Home / Viral / MerdekaMalaysia / Suka sangat belanja gambar yang tak sepatutnya. Sekali pensyarah Fiqh Fatwa tampil beri nasihat padu buat Nora Danish.
suka-sangat-belanja-gambar-yang-tak-sepatutnya-sekali-pensyarah-fiqh-fatwa-tampil-beri-nasihat-padu-buat-nora-danish.

Suka sangat belanja gambar yang tak sepatutnya. Sekali pensyarah Fiqh Fatwa tampil beri nasihat padu buat Nora Danish.

Nampaknya, nama pelakon Nora Danish tidak lekang daripada menjadi bualan warganet di platform media sosial. Selepas ditegur gaya pemakaiannya ketika mendaki Bukit Dinding, terbaru foto kontroversi bersama suaminya, Nedim Nazri mengundang perhatian ramai. Pensyarah Fiqh Fatwa, Pusat Kajian Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi hantaran di Facebook berkata, pasangan suami isteri itu tidak sepatutnya berkongsi gambar itu kerana ia dilarang dalam agama.

“Kebahagiaan kita tidak perlu untuk diuar-uarkan dengan perkara mks1at apatah lagi ia dilarang dalam agama. Allah SWT berduka sekiranya hambanya membuka aib dirinya sendiri serta membangga-banggakan dengan perkara yang dilarang dan dilaknat,” katanya.

Katanya, beliau turut mengingatkan kepada semua bahawa umat Islam tidak terlepas daripada melakukan dosa, sentiasa perbanyakkan taubat dan memohon keampunan Allah SWT. Mohd. Izhar berkata, umat Islam juga digalakkan memohon kemaafan sesama manusia dan saling menutup aib serta menjaga kehormatan sesama kita.

“Nabi SAW berpesan: “Sesiapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah menutup aibnya di dunia dan di akhirat”,” katanya. Sebelum ini, gambar aksi main buih Nora Danish bersama suami di dalam tab mandi di sebuah hotel mengundang kritikan warganet. Lima foto yang dikongsi di Instagram dan Facebook itu dipercayai dirakam di sebuah hotel di Langkawi. Sumber : Trending Sangat

Dikritik Teruk Lepas Tayang Aksi Mandi Buih Bersama Suami. Akhirnya Nora Danish Pilih Padam Foto Di Instagram.

Pelakon Nora Danish mengundang rasa kurang senang wargamaya apabila berkongsi foto mandi buih di dalam tab mandi bersama suami, Mohamad Nedim Nazri.Menerusi laman sosial Instagram, Nora memuat naik lima foto aksi mandi buih tersebut dipercayai dirakam di sebuah hotel di Langkawi.

Difahamkan kunjungan pasangan itu ke Pulau Mahsuri itu bagi meraikan ulang tahun kelahiran Nedim yang ke-38 bersama kenalan rapat mereka.Walau bagaimanapun, foto tersebut telah dipadam daripada akaun Instagramnya setelah menerima pelbagai kritikan daripada wargamaya.Namun tidak kurang juga ada yang menyukai foto tersebut dengan memberikan pujian dan emoji hati.

Minggu lalu, Nora sekali lagi menjadi sorotan ramai apabila mengenakan pakaian yang agak ketat sewaktu melakukan aktiviti mendaki.Sebelum ini, Nora pernah dikritik selepas memuat naik gambar yang menayangkan bahagian belakang tubuh di Instagramnya serta momen percutian ketika di Langkawi sekitar September lalu.

Terdahulu, Nora berkahwin dengan Boss Ned berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun.Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Rizal Ashram Ramli, Putra Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata mereka.

Kongsi Gambar Mendaki Bukit Dengan Pakaian Menonjol Mata. Sekali Lagi Nora Danish Kena Kritik Dengan Warganet.

Penampilan pelakon kecil molek, Nora Danish sering kali menjadi buah mulut warganet. Jika sebelum ini, Nora Danish menerima krtitikan yang he bat daripada wargamaya susulan berkongsi outfit ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah bersama keluarga dan rakan baiknya.

Terbaru, pelakon yang sinonim dengan drama Puteri berkongsi aktiviti hujung minggunya dengan mendaki Bukit Dinding, yang terletak di Taman Setiawangsa. Menerusi kapsyen pendek yang dikongsi, Nora berjaya menghabiskan trek bukit tersebut sejauh enam kilometer dan sempat bertanyakan lokasi seterusnya bagi melakukan aktiviti lasak ini.

Kali pertama, dan bukannya kali yang terakhir. Mana seterusnya? #6Kilometer.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah outfit Nora berwarna coklat ketika mendaki bukit yang dikatakan seksi dan menampakkan sosok badannya.Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dipercayai kurang senang dengan pakaian pelakon cantik ini berikutan dirinya sudah memegang status sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata.

