Home / Viral / MerdekaMalaysia / Isteri Syahmi Sazli terpaksa dimasukkan ke hospital. Sekali Syahmi dedah apa sebenarnya yang berlaku.
isteri-syahmi-sazli-terpaksa-dimasukkan-ke-hospital-sekali-syahmi-dedah-apa-sebenarnya-yang-berlaku.

Isteri Syahmi Sazli terpaksa dimasukkan ke hospital. Sekali Syahmi dedah apa sebenarnya yang berlaku.

Pengarah dan Youtuber popular, Syahmi Sazli memaklumkan isterinya, Anissa Faizul kini sedang menerima rawatan di KPJ Penang Specialist Hospital selepas doktor mendapati ada jangkitan kuman pada air kencingnya. Khabar tersebut dikongsikan sendiri oleh Syahmi menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Menurut Syahmi, dia mendapat tahu mengenai perkara tersebut ketika sedang menjalani sesi pengambaran filem terbarunya yang berjudul 35mm. “Mi tengah shoot filem 35mm tadi dapat berita dari doktor yang Nissa kena masuk air dan ada jangkitan kuman dalam air kencing. Get well soon, my wife. Doakan Nissa ye,” tulisnya. Katanya lagi, isterinya itu terpaksa dimasukkan air dan harus berehat buat sementara waktu di hospital.

Dikesempatan itu juga, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan isterinya agar segera sembuh seperti sedia kala. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga isteri Syahmi akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

“Get well soon Nissa. Kena minum air masak banyak-banyak. MasyaAllah, semoga Allah SWT memberi kekuatan dan kesembuhan serta kembali sihat buat Nissa. Syafakallah Nissa. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” antara komen-komen warganet di laman Instagram. Sekadar informasi, Syahmi dan Nissa telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ainul Mardhiah. Sementara itu, baru-baru ini, menerusi perkongsian di laman Instagram, Nissa memaklumkan dia kini sedang hamil anak ke-2. Sumber: Media Hiburan

Ramai Puji Dan Bangga Dengan Youtuber Kelantan Ni. Sudi Bantu Jiran Ubah Nasib Dengan Jual Benda Ni.

Syahmi bersyukur jirannya mampu keluar daripada kesusahan yang dihadapinya sebelum ini. Perkongsian bintang YouTube terkenal Syahmi Sazli tentang kejayaan jirannya di Kota Bharu, Kelantan membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda hasil daripada perniagaan kuah mukbang mendapat perhatian warganet. Rata-rata kagum dengan sikap suka membantu Syahmi, 26, hingga berjaya mengubah nasib peniaga kecil yang sebelum ini berdepan kepayahan hidup akibat pandemik Covid-19. Cerita pengarah Mael Totey The Movie ini, jiran yang dikenali sebagai Era itu pernah menggadai harta benda untuk meneruskan hidup.

“Alhamdulillah, saya gembira tengok Kak Era dah mampu beli kereta baharu secara tunai. Selama tiga bulan berniaga hasil jualannya cecah ratusan ribu ringgit. Saya terkejut dan bangga dia dapat rasa hasil titik peluh dia, saya ni tolong sikit je yang selebihnya kak Era usaha sendiri. Dia kata rasa nak menangis kerana tak sangka. Sebelum ini dia pernah jual kereta untuk survive, emas pun dia gadai tapi Alhamdulillah dah tebus balik,” katanya.

Syahmi bersyukur dapat membantu orang yang dalam kesusahan.

Untuk rekod sejak beberapa bulan lalu Syahmi menggunakan popularitinya di media sosial untuk mempromosikan kuah mukbang milik jirannya itu dan menjualnya menerusi sebuah laman e-dagang. Kuah mukbang yang dimaksudkan itu merupakan kuah segera yang sedia dimakan dengan makanan laut seperti udang, ketam, siput, kerang dan sebagainya.

