Home / Viral / MerdekaMalaysia / Rihana Petra tampil kongsi kepayahan besarkan Leon seorang diri. Ini luahannya.
rihana-petra-tampil-kongsi-kepayahan-besarkan-leon-seorang-diri-ini-luahannya.

Rihana Petra tampil kongsi kepayahan besarkan Leon seorang diri. Ini luahannya.

Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Petra atau nama sebenar beliau, Oksana Andreevna Voevedina ada berkongsikan kisah susah payah hidupnya menerusi beberapa hantaran di Instagram pada beberapa hari lalu. Jelas Rihana,29 yang kini berhijrah ke London, berkongsi serba sedikit perjalanan hidup dirinya yang sering berpindah-randah sewaktu berusia 17 tahun hinggal kini menetap di kota raya tersebut bersama anak lelakinya.

“Saya mula berpindah ke Moscow pada usia 17 tahun, ketika saya masuk ke universiti. Kemudian pada 24 tahun saya pindah ke Malaysia. Sekarang selepas 5 tahun, saya kemas bagasi lagi, bawa Leon dan mulakan hidup baru”, tulis Rihana. Memandangkan saya melahirkan dia seorang diri, dan membersarkan dia seorang diri, semuanya perlu dilakukan untuk masa depan (Leon), kerana tiada siapa yang akan buat selain saya”, ujar Rihana.

Menurut bekas ratu cantik ini, meski berpindah ditempat yang baru, dirinya yakin segalanya akan berjalan dengan lancar. Malah Rihana sendiri beranggapan dirinya tidak takut dengan perubahan dan akan bergerak kehadapan demi mencapai impian.

“Di Moscow, saya tinggalkan segalanya, keluarga, kawan-kawan, apartment, kereta, cagaran. Terdapat isu perniagaan yang saya uruskan dari jauh” Segalanya baru di London, tapi saya tak pernah takut pada perubahan dan kemungkinan sebab itu banyak cabaran berlaku dalam hidup saya sama ada baik atau buruk”, tulis Rihana. Dalam satu hantaran lain di Instagram, Rihana turut ada berkongsikan perkembangan semasa Leon yang kini sudah boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Sumber : Rose Merah

Lebih 10 Hari Ibu Dan Ayah Pergi Menghadap Ilahi. Ini Keadaan Terkini Anak Allahyarham Vanessa Angel Dan Suami.

ANAK tunggal Allahyarham Vanessa Angel dan Febri Andriansyah iaitu Gala Sky Andriansyah dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas 10 hari insiden yang meragut nyawa kedua ibu bapanya itu.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh adik Febri iaitu Fuji di aplikasi TikTok, kanak-kanak lelaki berusia setahun itu kelihatan ceria dan sudah boleh menari bersama ibu saudaranya.

Dalam video berdurasi kurang 20 saat itu, Gala memakai baju merah sambil menghisap puting dipangku oleh Fuji menari mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Meskipun balutan luka di bahagian mata sudah dibuka, namun masih terlihat jelas kesan bengkak pada wajah Gala.

Video terkini yang dikongsi oleh Fuji itu menerima lebih 30 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Rata-rata pengikut meluahkan rasa lega dan senang melihat perkembangan terkini kanak-kanak lelaki itu.

“Alhamdulillah Gala sudah mula ceria, senang sangat tengok Gala happy macam ini.

“Gala anak yang kuat, semoga membesar sihat meskipun tanpa ibu dan ayah di sisi,” antara komen netizen.

Pada 4 November lalu, pasangan selebriti Vanessa Angel dan suami Febri atau Bibi terbabit kejadian yang tidak diingini di Tol Jombang-Mojokerto.

Kedua-dua pergi menhadap ilahi di tempat kejadian, manakala Gala Sky, pengasuh dan pemandu kenderaan selamat.-Sumber: Mstar

Ramai Yang Tampil Tawar Diri Nak Jaga Anak Vanessa. Sekali Datuk Pulak Tampil Beri Amaran Macam Ni.

