Home / USAHAWAN / ๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  R๐š๐ฆ๐š๐ข S๐ž๐ซ๐›๐ฎ ๐๐‰๐” ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข D๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง A๐ฒ๐š๐ฆ ๐‘๐Œ๐Ÿ”.๐Ÿ—๐Ÿ– S๐ž๐ค๐ข๐ฅ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ

๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  R๐š๐ฆ๐š๐ข S๐ž๐ซ๐›๐ฎ ๐๐‰๐” ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข D๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง A๐ฒ๐š๐ฆ ๐‘๐Œ๐Ÿ”.๐Ÿ—๐Ÿ– S๐ž๐ค๐ข๐ฅ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ

๐Ž๐ซ๐š๐ง๐  ๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ข ๐ฌ๐ž๐ซ๐›๐ฎ ๐๐‰๐” ๐€๐ฒ๐š๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐š๐ฒ๐š๐ฆ ๐‘๐Œ๐Ÿ”.๐Ÿ—๐Ÿ– ๐ฌ๐ž๐ค๐ข๐ฅ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ

ALOR SETAR: Aktiviti โ€˜happy hourโ€™ yang menjual ayam segar pada harga di bawah kos sempena Majlis Cabutan Bertuah Ayam Bismi 2021 di Pusat Jualan Utama (PJU) Ayam Bismi di Simpang Empat Kangkong di sini semalam mendapat sambutan hebat.

Kenapa tidak? Jika di luar, sekilogram ayam kini mampu mencecah RM9.30 namun di Ayam Bismi semalam cuma RM6.98 sahaja sekali gus menyebabkan pusat jualan itu diserbu orang ramai sepanjang โ€˜happy hourโ€™ berkenaan dari pukul 9.30 hingga 11 pagi.

Memandangkan sambutan yang menggalakkan Pengasas dan Presiden Ayam Bismi, Haji Jaffri Ahmad berbesar hati melanjutkan tempoh โ€˜happy hourโ€™ tersebut sehingga majlis cabutan bertuah berkenaan tamat pada pukul 12 tengah hari.

Sesuatu yang membanggakan apabila lebih 1,000 ekor ayam terjual sepanjang โ€˜happy hourโ€™ berkenaan yang diadakan sebagai salah satu bentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat ini.

Menurut Haji Jaffri, pihaknya berbesar hati untuk menawarkan harga berkenaan sebagai merai dan menghargai pelanggan mereka sempena majlis cabutan bertuah itu.

โ€œHarga yang kami bagi ini, RM6.98 sekilogram memang tak berapa nak lepas (kos) tetapi bagi meraikan program ini kami beri harga ini. Mungkin tuan, puan tidak dapat motosikal atau televisyen tetapi dapat beli ayam pada harga murah sekurang-kurangnya.

โ€œHarga kawalan sekarang, RM9.30 sekilogram dan Ayam Bismi jual RM6.98 jadi sudah jimat,โ€ katanya ketika berucap pada majlis itu.

Happy Hour berkenaan diadakan sempena Majlis Cabutan Bertuah Ayam Bismi 2021 yang menawarkan hadiah menarik bernilai lebih RM100,000.


Malah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk menghargai dan meraikan pelanggan syarikat milikan penuh bumiputera itu menyediakan 20 televisyen plasma berukuran 50 inci dan 21 motosikal.

Peringkat pertama program yang berlangsung semalam menyaksikan 10 motosikal dan 10 televisyen dibawa pulang pelanggan bertuah.

Bagi menyertai cabutan bertuah ini pelanggan hanya perlu membeli produk Ayam Bismi bernilai RM20 sebelum layak menerima satu kupon penyertaan.

Ia terbuka kepada semua pelanggan Ayam Bismi di semua pusat jualannya.

Pelanggan hanya perlu mengisi maklumat peribadi diri dan memasukkan kupon tersebut dalam kotak disediakan di Pusat Jualan Utama Simpang Empat dan 15 outlet di Kedah serta Perlis.

Cabutan bertuah bagi peringkat kedua akan diadakan tahun depan.

Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi) bermula dengan sebagai syarikat memproses dan menjual ayam kecil-kecilan pada 1988, kemudian berkembang dalam segmen penternakan yang kini mempunyai 18 ladang bersepadu dengan kapasiti ternakan 2 juta ekor ayam.

Ayam Bismi yang bergelar syarikat milikan bumiputera sepenuhnya kemudian mengorak langkah memasarkan hasil ternakan secara borong dan runcit melalui penubuhan empat anak syarikatnya, Bismi Cergas Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti penternakan, Ayam Bismi Sdn. Bhd. (aktiviti pemprosesan dan pemasaran), Naka Biolife Sdn. Bhd. (mengendali makmal diagnosis) dan Ayam Bismi Food Sdn. Bhd. (pemprosesan produk hiliran).

Pada masa ini, Ayam Bismi berkembang pesat dengan mencari ejen dan stokis di seluruh Malaysia untuk memasarkan Ayam Segar Beku (FFC) yang dipotong, dicuci dan dibekukan segera serta produk hiliran seperti Ayam Popcorn, Ayam Perap, Ayam Kisar, Rempah Ayam Goreng Tandoori, Bebola Ayam (Bisball). Terdapat 600 stokis-ejen di seluruh Malaysia.

Penulis: Jamliah Hj Abdullah
Foto: Nurfawiezatul Azna Abdul Nasir

#AyamBismi #cabutanbertuahayambismi #kedah

About admin2

Check Also

Kenaikan el4un lembaga pengarah FGV wajar, tak naik seki4n lama – Felda

KUALA LUMPUR: Semakan elaun lembaga pengarah FGV Holdings Berhad (FGV) disifatkan wajar kerana setelah sekian …

Leave a Reply

Your email address will not be published.