Home / Viral / MerdekaMalaysia / Tersebar pulak gambar Najib Razak main golf di Singapura lepas rayuan di tolak. Sekali ini reaksi Najib Razak buat ramai yang terkedu.
tersebar-pulak-gambar-najib-razak-main-golf-di-singapura-lepas-rayuan-di-tolak-sekali-ini-reaksi-najib-razak-buat-ramai-yang-terkedu.

Tersebar pulak gambar Najib Razak main golf di Singapura lepas rayuan di tolak. Sekali ini reaksi Najib Razak buat ramai yang terkedu.

Bekas perdana menteri Najib Razak membidas pengkritik yang mempersoalkan keberadaannya semasa dia melawat Singapura. Najib, yang mendapat kembali pasportnya buat sementara bagi melawat anaknya Nooryana Najwa yang melahirkan anak kedua di Singapura, bertanya jika dia disangka perlu menghabiskan masa 24 jam sehari bersama cucunya itu.

Ini selepas gambar Najib bergambar di sebelah Rolls Royce dan bermain golf di Singapura tersebar di media sosial. Najib berkata Rolls Royce itu milik jutawan Singapura Sam Goi Seng Hui yang telah berbincang mengenai pelaburan dengannya. Goi turut dilihat dalam gambar-gambar itu.

“Ini pun jadi isu? Tak kan saya bersama cucu 24 jam setiap hari selama tempoh 6 hari saya berada di Singapura,” kata Najib pada hantaran di Facebook. Najib berkata Goi merupakan pemilik Sutera Harbour Resort di Sabah dan peminat dasar ekonomi Malaysia semasa dia menjadi perdana menteri dari 2009 hingga 2018.

“Encik Sam kata dia adalah peminat dasar-dasar ekonomi dan pembangunan saya semasa saya PM dan minta untuk diperkenalkan dengan saya. “Masa kita bertemu, dia banyak meminta pandangan saya tentang hala tuju pembangunan dan ekonomi negara sebab dia ingin lebih melabur di Malaysia.

“Adakah ianya salah bagi saya untuk gunakan masa peribadi saya untuk beri pandangan saya kepada pelabur asing yang ingin melabur ke Malaysia biarpun saya bukan PM lagi dan bukan Menteri,” soalnya. Najib pada Julai 2020 dijatuhi hukuman tahanan 12 tahun dan denda RM210 juta kerana penylwngn dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Sementara menunggu rayuan, pasport Najib dikembalikan kepadanya sehingga 6 Dis bagi membolehkan dia pergi ke Singapura untuk bersama anak perempuannya Nooryana Najwa Najib yang baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan. Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan Najib pada 8 Dis, sejurus selepas Najib pulang dari Singapura.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan sabitan humuman tahanan 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib sementara menunggu rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan. Walaupun Najib Razak telah mendapatkan penngguhan atas sabitan dalam kes SRC International, bekas perdana menteri itu masih tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan selesai.

Demikian menurut beberapa pakar perlembagaan dan peguam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Shad Saleem Faruqi dari Universiti Malaya berkata walaupun Najib boleh kekal sebagai ahli parlimen Pekan, tetapi dia hilang kelayakan bertanding dalam pilihan raya mengikut Perlembagaan Persekutuan. “Beliau kekal sebagai ahli parlimen sehingga rayuan atau petisyen untuk pengampunannya diselesaikan. Ini diperuntukkan dalam Perkara 48(4)(b) Perlembagaan Persekutuan.

“Tetapi dia serta-merta hilang kelayakan untuk pencalonan, bertanding pilihan raya atau pelantikan ke mana-mana Dewan jika dia sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman tahnan setahun atau dnda 2,000. Ini diperuntukkan dalam Perkara 48(5),” kata Shad Saleem (gambar, bawah) Pakar perlembagaan itu berkata Najib boleh bertanding dalam pilihan raya sekiranya dia mendapat pengampunan penuh diraja sebelum hari penamaan calon.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan rash membabitkan sejumlah RM42 juta dana SRC International, serta menjatuhkan hukuman tahanan 12 tahun dan denda RM210 juta. Penghakiman itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dalam keputusan sebulat suara minggu lalu, selepas panel tiga hakim mendengar rayuan Najib.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun membenarkan Najib menangguhkan sabitan dan pelaksanaan hukumannya sementara menunggu penyelesaian rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Ini disahkan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan peguam Najib ketika dihubungi, serta semakan nota wartawan dari mahkamah pada hari itu di mana panel hakim membenarkan permohonan pembelaan untuk penangguhan sabitan dan pelaksanaan hkman.