Ramai mahu jadikan cahaya mata Vanessa dan Febri sebagai anak angkat. Ibu mentua kepada Allahyarham Vanessa Angel iaitu Dewi Zuhriati mendedahkan ramai pihak tampil menyatakan hasrat untuk menjadikan cucunya Gala Sky Andriansyah sebagai anak angkat. Ibu Febri Andiansyah ini bagaimanapun berkata dia menolak tawaran tersebut kerana mahu membesarkan sendiri cucu lelakinya itu.

“InsyaAllah kita sanggup membesarkan Gala, kami akan mengasuhnya hingga dia dewasa. InsyaAllah sampai mavt kami menjemput, Gala akan bersama kami,” kata Dewi seperti dilapor portal Tabloid. Dalam pada, Dewi berkata semua harta peninggalan dan wang simpanan milik 4rwh dan suami akan digunakan untuk masa depan Gala.

“Kita sangat berterima kasih dengan orang ramai yang bersimpati dengan cucu saya. Seandainya ada peninggalan (harta) dari 4rwh ibu dan ayahnya, kita akan guna untuk tabungan masa depan Gala… semua orang sayang Gala,” ujarnya.

Sementara itu, bapa Vanessa iaitu Doddy Sudrajat meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak mengambil kesempatan menjadikan Gala sebagai konten media sosial. Justeru itu, dia memohon orang ramai tidak lagi memuat naik foto atau video Gala tanpa kebenaran.

“Saya mohon jangan eksploitasi anak kami. Saya tidak ingin anak dan cucu menjadi sorotan kamera dan media. Dia masih belum tahu apa-apa,” katanya. Vanessa dan Febri atau Bibi pergi buat selamanya dalam satu kejadian yang tak diingini jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu. Jasad kedua-duanya diuruskan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan. Sumber : Mstar

Bapa Luah Kecewa Dengan Sikap Pemandu Vanessa Yang Jadi Punca Kejadian. Sekali Ini Yang Dia Buat Lepas Kejadian Sampai Bapa Vanessa Doakan Macam Ni.

Bapa kepada Allahyarham Vanessa Angel, Doddy Soedrajat meluahkan rasa kecewa terhadap pemandu kenderaan yang menyebabkan kejadian tersebut sehingga mengambil nyawa anak dan menantunya. Menurut Doddy, pemandu tersebut yang dikenali sebagai Tubagus Joddy langsung tidak menghubunginya selepas kejadian itu berlaku. Kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab itu, Doddy berharap pemandu tersebut menerima hukuman yang setimpal.

“Tiada apa yang boleh saya katakan untuk dia. Biarlah dia mendapat hukuman yang sewajarnya nanti. Benda dah jadi, saya kena terima. Dia tidak pernah menghubungi saya… tapi saya tidak mahu fokus tentang perkara itu,” kata Doddy kepada media menerusi video rakaman di YouTube.

Sebelum ini, media melaporkan pemandu itu didakwa menggunakan telefon bimbit ketika memandu sehingga menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Vanessa dan Febri pergi buat selamanya dalam satu kejadian jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu. Anak kepada pasangan tersebut iaitu Gala Sky Andriansyah yang turut berada dalam kenderaan itu mengalami luka pada bahagian wajah dan keadaannya dilaporkan semakin baik. Sumber – Liputan6

Baru Je Tular Vanessa Dan Suami Telah Pergi Buat Selamanya. Kini Bapa Mentua Vanessa Tampil Dedahkan Keadaan Terkini Anaknya.

Jakarta: Anak lelaki 4rwh Vanessa Angel iaitu Gala Sky Ardiansyah yang berusia setahun, masih dirawat akibat mengalami lebam serta kelopak matanya perlu dijahit susulan nahas jalan raya, baru-baru ini.  Hal itu dimaklumkan bapa mentua Vanessa iaitu Faisal yang berkata Gala masih ditahan di sebuah hospital di Surabaya untuk rawatan selanjutnya.