Komen Warganet

Susulan daripada itu, ramai dilihat kurang senang dengan pemakaian Nora yang dikatakan agak ketat untuk tatapan umum, apatah lagi untuk digayakan ketika mendaki.Malah, ada juga yang seolah mengambil peluang untuk memberi ceramah dan ‘tazkirah’ kepada pelakon tersebut.

“Baju awak boleh menyebabkan pernafasan masa hiking semput la dear. Pakai baju sesuai, takut kalau jatuh pengsan, rescue tak nampak serupa tanah,” tulis beberapa netizen.Pun begitu, biarpun diasak dengan pelbagai kritikan, ramai juga yang masih memuji kecantikan aktres tersebut.“Hiking pun cantik, jelesnya”.

Sekadar info, ini bukan kali pertama Nora dikritik gara-gara berpakaian mencolok mata.Sebelum ini, Nora pernah dikritik selepas memuat naik gambar yang menayangkan bahagian belakang tubuhnya di Instagramnya serta momen percutian ketika di Langkawi sekitar September lalu.

Sumber: Nora Danish

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Baru Je Nora Danish Dikritik Ramai Gara Gara Jadi Duta Tudung. Sekali Ini Pula Respon Dari Diva AA.

Pengacara dan pelakon sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA tampil menyelar pihak yang mengkritik pelakon jelita, Nora Danish yang dikritik warganet tidak layak untuk menjadi duta tudung.

“Suka Hati Dia La Nak Jual Tudung ke?”-Diva AA

Menerusi laman Twitter, Diva AA memberitahu bahawa ia adalah urusan aktres tersebut untuk menjual tudung atau melakukan apapun.

“WOII PKMK? MENYALAK JER KEJER KO! SUKA HATI DIA LAH NAK JUAL TUDUNG KE? NAK JUAL FKY KE? KO LAK YANG PANAS JBRR? SLLL NYA KO! DAH BDHHH? MRYAN! GTHHH PUII”-Tweet Diva AA

Nora Danish Dikritik warganet

Dipetik dari laporan Kosmo, Nora menjadi kritikan warganet yang mempersoalkan imej seksinya yang tidak layak untuk menjadi duta tudung. Pemilihan beliau juga didkwa hanya berdasarkan keuntungan dan bukannya untuk kepentingan agama Islam. “Bagi saya seksi atau sebaliknya, semuanya terletak atau bergantung kepada mata yang memandangnya.

Bagi kelompok warganet yang tahu dan asyik nak kritik saja, hentikanlah.”-Kata Nora Danish pada Kosmo. Kita doakan yang baik-baik je la kan, mana la tahu satu hari nanti dia terbuka hati nak bertudung.. Sumber : Murai.my

Tidak Tahu Bagaimana Mahu Melaluinya. Nora Danish Tidak Dapat Mengawal Sebak Berpisah Dengan Anak Sulung.

Pelakon Nora Danish gagal mengawal emosinya ketika menghantar anak sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, ke sebuah sekolah swasta berasrama penuh, semalam.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, memberitahu Rayqal akan menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.

Di dalam video pendek yang dimuatnaik olehnya, Nora juga dilihat sebak dan menangis sambil memeluk erat anaknya ketika berada di asrama.

Pelakon yang popular dengan drama Puteri itu turut meluahkan kerinduannya terhadap Rayqal menerusi hantaran Instagram yang lain.

Mommy akan sangat merindui kamu. Mommy tidak tahu bagaimana mahu melaluinya, tetapi Mommy harus menjadi kuat sayang.

Sekadar info, Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Jejai. Mereka bagaimanapun bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sumber: beautifulnara.

Sebagai Tikus Makmal Nora Danish Rasa Bertuah Dan Syukur Tiada Kes Pelancong Positif Di Langkawi.

Pelakon jelita Nora Danish menjadi selebriti terawal tiba di Pulau Langkawi, Kedah sejurus inisiatif gelembung pelancongan di lokasi peranginan terkenal itu dibuka pada 16 September lalu.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Nora, 39, meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana setakat ini tiada kes positif Covid-19 dilaporkan melibatkan pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan tangkapan skrin (screenshot) artikel daripada sebuah portal.Dalam pada masa sama, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif berharap agar sektor pelancongan lain juga akan dibuka tidak lama lagi.

Alhamdulillah kami sebagai ‘tikus makmal’ rasa bertuah. Semoga dapat lagi tempat-tempat pelancongan lain dibuka, Insya-Allah doa yang baik-baik.

Sejurus pulang dari pulau tersebut, pelakon filem Polis Evo membuka semula ruangan komen selepas dikritik gara-gara mengenakan pakaian seksi ketika bercuti. Nora kelihatan tidak melatah kerana memilih untuk tidak membalas sebarang komen ‘pedas’ daripada warganet.

Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama dengan Nedim Nazri pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl Nedim atau mesra dipanggi Ney Ney Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai sekitar 2006 dan bercerai dua tahun selepas itu iaitu pada 10 Julai 2008. Kredit: Oh bulan.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.