Home / Viral / MerdekaMalaysia / Makan di tepi jalan untuk rasai kesusahan rakyat. Iqbal dikritik hingga ada yang gelarkan mr bean.
makan-di-tepi-jalan-untuk-rasai-kesusahan-rakyat-iqbal-dikritik-hingga-ada-yang-gelarkan-mr-bean.

Makan di tepi jalan untuk rasai kesusahan rakyat. Iqbal dikritik hingga ada yang gelarkan mr bean.

Umum mengetahui, baru-baru ini usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli kini membawa diri ke Indonesia dan ada kemungkinan mahu berhijrah ke negara seberang itu untuk merawat hati.

Meskipun berada di negara seberang, namun usahawan itu tidak lekang daripada kontoversi. Terbaru, perkongsian Iqbal menjadi tumpuan apabila tampil merendah diri di sana.

Perkongsian usahawan yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli di Instagram sering mencuri perhatian wargamaya .Terbaru, Iqbal yang kini berada di Indonesia berkongsi video menaiki tuk tuk, katanya, dia meletakkan kereta Mercedes di hotel dan hanya menaiki kenderaan awam tersebut.Menurut Iqbal, dia berbuat demikian kerana mempelajari untuk menjadi seorang yang rendah diri.

“Saya rendah hati saja di Indonesia, betul kan? Lihat saja saya makan di tepi jalan. Mercedes saya parking di hotel sanggup naik bajaj (tuk tuk), tidak macam-macam.

“Ini saya belajar dari ramai orang, katanya ramai sayang kalau kita humble begini, mohon share untuk dijadikan teladan,” coretnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang meninggalkan komen sinin terhadap usahawan itu yang tidak habis-habis mahu meraih perhatian semata-mata.Malah, ada yang menyindir Iqbal memalukan diri sendiri dan kononnya dia anak raja kerana tidak pernah melakukan semua perkara itu.

“Bila orang dah banyak duit sampai jadi gila, sanggup memalukan diri memperb.d.hkan diri untuk mendapatkan perhatian,” tulis seorang warganet.

“Betul-betul nak attention gila la dia ni,” tulis pengguna Instagram yang lain.”Ya Allah, tak perlu kot nak menunjuk perlu ke cakap kereta Mercedes,” tulis seorang lagi warganet.

“Selama ni awak anak raja ya tak pernah buat semua tu,” soal warganet yang lain.

“Macam mr bean” tulis seorang warganet

Baru-baru ini, Iqbal mengakui hidupnya sunyi dan meluahkan hasrat untuk mengambil anak angkat.  Iqbal berkata dia bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan sudah tiba masanya dia memikirkan perkara itu.

Sumber: Gempak.

Lepas Iqbal Kali Ni Giliran Ds Vida Pula Bakal Lancarkan Single Terbaru. Terkejut Rupanya Lagu Tu Ditujukan Pada Iqbal.

Nampaknya selepas usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli melancarkan lagu Hujan, giliran jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida pula bakal melancarkan single baru. Menurut Vida, dia mengakui terkesan dengan lagu dikeluarkan oleh Iqbal yang menceritakan tentang kisah percintaan mereka dan memilih untuk berdiam.

“Sebenarnya bila Iqbal keluarkan lagu, saya berdiam je. Sekarang ni cakap banyak pun tak guna jadi saya nak keluar lagu dan menjawab segala apa yang kau (Iqbal) kata. “Apa yang kau lirikkan dalam lagu itu, kali ini dengar saya pula punya. Ini jawapan yang perlu ada dalam lagu saya sehingga orang menangis,” katanya.

Mengambil pendekatan untuk meluahkan isi hatinya dalam sebuah lagu yang ditujukan kepada Iqbal, Vida berkata dia mahu semua yang mendengar merasakan kesedihannya. “Saya akan membawa lagu balada kali ni penuh dengan sentimental with love yang akan mengungkap kesedihan saya, saya nak anda semua rasakan,” katanya. Terdahulu, Vida berkata dia yakin bahawa Iqbal tidak akan dapat cari pengganti sepertinya seorang wanita yang rupawan dan genit-genit manja.

