Home / Kisah Tauladan / Pilu | Sudahlah pendapatan terjejas, kaki pula kena potong

Pilu | Sudahlah pendapatan terjejas, kaki pula kena potong

SEREMBAN – Sepasang suami­ isteri bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila diuji masalah kesihatan selepas pendapatan terjejas sepanjang Pe­rintah kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.

Mustafa Katim, 60, yang menghidap kencing manis sejak tiga tahun lalu kini bergerak de­ngan menggunakan kerusi roda selepas kaki kanannya dipotong pada November lalu.

Isteri Mustafa, Zaiton Zakaria, 55, pula diuji penyakit tiroid, jantung, darah tinggi dan kencing manis. Pasangan itu menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Senawang di sini.

Menurut Mustafa, dia meneruskan hidup dengan wang bantuan sebanyak RM360 sebulan yang diterima daripada Baitulmal kerana sudah tidak lagi mampu untuk bekerja.

“Sebelum ini, saya dan isteri berniaga kedai makan, namun sejak PKP dilaksanakan pada tahun lepas perniagaan terjejas. Apabila PKP ditamatkan, kaki saya pula terpaksa dipotong,” katanya kepada ditemui baru-baru ini.

Mustafa memberitahu, wang bantuan Baitumal digunakan sebaik mungkin untuk membayar sewa rumah sebanyak RM124 sebulan dan perbelanjaan lain.

“Saya ada tujuh anak, tetapi masing-masing hidup sederhana. Saya tidak mahu menyusahkan mereka. Kalau kaki tidak dipotong, saya boleh berniaga semula. Ini ujian Allah buat kami,” ujarnya.

Pasangan itu tinggal bersama anak bongsu berusia 19 tahun dan cucu berusia lima tahun.

Sementara itu, Jurucakap Baitulmal berkata, Mustafa dan isterinya merupakan penerima bantuan kewangan secara bulanan sejak 2014 dan Majlis Agama­ Islam Negeri Sembilan akan membantu membayar tunggakan sewa rumah RM1,500.

Orang ramai yang mahu membantu boleh berbuat demikian menerusi Bank Simpanan Nasional bernombor 05112 4100001 6732 atas nama Mustafa Katim.

Sumber Kosmo online

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About admin

Check Also

Kenapa Hati Kau Busvk Bern4nah..”-Normah Damanhuri Mula Naik Ger4m

Baru-baru ini, pelakon Normah Damanhuri telah menerima kejutan istimewa selepas anaknya, Liana Rosli atau Kak …

Leave a Reply

Your email address will not be published.