Susulan keputusan ini, timbul persoalan sama ada ahli politik Umno itu masih layak bertanding dalam pilihan raya akan datang atau tidak, dengan peguam terkenal Haniff Khatri menggesa Mahkamah Rayuan menjelaskan perkara berkenaan. Penangguhan tak bermakna lupus sabitan Najib

Peguam kanan Salim Bashir Bhaskaran turut berkongsi pandangan sama, berkata penangguhan sabitan yang diberikan kepada Najib tidak mempunyai kesan terhadap kehilangan kelayakannya sebagai ahli parlimen sekrang. “Perkara 48 (4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang itu tidak perlu mengosongkan kerusinya sementara menunggu keputusan rayuannya.

“Sekarang ini, persoalan satu lagi sama ada dia boleh bertanding atau tidak? Dalam keadaan ini, kita perlu rujuk subseksyen 5 Perkara 48. “Subseksyen itu mengatakan seseorang yang telah disabitkan bersalah, dia tak boleh menjadi ahli parlimen. tak boleh dicalon, tak boleh dipilih jadi ahli parlimen.

“Walau ada penangguhan, ia tidak ada apa-apa kesan (kedudukan Najib sebagai MP sekarang). “Tetapi kesan sama ada dia boleh bertanding ataupun tidak, itu tertera dalam perlembagaan dan perlembagaan cukup jelas, Perkara 48(5) kata dia tidak boleh,” katanya. Menurut Salim, Najib hanya boleh bertanding pada pilihan raya akan datang jika dilepaskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Kalau tak lepas, maka itulah pengakhirannya. “Kalau PRU sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan, dia tak boleh bertanding,” jelasnya. Seorang lagi peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar berkata perintah penangguhan tidak bermakna sabitan Najib telah “dilupuskan”.

Menurutnya, terdapat kes rujukan di India apabila Perdana Menteri India ketika itu Indira Gandhi disabitkan dengan kesalahan pilihan raya oleh Mahkamah Tinggi Allahabad. “Indira disabitkan dengan kesalahan pilihan raya oleh mahkamah tinggi Allahabad. Dia memohon rayuan dan mendapat penangguhan sabitan dan hukuman.

“Dia kemudiannya memberitahu Mahkamah Agung India bahawa sabitan kesalahannya telah ditangguhkan dan dengan itu dia boleh bertanding dalam pilihan raya. “Bagaimanapun, Mahkamah Agung berkata tidak, kerana penangguhan itu hanya menunggu rayuan. Dan ini tidak bermakna sabitan itu dilupuskan.”

Sementara itu, peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah ketika dihubungi berkata dia tidak mendapat arahan untuk mengulas soalan mengenai bekas perdana menteri itu boleh bertanding dalam pilihan raya atau tidak. Bagaimanapun, tegasnya, kebimbangan utama mereka dalam memohon penangguhan sabitan adalah kedudukannya sebagai ahli parlimen. “Jadi dengan penangguhan itu, beliau masih kekal sebagai ahli parlimen. “Pilihan raya itu cerita lain, kerana dia belum memutuskan apa-apa.”

sumber: mkini

Akui Diri Dianiaya. Terkini Najib Muat Naik Status Terkini Buat Ramai Yang Tak Senang Duduk.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan tidak bersalah dan telah dianiaya. Semalam, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertdhan membabitkan penylwngan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. selepas menolak rayuan beliau.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.

“Saya dibicara di mahkamah. Saya juga dibicara di mahkamah rakyat. Didapati bersalah dan dihukum tahanan 12 tahun sebab hakim kata ia bukan hak saya untuk sedekahkan RM42 juta yang saya tidak pernah sorok, tidak pernah minta dan tidak pernah arahkan untuk dipindah kepada akaun saya.