“Masih terdapat kesan lebam pada bahagian wajah Gala dan belum sembuh sampai sekarang. Kelopak matanya juga mungkin akan perlu dijahit sedikit. Menurut doktor, bengkak itu boleh hilang dan rawatan lanjut akan diteruskan. Apapun, semuanya mengikut pertimbangan daripada pihak doktor juga,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan pergi buat selamanya selepas terbabit dalam kejadian yang tak diingini jalan raya pada tengah hari, 4 November lalu. Menurut portal berita CNN Indonesia, kejadian itu berlaku di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur.

Di Instagram Vanessa dan suaminya, ramai selebriti terkenal Indonesia memuat naik ucapan takziah atas pemergian mengejut pasangan berkenaan. Antaranya, Ivan Gunawan, Ayu Ting Ting, Ruben Onsu dan ramai lagi. Peminat-peminatnya juga turut meluahkan rasa kesedihan atas berita sedih itu dan ramai yang tidak percaya bahawa Vanessa sudah pergi buat selamanya. Sumber : Hmetro

Sebak Bila Ada Yang Kongsikan Pesanan Terakhir Suami Vanessa Angel Untuk Anaknya. Ini Pesanan Bibi Buat Hari Lahir Pertama Anaknya.

Vanessa Angel dan Bibi Andriansyah pergi buat selamanya dalam satu kejadian yang tak diingini di Tol Jombang arah Surabaya, Khamis (4/11). Ambulans yang membawa jasad Vanessa dan Bibi telah tiba di rumah jasad di Jakarta Barat setelah menempuh perjalanan kurang lebih 11 jam dari Surabaya.

Vanessa dan Bibi diuruskan hari ini di Tempat Persemadian Melaka di kawasan Swadarma, Ulujami. Ketika kejadian itu berlaku, nama Vanessa dan Gala menjadi trending topik di Twitter. Orang ramai turut bersedih atas kehilangan Vanessa dan Bibi buat selama-lamanya dan tinggalkan Gala yang kini baru berusia 15 bulan.

Malah, salah satu klip video ketika Bibi dan Vanessa menjadi bintang jemputan di saluran YouTube CURHAT BANG Denny Sumargo kembali viral. Dalam video itu, Bibi nampaknya telah tinggalkan mesej untuk Gala pada hari lahirnya yang pertama. Mesej itu akhirnya disampaikan oleh Denny Sumargo kerana Bibi tidak dapat bercakap.

“Om Densu mewakili, ya. Dia kata, ‘Gala, nak, orang baik ada masa lalu, orang jahat ada masa depan. Hidup tak boleh berdasarkan apa yang selalu kita fikirkan’,” kata Denny mengikut kata-kata Bibi. Namun, yang lebih menyedihkan warganet apabila mendengar Denny berkata Bibi akan sentiasa ada untuk menemani Gala walaupun sudah tiada di dunia. “Tapi, Gala, kalau terjadi apa-apa dekat kamu, mungkin saya tak boleh ada dan mungkin saya tak akan sentiasa ada, tapi percayalah papa akan sentiasa menemani kamu walaupun papa sudah tiada di dunia ini,” kata Denny.

Seperti yang dilaporkan, terdapat lima orang dalam Pajero Sport berwarna putih ketika terlibat dalam kejadian yang tak diingini. Tiga orang termasuk Gala Sky Ardiansyah, anak tunggal Vanessa Angel dan Bibi Ardiansyah terselamat.
Dua lagi yang turut terselamat iaitu pengasuh bernama Siska Lorenza dan pemandu bernama Tubagus Joddy. Siska luka teruk, manakala Joddy dilaporkan tidak luka. Sumber : Murai.my

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.