lebih 40 saksi sepanjang 20 hari perbicaraan dan suspek didapati bersalah.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.