“Bahawa ini adalah kesalahan bawah AMLA. Malah mahkamah juga telah diberitahu oleh pihak Ambank dan SPRM bahawa saya turut menerima RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi yang saya juga telah sedekahkan sepenuhnya bagi pelbagai aktiviti CSR dan program rakyat.

“Saya tidak didapati bersalah ambil RM42 juta untuk kegunaan peribadi saya. Sebaliknya maklumat dan bukti bahawa keluarga dan proksi individu-individu tertentu yang merupakan saksi kes SRC yang telah didapati menerima sekurang-kurangnya RM65 juta dan RM85 juta untuk disorok dalam akaun Singapura tidak pula pernah didakwa dan diberikan peluang kepada saya untuk digunakan sebagai bukti baharu bagi pembelaan kes saya,” katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.

Menurut Najib, sudah tentu, setiap individu termasuk beliau juga akan dibicara di mahkamah akhirat nanti. “Saya mungkin tidak mempunyai kebebasan untuk mengulas lebih lanjut di sini mengenai proses mahkamah. Tetapi saya katakan di sini bahawa sehingga hari ini, saya sentiasa menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan telah dianiayai.

“Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia. Peringkat rayuan seterusnya adalah Mahkamah Persekutuan dan saya percaya akan mendapat keadilan. Sebagai seorang yang beragama Islam, saya nyatakan atas nama Allah. Wallahi, wabillahi, watallahi bahawa saya tidak minta dan saya tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk memindahkan dana RM42 juta itu. Mahkamah akhirat nanti hakimnya Allah,” katanya.

Beliau dalam pada itu berterima kasih dan menghargai keyakinan, kepercayaan dan keprihatinan saudara-saudari semua. “Saya tahu ada yang hadir di mahkamah semalam, datang jauh dari Terengganu, dari Pahang, dari Johor dan tempat-tempat lain. Saya ada lihat gambar-gambar yang dihantar kepada saya. Ada yang datang menaiki bas sejauh Kedah, ada yang bekerja sambilan sahaja, menjual roti dan keperluan asas di kampung.

“Ramai dari golongan wanita dan golongan B40 yang menghargai dasar-dasar berkebajikan kerajaan pentadbiran saya dahulu. Awal minggu ini saya menerima kunjungan pemimpin-pemimpin parti, kenalan dan sahabat. “Sehari dua ini juga saya telah menerima panggilan-panggilan dan mesej-mesej daripada rakan-rakan. Saya mungkin tidak dapat balas setiap satu, atau berjumpa dengan setiap seorang dan menyampaikan isi hati penghargaan saya.

“Tetapi izinkanlah saya sampaikan di sini – terima kasih saudara-saudari atas sokongan dan kata-kata semangat yang disampaikan. Bertenang. Mungkin inilah perjalanan yang ditakdirkan. Saya hadapi dengan tenang dan redha. Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia. Ini bukan pengakhiran juga. Tidak sama sekali. Kerana ikrar saya kekal, berjuang ke nafas akhir untuk kebajikan rakyat.” katanya. Beliau mengakhiri catatan itu dengan menulis: “Semoga Allah SWT terus merahmati dan melindungi kita dan permudahkan segala urusan kita”.

sumber: FB Najib Razak

Nak Namakan Vaksin Buatan Malaysia Dengan Nama Bossku. Sekali Najib Tampil Beri Respon Atas Cadangan Bekas Timbalan Menteri.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang hari ini mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk menamakan vaksin Covid-19 buatan Malaysia sebagai “Bossku” atau “Pekan”, mengambil kira populariti bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Hanipa Maidin (PH-Sepang) berkata, nama gelaran “Bossku” yang diberikan oleh penyokong Najib seolah-olah mempunyai satu “impak kuat”, namun kerajaan mungkin perlu bertanya terlebih dulu kepada Ahli Parlimen Pekan itu. “Jika kita cipta vaksin baharu kemudian, kita boleh memanggilnya vaksin ‘Pekan’ atau ‘Bossku’…ada macam satu bola magik dengan ‘title’ Bossku itu…untuk dapat impak yang kuat,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 pada peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Terdahulu, Hanipa yang juga bekas Timbalan Menteri Undang-undang ketika pentadbiran PH, menyoal sejauh mana Pusat Vaksin Kebangsaan bersedia menghadapi sebarang ancman daripada pandemik lain pada masa akan datang. Menurut laporan, MOSTI memperuntukkan hampir RM60 juta untuk penyelidikan dan pembangunan vaksin Covid-19 tempatan bagi mengurangkan kebergantungan pada bekalan vaksin dari negara lain.

