Home / Viral / MerdekaMalaysia / Sampai luka berdrah mulut Emma Maembong ketika babak getir. Rupanya ini perkara sebenar yang berlaku.
sampai-luka-berdrah-mulut-emma-maembong-ketika-babak-getir-rupanya-ini-perkara-sebenar-yang-berlaku.

Sampai luka berdrah mulut Emma Maembong ketika babak getir. Rupanya ini perkara sebenar yang berlaku.

Emma Maembong, 29, pastinya bukan nama asing dalam industri hiburan tanah air. Hingga kini, banyak drama, telefilem termasuk filem sudah dibintanginya. Namun, kerjaya seni Emma seakan-akan ‘sepi’ seketika selepas dia mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu, tahun lalu. Namun, kini Emma kembali beraksi di layar lakonan semula.

Ditemui pada sidang media secara virtual drama I Promise, Janji Anaqi lakonannya, Emma yang melakonkan watak Hayla berkata, pada mulanya dia tidak bersedia untuk aktif berlakon semula. “Saya tak nafikan tertarik dengan jalan cerita I Promise, Janji Anaqi ini walaupun ia kisah adaptasi novel nukilan Acik Lana yang sarat dengan drama, aksi dan pengajaran buat kita. Ia turut membabitkan Sharnaaz Ahmad dan Talha Harith yang saya belum pernah bekerja dengan mereka. Ini pastinya satu pengalaman baharu buat kami. Alhamdulillah, tidak sukar juga untuk saya membina keserasian dengan mereka kerana masing-masing sangat profesional dan bersungguh-sungguh memberi lakonan terbaik,” katanya.

Memandangkan drama ini mengangkat kisah wanita didera suami, sudah pasti Emma tidak terlepas daripada terbabit aksi lasak yang boleh melukakannya. Mengulas perkara itu, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail berkata, memang dia ada mengalami luka ringan tetapi sebagai pelakon, itu adalah perkara biasa. Mantap, gandingan padu Emma bersama Sharnaaz.

“Saya mengalami beberapa luka kecil sewaktu melakonkan babak getir dalam drama ini. Namun, luka berkenaan tidaklah serius.”Ini sekadar lakonan dan saya sendiri yakin dengan tahap profesionalisme dan kebolehan lakonan Sharnaaz dan Talha yang sedikit sebanyak membuatkan babak gnas di dalam drama ini ‘menjadi’.”

Walaupun kali pertama berlakon dengan Talha, dia adalah pelakon hebat. Dia tidak ‘belasah’ betul-betul, tapi aksi lakonannya nampak ‘real’,” katanya. Menurut Emma, dia bersama Sharnaaz dan Talha juga akan berbincang dan merancang dulu babak aksi bakal dilakonkan mereka seperti tumbuk terajang sebagai persediaan untuk mengelak kecederaan yang teruk.

“Namun, walaupun bersedia, ada juga terbabas. Umpamanya, mulut saya pernah berdr4h kerana terkena rantai yang dipakai Sharnaaz. Luka itu menyebabkan mulut saya luka sedikit. Bagaimanapun, keseluruhannya saya gembira dapat bekerja dalam pasukan produksi drama I Promise, Janji Anaqi ini kerana kami semua dapat memberi kerjasama yang baik dan saling membantu,” katanya.

SEPI seketika, Emma fokus kepada keluarga.

I Promise, Janji Anaqi sebanyak 28 episod arahan Hadith Omar ini sudah menemui penonton di Astro Ria sejak 6 Disember lalu, jam 11 malam. Selain Emma, Sharnaaz dan Talha, ia turut dibintangi antaranya Dayana Roza, Elyas Abdullah, Isaac Imann, Izuan Razali dan Ikhwan Khairudin.

Sekali-sekala bawa anak ke lokasi penggambaran

Bertemu jodoh dengan juruterbang, Muhammad Shazil Azhar pada 20 Februari tahun lalu dan kemudian memiliki anak, Shariq Gabriel, yang kini berusia setahun melengkapkan kehidupan bahagia Emma. Kakak kepada pelakon Chacha Maembong ini berkata, satu keputusan sukar juga buatnya ketika mula ingin merancakkan kembali karier lakonan yang lebih setahun ditinggalkan demi keluarga.

“Saya tidak sedia juga pada awalnya untuk berlakon semula kerana memikirkan urusan penjagaan anak. Ini kerana saya sudah terbiasa menjaga anak sendiri dan amat selesa. Bukan tidak percaya kepada pembantu rumah atau pengasuh, tetapi saya ada pemikiran yang berasakan hanya ibu akan mampu menjaga anaknya dengan lebih baik berbanding orang lain. Jadi, disebabkan sukar untuk fokus kerja di lokasi penggambaran kerana sering terfikirkan anak, sekali-sekala saya membawa Shariq ke lokasi penggambaran. Namun, saya tengok dulu sama ada ia sesuai atau tidak dengan bayi,” katanya.