Rindu DSV Tak? Ini Jawapan Padu Iqbal! – “Semestinya Tidak Mudah Untuk …”

Umum mengetahui kisah cinta tak jadi usahawan yang kini bergelar penyanyi Iqbal Zulkefli dan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV). Putus belum sempat ke jenjang pelamin, ramai yang turut berduka dan kecewa atas gagalnya hubungan yang cuba dibina pasangan itu. Bagaimanapun, kedua-duanya masih terbuka dan berlapang dada menerima ketentuan takdir yang tidak menemukan mereka bersama.

Buktinya, Iqbal tampil menjawab soalan yang diajukan pengikutnya mengenai DSV di Instagram pada Sabtu. Ditanya adakah Iqbal masih merindui DSV, ini jawapannya! “Semestinya tidak mudah untuk lupa namun saya mesti lakukan. Banyak pengalaman bersama. Saya serahkan kepada Allah.

“Cuma untuk toleh ke belakang, pasti tidak,” tegasnya. Iqbal juga mengakui akan membuka hatinya untuk mengenali lebih ramai wanita selepas ini tanpa meletakkan harapan tinggi. “Saya perlu bukakan hati untuk kenal dengan ramai orang tanpa menaruh harapan tinggi dan tidak memberi harapan.

“Usia saya sudah 27 tahun terasa mahu ada anak sendiri. Sekarang saya terbuka untuk kenal sesiapa sahaja. “Tetapi tidak mudah jumpa yang tepat kerana saya juga ada kekurangan,” tambahnya. Iqbal yang pernah menjadi pembantu peribadi DSV mula menjadi buah mulut ramai apabila kedua-duanya mula mengakui hubungan yang terjalin dan mendedahkan bakal berkahwin pada Disember tahun ini.

Selain membuat pemeriksaan kesuburan, DSV dan Iqbal juga sudah bersiap sedia menempah persiapan perkahwinan namun hubungan mereka mendapat tentangan daripada anak DSV, Cik B. Kontroversi terus berlarutan apabila DSV muncul ke kediaman Iqbal seawal 3 pagi bagi memujuk jejaka kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu serta menghadiahkan sebentuk cincin. Iqbal juga pernah mengeluarkan kenyataan memberitahu DSV merupakan wanita pertama dan terakhir yang ‘disentuhnya’, namun enggan memperincikan maksud kata-katanya itu.

Masih Belum Sedia Nak Terima Wanita. Iqbal Luahkan Rasa Sunyi. Terkejut Bila Tiba Tiba Dia Nak Ambil Anak Angkat.

Selepas mendedahkan jumlah gaji sebenar yang diterima daripada Datuk Seri Vida, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli kembali dengan episod baharu apabila meluahkan hasrat ingin mengambil anak angkat. Iqbal, 27, berkata, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa sekiranya diberi peluang untuk menjaga anak angkat.

“Saya dah lama nak ada anak tapi disebabkan belum ada peluang dan rezeki lagi. “Baru-baru ini ada orang hantar gambar wanita hamil yang tiada bapa, jadi saya rasa kasihan dan terfikir untuk ambil anak angkat. “Kehidupan saya sekarang sunyi dan sepi mungkin sudah tiba masanya untuk fikirkan tentang anak angkat,” katanya kepada mStar. Terdahulu, Iqbal menerusi Instastory berkongsi foto seorang wanita Indonesia yang s4rat mengandung.

Sementara itu, bercakap soal jodoh, Iqbal berkata, dia masih belum terbuka hati untuk mengenali mana-mana wanita selepas hubungan percintaannya dengan Vida terputus di tengah jalan. “Kalau fasal wanita tu, saya hanya nak mengenali dia. Yela nak jadi ayah angkat kena la kenal mak dia. “Tapi nak kenal bukan bermaksud nak kahwin saya hanya nak berkenalan sahaja. Tapi kalau memang dah jodoh saya, saya tak boleh nak tolak.