Timbalan Menterinya, Ahmad Amzad Hashim berkata, daripada peruntukan itu, RM54 juta diperuntukkan untuk Institut Genom Malaysia, manakala RM2.5 juta untuk pasukan penyelidikan membangunkan v4ksin menggunakan teknologi “Messenger Ribonucleic Acid” (mRNA).

“Sebanyak RM2.5 juta lagi diperuntukkan untuk pembangunan vaksin daripada t-ksin tak teraktif yang dihasilkan kuman di Universiti Putra Malaysia (UPM),” katanya. Dalam pada itu, Najib tampil melahirkan kebimbangan dengan cadangan tersebut dan mengatakan idea tersebut boleh di anggap sebagai kerja tak masuk akal. “Makin menggilr puak sebelah sana…Bimbang pulak, saya”

Vaksin COVID-19 dibangunkan Malaysia dijangka siap 2024 – Laporan

Dalam perkembangan lain, Vaksin COVID-19 yang dibangunkan di Malaysia melalui kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dijangka siap menjelang 2024. Memetik laporan The Star, Pengarah IMR Dr Tahir Aris memaklumkan bahawa vaksin tersebut turut dibangunkan sebagai suntikan ‘booster’ yang berkesan terhadap varian baharu.

“Mereka yang melengkapkan suntikan vaksin mungkin memerlukan suntikan ‘booster’ supaya kekal dilindungi. Mereka mungkin memerlukannya setiap tahun. “Langkah ini penting bagi mengekalkan pertahanan terhadap koronavirus. Malaysia tidak patut bergantung sepenuhnya kepada bekalan vaksin diimport,” kata Dr Tahir yang dipetik oleh laporan itu.

Beliau menambah bahawa pembangunan vaksin tersebut juga mengambil kira Varian of Concern (VOC) seperti Delta. “Kami berharap vaksin ini berkesan terhadap varian-varian baharu,” katanya. Menurut Dr Tahir, perkembangan projek tersebut positif setakat ini dan vaksin itu akan melalui ujian pra-klinikal membabitkan haiwan mulai bulan depan di Institut Penyelidikan Veterinar di Ipoh, Perak.

“Ujian-ujian itu akan mengambil masa kira-kira enam bulan sebelum beralih ke ujian klinikal membabitkan manusia tahun depan. “Justeru itu, kami berharap vaaksin akan siap menjelang 2024.” IMR kini sedang membangunkan dua jenis vaksin COVID-19 dengan satu daripadanya merupakan vaksin jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) manakala satu lagi melalui pendekatan vaksin tidak aktif. Vaksin jenis mRNA tersebut telah dibangunkan sejak November tahun lalu.

sumber: fb Najib Razak, astro awani, mkini

Baru Je Najib Razak Gesa Tengku Zafrul Untuk Tekan Butan I Citra 10k. Sekali Ini Pulak Yang Terjadi Pada Laman Fb Tengku Zafrul.

Selepas Barisan Nasional menang ‘besar’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka , bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan meluluskan pengeluaran i-Citra, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan mahu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertindak segera ke atas permintaan tersebut.

“Tengku Zafrul, kasi tekan butang i-Citra RM10k secepat mungkin,” tulisnya. Susulan perkongsian bekas Perdana Menteri itu, pengguna laman sosial bersetuju dengan cadangan tersebut dan berharap agar kerajaan segera meluluskan pengeluaran i-Citra RM10,000. “Terima kasih dato, dalam gembira meraikan kemenangan, masih ingat pasal rakyat yang sedang kesusahan,” tulis Naim Nazihar pada ruangan komen.