Semoga dengan bantuan ni dapat memudahkan rezeki saya juga sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

Dalam pada itu Syahmi berkata dia percaya sebahagian daripada rezeki yang diterimanya perlu dikongsikan dengan orang lain. Ujar Syahmi, dia juga pernah melalui kesusahan seperti yang dihadapi jirannya itu namun berkat usaha dapat mengubah nasib dan hidupnya kini.

Syahmi percaya dalam rezekinya juga terdapat rezeki orang lain.

“Dulu pun saya pernah bermula daripada bawah dan tak ada apa-apa. Jadi apabila tengok Kak Era ni bersungguh nak ubah nasib diam saya jadi lebih bersemangat nak bantu apa yang termampu. Dia datang ke rumah minta tolong jualkan produk dia sebab tak dapat nak bayar sewa. Saya terbuka hati untuk bantu. Tapi sejujurnya saya tengok juga produk apa (sebelum bantu) sebab taknak followers saya tertipu. Benda sedap dan boleh jual, sebab tu saya teruskan,” katanya.

Tambahnya, jirannya juga seorang yang berfikiran terbuka dan menerima segala nasihat serta cadangan yang diberikan. “Kak Era pun jenis yang terbuka, apabila saya tegur untuk perbaiki resepi… dia okey. Semoga dengan bantuan ni dapat memudahkan rezeki saya juga sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain,” ujarnya. Sumber : Mstar

Syahmi Sazli Tak Merungut Dengan Income Youtubenya Sekarang. Malah Syukur Dapat Bantu Jiran Buat Duit Sampai Sebanyak Ini.

HAMPIR empat bulan saluran YouTube ‘bersawang’ tanpa video baharu, ramai yang tertanya-tanya tentang pendapatan YouTuber Syahmi Sazli ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19. Mengakui terjejas, Syahmi, 26, bagaimanapun berkata situasi itu membuatkan dia lebih kreatif untuk mencuba sesuatu yang baharu menerusi perniagaan di laman e-dagang.

Lebih mengagumkan apabila dia juga berupaya membantu jirannya di Kota Bharu, Kelantan untuk menjana pendapatan bersih sekitar RM100,000 dalam masa hanya dua minggu. “Saya hanya nak tolong jiran yang ada perniagaan kedai makan, tapi sepanjang arahan lockdown baru-baru ini pendapatan dia makin terjejas.

Syahmi akui rindu untuk kembali menghasilkan content YouTube.

“Dia datang minta tolong saya jualkan kuah mukbang, dia dah tak boleh bayar sewa kedai. Jadi saya pun tolong jual di Shopee. Alhamdulillah Tuhan nak tolong dia… untung bersih kira-kira RM100,000 dan jiran saya tu dapat RM70,000,” katanya. Kuah mukbang yang sudah terjual sebanyak 12,000 botol itu merupakan kuah segera yang sedia dimakan dengan makanan laut seperti udang, ketam, siput, kerang dan sebagainya.

Tak sangka pula pendapatan daripada bisnes ni lagi banyak daripada hasilkan video YouTube… Alhamdulillah.

Tambah pengarah filem Mael Totey The Movie ini lagi dia terlebih dahulu memulakan bisnes di laman e-dagang berkenaan dengan menjual pewangi kereta. Akui bintang media sosial yang turut mengetengahkan bakat orang kelainan upaya seperti Mohd Asyiff Suhaimi dan Muhammad Ashrul Hakim Lukman (Yoe Parey) ini, pendapatan menerusi bisnes berkenaan melebihi apa yang diperolehi daripada YouTube dan Facebook.

“Sepanjang PKP ni YouTube dan Facebook memang terjejas teruk sebab tak boleh buat content, hanya bergantung kepada hasil tontonan video-video lama. Tapi Alhamdulillah Allah buka hati saya untuk mulakan bisnes walaupun sebenarnya ia sekadar try and error je. Tak sangka pula pendapatan daripada bisnes ni lagi banyak daripada hasilkan video YouTube… Alhamdulillah,” katanya. Sumber : Mstar

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.