“Saya tak sampai hati tengok dia ditinggalkan suami. Jadi saya sanggup jaga anak dia sebab nampak air muka dia lembut dan baik,” ujarnya. Tambah Iqbal, soal kewangan dia yakin mampu untuk menyara dan membesarkan anak tersebut sehingga dewasa.

“Dari segi kewangan dan menyara hidup anak dan si ibu saya rasa mampu,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Mstar

Ada Yang Pertikaikan Mampu Ke Ds Vida Nak Gajikan PA Baru 5k Sebulan. Sekali Ds Vida Terus Bongkarkan Berapa Gaji Iqbal Masa Jadi PA Dia Dulu.

PERKONGSIAN usahawan terkenal Datuk Seri Vida yang mencari pembantu peribadi dengan menawarkan gaji RM10,000 menarik perhatian warganet di laman sosial. Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 50, sehingga kini dia menerima hampir 60 resume yang membuat permohonan menerusi emel.

“Setakat ini dalam emel dah ada lebih 50 atau 60 resume, kalau mesej peribadi (DM) ada lebih kurang 100. “Ia menyukarkan pihak kami kerana kriteria handsome memang datang yang kacak-kacak sudah macam nak buat pencarian Hero Remaja pula.

“Tapi perfomance sebagai PA itu tak tahu macam mana lagi,” ujarnya kepada mStar. Dalam pada itu, Vida berkata, dia berharap calon PA yang bakal bekerja dengannya perlu sentiasa bersedia dan berketrampilan kerana bakal menggantikan dirinya menghadiri mesyuarat.

Sementara itu, Vida berkata, jumlah RM10,000 yang diiklankan bukanlah hanya sembang kosong atau ‘scam’, sebaliknya dia boleh memberi jumlah yang lebih tinggi jika mampu melakukan tugas dengan baik. “RM10,000 tu sebagai geli-geli je bab gaji tu you kena perform lebih dari itu you boleh dapat tau. “Saya bukan ‘scam’, boleh dapat lebih daripada RM10,000… saya boleh beri RM50,000 tapi kenalah pandai buat kerja,” ujarnya.

DSV DEDAH BERAPA GAJI DIA BERI IQBAL DULU

Vida turut mendedahkan dia membayar gaji bekas PA terdahulu iaitu ahli perniagaan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli kira-kira RM50,000 hingga RM100,000 setiap bulan. Sebelum ini, Vida pernah merancang untuk berkahwin dengan Iqbal, namun percintaan mereka terputus di tengah jalan.

VIDEO:

https://youtu.be/thv1KBIRqb0

Sumber : MSTAR ONLINE

Ds Vida Nak Cari Pembantu Peribadi Yang Ada Rupa. Terkejut Bila Tiba Tiba Shuib Offer Diri. Sekali Ini Pula Respon Ds Vida Buat Ramai Yang Terkedu.

Petaling Jaya – Penyanyi dan jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida telah jadi perhatian warganet selepas memuat naik satu video yang memaparkan sebuah hotel di ibu kota berharga RM 50,000 untuk satu malam, menerusi platform TikTok miliknya. Menerusi video tersebut, penyanyi lagu I Am Me itu dilihat gembira berjoget sambil berpimpin tangan dengan anak lelakinya, Kacak, untuk menuju ke bilik berprestij itu.

Dengan kapsyen berseloroh No men, no problem, rata-rata warga TikTok tampil memberi pelbagai reaksi buat usahawan kontroversi itu menerusi ruangan komen. Ramai yang menzahirkan rasa terkejut dengan harga sebuah bilik tersebut yang dikatakan boleh membeli sebuah kereta perodua Myvi baharu.