Turut tinggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Kal Lie. “Betul tu DS Najib Razak, kami betul-betul memerlukan RM10,000 tu lagi- lagi golongan B40 macam saya ni. “Dah merata-rata saya mohon kerja, tapi semuanya tak nak ambik, mereka lebihkan yang sihat tubuh badan dan berumur 30 ke bawah. Sebab tu perlukan sangat RM10,000 untuk buat modal berniaga kecil-kecilan,” ujarnya. Sehingga pukul 1 tengah hari tadi, hantaran tersebut telah dikongsi lebih 2,400 pengguna dan lebih 11,000 pengguna Facebook telah tinggalkan komen.

Hantaran Najib di laman Facebooknya

Reaksi Yang Ditinggalkan Orang Ramai Dekat Facebook Tengku Zafrul

Jangan la buat2 tak nampak desakan rakyat KWSP 10k , Tapi hal lain laju jer umun walaupon bukan masa yg sesuai dan mengaibkan org lain…, beri perhatian yg khusus tampa mengikut telunjuk manusia yg berkepentingan dan berdendam. 10k one off.. Tengku sila la tekan butang i-citra.. Rakyat tengah tunggu tu.. Termasuk sy.. Dgn segala hormatnya sila tekan bintang i-citra.

Salam..Tengku Zafrul, harap kerajaan pertimbangkan Tuntutan terakhir 10K Kwsp, keluhan dan desakan, tidak ada tindakan dari kerajaan, berbulan-bulan lamanya. Tengku Zafrul minta tuan bgi pengeluaran 10k on off..kami amat memerlukan ketika ini…byk tanggungang yg perlu di pikul dan di selesai kan…kasihani lah kami…tuan permudah kan urusan kami,Allah permudah kan urusan tuan.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Baru Je Najib Dedah Tidak Akan Terima Katak Politik. Sekali Ada Warganet Yang Tampil Dedahkan Sesuatu Buat Ramai Terkedu.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada rakyat Melaka yang memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat dan memimpin negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Menurutnya, rakyat mahukan kestabilan demi kemakmuran dan bukannya katak-katak politik yang memaksa PRN diadakan di negeri tersebut.

“Satu pilihan raya yang sebenarnya tidak perlu diadakan dan terpaksa dibuat kerana PH (Pakatan Harapan) berkomplot dengan empat ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) untuk menarik sokongan daripada kerajaan negeri. Rakyat telah bersuara serta membuat pilihan dan rakyat juga telah menghantar mesej jelas. Pencapaian harus diutamakan dan janji wajib ditepati. Katak-katak politik tidak diterima sama sekali dan rakyat mahukan kestabilan demi kemakmuran,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya pada Sabtu.

Pada Sabtu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan BN memenangi 15 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan sekali gus berjaya membentuk kerajaan di Melaka. Dalam pada itu, Najib turut yakin Melaka akan bertambah baik, stabil dan makmur di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

“Saya juga ingin menambah di sini bahawa rakyat boleh berpegang kepada janji manifesto BN Melaka dan kita sama-sama usahakannya. Kepada ADUN-ADUN BN dan kepimpinan kerajaan negeri Melaka, mandat telah diberikan oleh rakyat. Buat sehabis baik, tunaikan janji BN dan laksanakan urus tadbir yang cemerlang di Melaka. Melaka telah banyak ketinggalan sejak PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) dan kita perlu kembalikan Melaka ke landasan pembangunan. Melaka juga perlukan pemulihan ekonomi dan urus tadbir kebajikan rakyat yang lebih baik,” katanya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada akar umbi Pas di Melaka yang turut memberikan sokongan atas dasar dan semangat Muafakat Nasional di kawasan-kawasan tertentu. “Walaupun terdapat perbezaan pendapat dari segi hala tuju bersama pada masa ini, namun ahli-ahli kita semua tidak lupa usaha-usaha dahulu ke arah pembentukan Muafakat Nasional dan hanya mahukan yang terbaik. Persaudaraan yang terjalin atas semangat perjuangan dan keikhlasan tidak akan terputus,” katanya.

