Home / Viral / MerdekaMalaysia / Bila pejuang agama mahu desak haramkan rokok? Soal Ridhuan Tee
bila-pejuang-agama-mahu-desak-haramkan-rokok?-soal-ridhuan-tee

Bila pejuang agama mahu desak haramkan rokok? Soal Ridhuan Tee

Meskipun ada undang-undang larangan merokok di beberapa kawasan awam, namun sehingga kini tidak ada tindakan tegas dilakukan.

Walhal, rokoklah antara punca utama yang menyebabkan anak-anak muda – termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah – terjerumus dalam gejala dadah.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, mengikut dapatan kajian beliau dan rakan-rakan bertajuk ‘faktor penagihan dadah dalam kalangan etnik Melayu berbanding etnik Cina’, boleh dikatakan tidak ada penagih dadah yang tidak bermula dengan rokok.

“Semuanya bermula dengan rokok. Tidakkah kita sedar rokok punca berleluasanya dadah hari,” katanya dalam kenyataan di Facebook, seperti dilaporkan Ismaweb.net.

Dalam pada itu, beliau berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan menfatwakan begitu lama, bahawa rokok, termasuk vape itu adalah haram.

Bagaimanapun, di negara ini, sesiapapun termasuk orang Islam yang berumur lebih 18 tahun boleh membeli rokok, tembakau atau produk lain yang mempunyai nikotin dengan begitu mudah tanpa sebarang tindakan undang-undang.

“Di negeri Terengganu, penjualan vape semakin berleluasa. Kedai vape seperti cendawan tumbuh.

“Apa yang dapat diharapkan. Malah, perokok yang beragama Islam ini begitu angkuh sehingga berani melakukan dosa merokok di tempat yang dilarang merokok atau vape, termasuklah di Dewan Rakyat

“Saya sedang menunggu, pejuang-pejuang agama untuk tampil bersuara dan mengikuti langkah terbaharu kerajaan New Zealand ini,” katanya.

Sebelum ini, New Zealand dilaporkan akan mengharamkan penjualan tembakau atau rokok kepada rakyatnya yang dilahirkan selepas tahun 2008.

Ini bagi memastikan generasi akan datang tidak lagi merokok.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.