Kita RM 50,000 beli Myvi itu pun hutang, dia 50 K tunai tidur hotel. Berapa dalam akaun dia ada, tulis seorang warganet. Aku baca RM50 dah terkejut ingat murah, lah ada K di situ, komen lagi seorang warganet. Buat apa bayar 50,000 Datuk, sedangkan ada RM 300 satu malam tetapi macam hotel lima bintang. Apa-apa pun, selamat bercuti. Tiada lelaki tiada m.asalah lah Datuk. Enjoy, komen juga seorang warganet.

Bagaimanapun, mereka tetap menyokong t.indakan DSV itu untuk bergembira bagi merawat hati semula disebabkan peristiwa lalu. Ya, seperti ini. Gembira kan diri sendiri. Bahagiakan anak-anak, komen seorang warganet. Suka melihat Datuk gembira. Semoga Datuk sekeluarga di dalam lindungam Allah, komen seorang lagi.

Terbaiklah, lagi gembira dan bertambah cantik, puji seorang warganet. Selepas dikatakan tiada jodoh dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli, DSV seringkali dilihat memuat naik perkongsian dengan memaklumkan yang dirinya gembira tanpa kehadiran lelaki.

DS Vida Cari Pembantu Peribadi Sampai Shuib Masuk Komen

Menerusi satu pengiklanan di laman Instagram, pemilik nama Hasmiza Othman itu turut menyertakan syarat dikehendaki iaitu lelaki bujang yang berusia antara 25 hingga 30 tahun dan memiliki wajah tampan. Difahamkan, penyanyi lagu I Am Me itu menawarkan gaji sebanyak RM 10,000 untuk jawatan itu yang pasti memikul tanggungjawab besar sebagai orang kuat jutawan k.osmetik tersebut.

Shuib Komen Dan Jawapan Dari DS Vida

Sumber: Kosmo | IG

Kecoh Tentang Caprice Pilih Janda. Sekali Ds Vida Pula Dedahkan Kelebihan Kahwin Dengan Janda Kelantan.

BERITA penyanyi rap Caprice menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal menarik perhatian ramai warganet termasuklah usahawan kosmetik Datuk Seri Vida. Mengakui janda berasal dari Kelantan sering menjadi rebutan, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 50, berkata beberapa contoh lelaki bujang mengahwini ibu tunggal sudah cukup membuktikan mereka masih memiliki ‘saham’ tinggi.

“Saya setuju 200 peratus saham janda lagi tinggi dan lebih mahal berbanding anak dara, pasti ramai yang tercabar dengan janda terutama janda Kelantan. “Saya tengok dekat aplikasi TikTok pun ramai lelaki mengatakan keinginan untuk memperisterikan janda.

“Iyalah janda sekarang pun dah pandai berhias, cantik-cantik… itulah sebab anak teruna ramai sukakanjanda. Kalau tak manalah orang sukakan kita sampai macam tu sekali,” katanya kepada mStar. Sementara itu, Vida berkata sepanjang empat tahun memegang status janda, dia pernah dihampiri oleh beberapa orang lelaki bujang yang menyatakan hasrat mahu memperisterikannya.

Ini termasuklah kontroversi cinta tak kesampaian dengan bekas pembantu peribadi (PA) Ahmad Iqbal Zulkefli sebelum ini. Vida bagaimanapun memberitahu dia belum bersedia untuk bergelar isteri semula kerana masih trauma dengan kegagalan tiga perkahwinan sebelum ini.

Vida belum sedia kahwin lagi, mahu fokus dua anaknya iaitu Kacak (kiri) dan Cik B (kanan). “Kalau ikutkan lamaran daripada lelaki bujang yang masih teruna ni orang kata riyak pula… tapi hati ini tak boleh dipaksa-paksa terima orang. “Apabila hati dah retak lagi la takut… lebih-lebih lagi saya pernah trauma melalui alam perkahwinan dahulu, jadi saya dah tak sanggup nak hadap, “Saya enjoy dengan cara saya setakat ini, buat apa suka… nak bercuti, nak shopping saya buat sendiri sahaja,” ujarnya.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.