Ada Calon Katak Lompat Menang

Menurut sorang warganet, terdapat seorang calon BN yang telah lompat dari PKR berjaya menang dan di terima oleh penduduk Melaka. “Semalam ada 1 je katak menang, dun Rembia. BN punya calon tu katak lompat. Lompat from PKR to UMNO. So untuk cakap rakyat tolak katak lompat tak boleh juga.

Dua kali melompat, calon Barisan Nasional (BN) yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia dimenanginya atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Datuk Jailani Khamis telah dipilih semula oleh pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November lepas. Beliau menang dengan majoriti 860 undi. Pada PRU 2018 lalu, Jailani menang atas tiket PKR dengan majoriti undi 6,773 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Norpipah Abdol yang juga penyandang kerusi itu, dan calon PAS, Rashidi Razak, dalam saingan tiga penjuru.

Calon BN DUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menyediakan enam Aku Janji sendiri, tetapi tidak memasukkan Aku Janji untuk tidak lagi melompat parti. Sumber : Trending Sangat

Najib Saran Laksanakan GST Semula Dengan Segera Apabila Negara Pulih Dari Wabak Covid 19.

[PARLIMEN] BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyarankan supaya sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan semula dengan segera apabila negara pulih dari Covid-19.

Menurutnya, ia bagi membolehkan negara mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan dan mengukuhkan kekuatan fiskal kerajaan.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata negara-negara jiran yang kesemuanya melaksanakan cukai GST kini telah berjaya menurunkan cukai korporat mereka ke paras lebih rendah berbanding Malaysia.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini merancang untuk mengurangkan cukai korporat secara berperingkat sehingga ke 17 peratus agar negara lebih kompetitif berbanding negara-negara jiran.

“Hasutan-hasutan bermotif politik yang membawa kepada pemansuhan sistem cukai GST, telah menghalang hasrat kerajaan BN dahulu.

“Selepas tiga tahun dimansuhkan, persepsi rakyat bahawa GST punca utama kenaikan harga barang terbukti tidak benar dan meleset apabila harga barangan asas naik lagi ketara setelah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan,” katanya.

Najib berkata, selain memberi ruang untuk menurunkan cukai korporat dan cukai peribadi, sistem GST yang dipadankan dengan pakej bantuan rakyat sebenarnya memainkan peranan amat penting untuk mengurangkan jurang pendapatan.

“Ini berlawanan dengan propaganda yang menyebabkan sebahagian rakyat termakan hasutan kononnya GST lebih memangsakan pendapatan rendah dan menyebabkan kenaikan harga barangan. Hakikatnya adalah sebaliknya GST menyumbang kepada fiskal kerajaan dan lebihan pendapatan hasil kerajaan itu dipulangkan kepada rakyat terutama sekali golongan B40 dan M40,” katanya.

Beliau berkata, perlu disedari GST adalah cukai penggunaan di mana lebih tinggi perbelanjaan seseorang, lagi tinggi jumlah bayaran GST dan ia membuatkan golongan kaya dan berkemampuan yang berbelanja lebih, akan membayar lebih GST.

“GST juga menyasarkan ekonomi gelap dengan saiznya sebesar RM300 bilion setahun yang sebelum ini terlepas dari membayar apa-apa cukai. Dengan GST, saiz ekonomi gelap dapat dikuncupkan iaitu dianggarkan dari 25 peratus Keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 10 peratus,” katanya.

Menurutnya, kutipan hasil GST mampu diagih kepada golongan B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar berbanding nilai GST yang dibayar mereka. “Sebab itu, kita perlu laksanakan semula GST secepat mungkin apabila negara pulih dari Covid-19,” katanya. Sumber: Malaysiapost

Najib baru je jumpa dengan Perdana Menteri. Terkejut bila tiba tiba Zahid cakap kerajaan hari ni hanya sementara.

