Home / Viral / MerdekaMalaysia / Lulus RUU pinda Perlembagaan Persekutuan iktiraf tuntutan Sabah, S’wak
lulus-ruu-pinda-perlembagaan-persekutuan-iktiraf-tuntutan-sabah,-s’wak

Lulus RUU pinda Perlembagaan Persekutuan iktiraf tuntutan Sabah, S’wak

Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat hari ini, benar-benar memberi pengiktirafan kepada tuntutan dan status istimewa Sabah dan Sarawak apabila menyertai Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pindaan itu akan menyaksikan MA63 diletakkan setaraf dengan Perjanjian Persekutuan 1948 dan Perjanjian Persekutuan 1957.

Beliau berkata ini berikutan ia memperincikan peringkat pembentukan dan hala tuju Malaysia daripada Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan hala tuju Persekutuan Tanah Melayu 1957 apabila Perlembagaan Persekutuan diterima pakai pada 1957.

“Apabila Malaysia dibentuk pada 1963, kecuali beberapa perkara mengenai kawal lindung, perundangan dan kedudukan istimewa yang telah dipersetujui, beberapa janji dalam MA63 tidak dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu Perjanjian itu sendiri tidak diiktiraf.

“Apa yang kami lakukan di sini adalah untuk meletakkan MA63 dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menjadi Malaysia yang sebenar dalam konteks tiga perjanjian – Perjanjian Persekutuan 1948, Perjanjian Persekutuan 1957 dan MA63.

“Ia memberi maruah kepada Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada Malaysia, yang kemudiannya mewujudkan negara ini,” katanya dalam kenyataan berikutan kelulusan pindaan itu hari ini.

Wan Junaidi seterusnya berkata dengan mengiktiraf MA63 dalam Perlembagaan Persekutuan, kerajaan kini boleh merujuk kepada semua janji yang dibuat pada 1963 secara terperinci dan dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), yang merupakan kajian mendalam Laporan Suruhanjaya Cobbold mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tujuh Ahli Parlimen Warisan menyokong pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 kerana Perkara 1(2) merupakan satu daripada perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh status Sabah Sarawak.

“Kami ingin tegaskan bahawa kami boleh bersetuju dengan perkara-perkara yang memberikan kebaikan untuk negara dan Sabah tanpa perlu menandatangani MoU (Memorandum Persefahaman) dengan kerajaan dan Pakatan Harapan,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri Datuk Ignatius Dorell Leiking (Penampang), Datuk Mohd Azis Jamman (Sepanggar), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Ma’mun Sulaiman (Kalabakan), Ahmad Hassan (Papar) dan Datuk Rozman Isli (Labuan).

– Bernama

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.