Emma berkata, dia lebih tenang bekerja apabila anak ada di depan mata. Katanya, sebagai wanita yang baharu bergelar ibu semestinya dia agak obses dengan anak sendiri serta bersikap posesif. “Saya sedar akan mendatangkan masalah juga nanti sekiranya anak asyik nak melekat dengan saya setiap masa. Jadi, saya kena belajar kuatkan hati untuk berenggang seketika dengan anak kerana bekerja,” katanya. Sumber : hmetro.com.my

Gadis Ini Tarik Perhatian Ramai Bila Ada Yang Cuba Samakan Mukanya Dengan Artis. Ini Respon Ibunya Bila Ada Yang Samakan Dengan Emma Maembong.

Gadis ini menarik tumpuan ramai di TikTok gara-gara wajahnya dikatakan menyerupai selebriti popular seperti Emma maembong. Sebuah video yang dimuat naik di aplikasi tersebut memaparkan dirinya sedang membuat toturial pakai tudung, Dalam video itu juga ramai warganet terkejut memamparkan seperti pelakon drama Bicara cinta pada 21 september 2020 berkenaan membuatkan lebih ramai warganet melontarkan komen serupa seperti Emma Maembong.

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih dari 97,000 jumlah tontonan selain dibanjiri dengan komen warganet yang ter.kejut perbandingan wajahnya dengan artis berkenaan. “kenapa muka awak macam Emma Maembong”- tulis seorang warganet. “Lahhh ingatkan Emma Maembong dah tadi”- tulis lagi seorang warganet. “Bila dia senyum nampak seiras macam Emma Maembong”- tulis rakan peminatnya. “Kadang nampak macam Emma Maembong”- tulis lagi seorang peminat.

Namun begitu, wanita yang senang disapa sebagai Mija ini secara peribadi mengatakan wajahnya langsung tidak mempunyai iras pelakon wanita berkenaan meskipun menyedari terdapat komen sedemikian daripada warganet. Video Mija yang mengatakan seiras pelakon Emma Maenbong meraih lebih 97,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

“Sebenarnya dalam video-video saya yang terdahulu dekat TikTok, ada juga saya perasan orang komen samakan wajah saya dengan Emma Maembong,” Ujar Mija sambil berseloroh. “Sebelum ni saya pernah cerita pada ibu… Tapi ibu mampu gelak ja sebab anak disamakan dengan artis selawa Emma. Saya juga pernah cerita dekat kawan-kawan saya, video di tiktok orang samakan dengan pelakon tersebut, Tapi dorang (kawan-Kawan) pun sama pendapat seperti saya, dia kata langsung tak sama, mungkin dorang dah selalu tengok” Katanya ketika menghubungi Info Kita semalam.

Emma Maembong kiri bersama Chacha maembong kanan

Mungkin yang komen wajah Mija sama macam artis-artis ini sebab mereka tak menghadap wajah saya hari-hari. Mija dalam bidang perniagaan & sains komputer dekat sekolah di Shah Alam. “Ada yang mengakatakan muka macam Emma Maembong. Suara pula macam Chacha maembong” Ujar wanita 17 itu.

Dalam sisi lain, Mija yang berusia 17 tahun juga ade tudung jenama sendiri, miramedina.co di shah alam. Kiri adiknya qhaliff Mija (tengah) bersama ibunya kanan. Bagaimanapun pada masa ini, Mija juga aktif dalam jualan tudungnya sambil menambah rezeki untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga dan kerjayanya. “Tapi apa pun saya tak kisah kerana bagi saya, setiap orang ada pandangan masing-masing kan,” akhirinya. Sumber : Info Kita

Lama menyepi tiba tiba Ameera Khan muat naik gambar nampak rambut. Tak boleh berdiam sekali ini komen dari warganet.

Umum tahu personaliti media sosial, Ameera Khan kini telah mengenakan hijab sehari sebelum majlis pernikahan kakaknya, Neelofa bersama pendakwah bebas, Haris Ismail pada Mac lalu. Ameera atau dikenali dengan nama Little Miss Khan memuat naik foto ‘selfie’ menggayakan kaca mata daripada satu jenama besar.

Penampilan pemilik nama Nur Ameera Khan, 21, yang sekadar meletak sehelai selendang hitam bagi menutupi rambutnya itu jadi perhatian ramai orang. “Someone get me out of my house”

Dalam menasihati jangan sampai menghina

Walaupun tidak menutupi sepenuhnya aurat, rata-rata wargamaya memilih untuk tidak megkritik malah tinggalkan komen positif. Menghargai usaha untuk berubah menjadi insan lebih baik, pengikut menasihati dan mendoakan agar Allah permudahkan urusan Ameera. Sumber: Instagram @littlemisskhan

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.