Home / Kisah Tauladan / Di usia 25 tahun (2022) nanti, anak muda ini bakal bergelar Dr setelah selesai PhD in Petroleum Engineering

Di usia 25 tahun (2022) nanti, anak muda ini bakal bergelar Dr setelah selesai PhD in Petroleum Engineering

Saya pernah pinjam contoh karangan English untuk rujukan anak sulung saya semasa dia Form 3. Kagum dengan bahasa dan ayat yang digunakan.

‘Ini bukan level Form 3 ni, Form 5 pun kalah ni’, getus hati saya.

Tapi, tak pelik sebab ibu dan ayahnya adalah guru Bahasa Inggeris dan memang itu adalah bahasa pertamanya di rumah.

Dia terus melangkah.
.
.
Semua A semasa SPM 2014 di MRSM Kopu.
Bergelar al-hafiz setelah setahun setengah kelas hafazan. Masya Allah!

Saya tak pelik sebab dia memang istiqamah dan sangat rajin disamping Allah kurniakan ketajaman akal untuk menghafal.

Tergolong dalam 7 pelajar teratas semasa di peringkat Persediaan MADPP.

Ditaja oleh MARA untuk menyambung peringkat degree di West Virginia University, US. Cemerlang juga di situ.

“Mama, the cords that I have around my neck indicates the cgpa”, beritahu beliau bila ibunya bertanyakan soalan yang saya tanya.

He graduated with magna cum laude, meaning cgpa between 3.61 to 3.8. Tahniah aunty ucapkan!

Mendapat tawaran oleh universiti berkenaan untuk teruskan Master dan kemudian PhD sehingga sekarang. Di usia 25 tahun (2022) nanti, anak muda ini bakal bergelar Dr setelah selesai PhD in Petroleum EngineeringHis lecturer amat menggalakkan untuk dia memohon green card dan mendapat title as Permanent Residence di sana. Satu penghormatan yang saya sangat bangga bagi anak muda exMRSM Kopu dari Pasir Pekan, Kelantan ini. Moga beliau akan terus membawakan mesej dakwah walau di mana saja beliau berada.

Tapi, lagi sekali saya tidak pelik kerana ada al-Qur’an bergerak yang dibawanya kemana-mana.

Membaca Yasin sepanjang perjalanan semasa di tahun pertama di US sebelum berjumpa dengan halal food walaupun ada rakan yang berhenti makan non-halal food dengan alasan darurat (15 jam perjalanan ke Florida). Allahu Akbar.

Amalan membaca 1 mukasurat ayat-ayat Allah setiap rakaat solat sebagai murajaah setiap hari.

Memang begitulah!
Tidak pelik jika Allah kurniakan kejayaan demi kejayaan pada beliau.
Sentiasa bawa Al-Qur’an walau di mana saja beliau berada.
Moga semua ini menjadikan beliau seorang yang sentiasa bersyukur.

Itulah niat si ibu yang memang beliau pesan pada anak-anak beliau sejak berada di sekolah rendah.
“Kalau nak belajar kat oversea, mama minta hafal Qur’an dulu dan biar Qur’an sentiasa bersama-sama”.

Itulah prinsip yang dipegang oleh anak-anak beliau.

Bahagia!
Bila Allah kurniakan mata dengan kanta akhirat.

Keempat-empat anak beliau adalah hafiz dan hafizah. Alhamdulillah! Saya turut bangga sebagai kawan kepada ibunya sejak Tingkatan 1.

Moga kita juga dikurniakan mata dan matahati yang sentiasa memandang Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan.

“Dan apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, Aku dekatinya sehasta, apabila hamba-Ku mendekati-Ku sehasta, maka Aku dekatinya sedepa. Jika hamba-Ku mendatangiku dengan berjalan, maka Aku datanginya dengan berlari”
(HR Bukhari dan Muslim).

p/s: This post has been consented by his mom. (“Sekiranya boleh memberi manafaat, silakan share” pesan beliau pada saya)

Kredit enie nawawi

About admin2

Check Also

Kenang Isteri Tengah Sarat Mengandung & An4k Kecil Di Rumah, Lelaki Batal Ni4t Terjun Jambatan

Mengenangkan isteri yang sedang sarat mengandung dan anak kecil di rumah, hasrat. seorang. lelaki yang berniat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.