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan kerajaan yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, yang disokong oleh parti itu ketika ini hanya bersifat sementara, kerana tidak memiliki mandat mutlak daripada rakyat.

Justeru katanya, sebagaimana diputuskan dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan berpandukan titah Yang di-Pertuan Agong, apabila pandemik COVID-19 mulai berakhir dan selepas imuniti kelompok dicapai, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan.

Beliau berkata, hanya pilihan raya yang membolehkan mandat mutlak diperoleh untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan dipilih oleh rakyat. “Selaku Ketua Parti, saya akan terus berusaha memperkasakan UMNO selaras dengan mandat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan Majlis Kerja Tertinggi.

“Fokus kita tidak pernah lari daripada untuk terus berusaha memantapkan perjalanan parti khususnya dalam persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. “Kerajaan fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat yang amat meruncing ketika ini, manakala UMNO sebagai parti perlu menjadi suara pengimbang mewakili denyut nadi rakyat,

selain fokus memperkasa agenda pemantapan parti menghadapi PRU-15 bagi memperoleh kembali kepercayaan dan mandat rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata UMNO akan saling melengkapi dan bergerak seiring dengan kerajaan serta memfokuskan peranan untuk membela rakyat dan mensejahterakan negara.

Katanya, langkah itu selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO dan Majlis Kerja Tertinggi parti sesuai kehendak akar umbi. “Untuk tempoh enam hingga tujuh bulan akan datang sehinggalah pandemik mulai reda, kerajaan dan parti akan saling lengkap-melengkapi dan bergerak seiring dengan memfokuskan peranan masing-masing,” katanya.

Beliau menjelaskan kehendak akar umbi yang menyatakan semua kerusi tradisi UMNO dan kerusi yang dikhianati setelah diamanahkan oleh rakyat kepada UMNO dan BN pada PRU-14 lalu, tidak boleh sesekali dikompromikan.

Tegasnya, kerusi berkenaan mesti diambil kembali untuk ditandingi oleh UMNO pada PRU akan datang. “Ini termasuklah ketetapan PAU yang membataskan kerjasama dengan BERSATU hanya setelah Parlimen dibubarkan untuk PRU-15 yang akan datang,” katanya.

Dalam masa yang sama, katanya terlalu banyak hikmah Allah takdirkan UMNO hilang kuasa pada PRU lalu supaya dapat muhasabah diri. “Salah satunya ialah nilai kesetiaan kepada parti yang terlalu besar harganya yang menjadi penentu dan fitrah kelangsungan sebuah perjuangan.

“Kepada Allah jualah kita berserah dan mengharapkan petunjuk demi meneruskan agenda perjuangan untuk membela rakyat dan usaha sejahtera negara,” katanya .

Najib jumpa Perdana Menteri

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya, di Putrajaya. Ismail Sabri berkata, dalam pertemuan selama sejam itu, beliau dan bekas Perdana Menteri berbincang mengenai cabaran ekonomi dan strategi menangani C0VID-19.

“Hari ini saya telah menerima kunjungan daripada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Dalam pertemuan selama sejam ini, kami telah membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik C0VID-19.

“Datuk Seri Najib komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta,” katanya dalam hantaran Facebook.

Biar betul Lembah Klang bakal beralih ke fasa baru. Sekali ini yang Ismail Sabri jelaskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi ‘bayangan’ bahawa Lembah Klang akan beralih kepada fasa seterusnya selepas kadar vksinasinya sudah melebihi 80 peratus. Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Ismail Sabri berkata, keputusan untuk peralihan fasa itu akan diputuskan selepas perbincangan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan Kabinet.

“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80 peratus. Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya. Semua ini bakal diputuskan selepas saya berbincang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikan saya nanti, Insya-Allah,” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri bangga dengan dengan semua orang yang terlibat dalam menjayakan program vaksinasi atas dan pencapaian yang luar biasa. Sementara itu, berdasarkan carta yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin C0vd19 (JKJAV) di laman Facebooknya, jumlah penduduk Lembah Klang yang sudah lengkap dua dos vksin kini mencecah 90.3 peratus sehingga semalan. Sumber -K! ONLINE

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.