Home / Viral / MerdekaMalaysia / Ramai yang lega bila Fazley Yaakob tersingkir dari Gegar Vaganza. Tapi ramai yang terkejut bila Tok Ram bongkarkan sesuatu tentang Fazley Yaakob.
ramai-yang-lega-bila-fazley-yaakob-tersingkir-dari-gegar-vaganza-tapi-ramai-yang-terkejut-bila-tok-ram-bongkarkan-sesuatu-tentang-fazley-yaakob.

Ramai yang lega bila Fazley Yaakob tersingkir dari Gegar Vaganza. Tapi ramai yang terkejut bila Tok Ram bongkarkan sesuatu tentang Fazley Yaakob.

Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS memuji keberanian cef selebriti Datuk Fazley Yaakob yang berjuang habis-habisan hingga minggu keempat Gegar Vaganza 8 (GV8). Biarpun tersingkir awal, kata Ramli, Fazley sudah menunjukkan keberaniannya dan mencabar diri dalam bidang nyanyian. “Tekad keberanian dia masuk dalam GV saya respek dan kagumi. Dia berani walaupun dia mungkin berisiko terkeluar awal.

“Saya tak rasa dia nak popular sebab dia dah ada platform lain. Tapi dia nak menyanyi, tak apa. Saya kagum,” komen Ramli. Dalam pada itu, ulas Ramli, juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 itu hilang banyak markah pada vokalnya menerusi persembahan lagu Mahligai Syahdu (Datuk Hattan).

Dibandingkan secara keseluruhan, Fazley hanya berjaya mengumpul markah sebanyak 50%, kurang 0.5% dari penyanyi negara seberang, Upiak Isil. “Kalau tengok kreativiti, ia duduk dalam persembahan iaitu cuma 20 peratus. Vokal 80 peratus dan hilang banyak markah pada vokal.

“Kadang-kala dia tak menolong walau dapat markah tinggi dari segi persembahan pentas, memang dia dapat agak tinggi. “Tapi secara matematiknya, markah vokal lagi tinggi jika dibandingkan dengan persembahan pentas,” ujarnya lagi. Konsert keempat GV8 menyaksikan Adibah Noor yang menyanyikan lagu Jika (Melly Goeslaw & Ari Lasso) dalam rendisi keroncong mengungguli kedudukan dengan kutipan markah sebanyak 78.1%.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam. GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi. Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November. Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021. Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.

Sumber : GEMPAK

Fazley Yaakob Tersingkir Pada Minggu Keempat. Terkejut Sekali Ini Komen Pedas Dari Datuk Syafinaz Malam Tu.

MENEPATI ramalan ramai, penyanyi Datuk Fazley Yaakob menjadi peserta kedua yang gagal meneruskan saingan dalam program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad. Fazley yang menyanyikan lagu Mahligai Syahdu nyanyian asal Datuk Hattan semasa konsert minggu keempat terpaksa berpuas hati dengan markah sebanyak 50 peratus.

Menurut juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, nyanyian Fazley pada kali ini adalah yang terbaik sepanjang berada di dalam program tersebut namun masih banyak yang perlu dibaiki. “Antara semua persembahan selama empat minggu, ini yang paling bagus. Walaupun pada bahagian pembukaan agak shaky, tapi lepas itu baru awak dapat catch up balik.

Antara komen nakal warganet di Twitter.

“Apabila menyanyi memang kita kena mendalami perasaan itu tapi ketika di atas pentas kita tak ada pilihan iaitu perlu fokus. “Lepas ni awak nak teruskan menyanyi atau setakat ini sahaja? Kalau masih serius nak menyanyi tolong ambil kelas vokal,” kata Syafinaz.

Sementara itu rata-rata warganet di Twitter melahirkan rasa gembira dengan keputusan juri memberikan markah terendah kepada Fazley yang juga merupakan seorang cef selebriti. Kata mereka, Fazley lebih sesuai meneruskan kerjaya dalam bidang masakan berbanding nyanyian.

“Saya dapat tidur lena apabila dapat tahu cef itu sudah tiada dalam program itu lagi. “Minggu depan baru betul game on selepas Fazley terkeluar, pertandingan yang sebenar baru bermula. “Tak mengapa Datuk, bertahan sampai minggu keempat dianggap satu pencapaian untuk orang yang lama tak menyanyi. Thumbs up!” demikian antara komen warganet.

Bagaimanapun Fazley sendiri seakan sudah menjangkakan dia akan meninggalkan pentas GV8 selepas persembahan minggu keempat. “Kepada mereka yang nak tengok saya berhenti menyanyi dan memasak… jemput datang ke bistro saya,” katanya. Dalam pada itu, Adibah Noor mendapat markah tertinggi iaitu 78.10 peratus diikuti Nikki Palikat (76.6) dan Suki Low (75).

Dalam minggu keempat Adibah Noor menyampaikan lagu Jika nyanyian Melly Goeslow, Nikki (Zombie/Cranberries), Suki (Jampi/Hael Husaini). Selain Syafinaz, dua juri tetap iaitu pengarah terkenal Datuk Ramli MS dan Heyty Koes Endang bersama seorang juri jemputan Datuk Seri Shah Rezza.

GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad bersama Jihan Muse sebagai hos. Anugerah Digi Next Level dimenangi oleh Shidee manakala pemenang Cuckoo Sa.Ya. Juara bakal membawa pulang hadiah waNg tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 untuk tempat ketiga

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Mstar

Lumrah Kalau Pentas Berhantu Sekalipun. Fazley Yaakob Dapat Markah Terendah. Akhirnya Dia Tampil Bongarkan Apa Yang Jadi.

Umum mengetahui, Dato Fazley Yaakob mendapat markah terendah berdasarkan persembahan lagu miliknya Asmara Ini dalam sebuah program hiburan tempatan semalam. Bagaimanapun, tiada penyingkiran pada minggu pertama dan sekaligus melayakkan beliau bertanding di konsert kedua pada minggu hadapan bersama 12 peserta yang lain.

Adat bertanding, pasti ada yang kalah dan menang. Namun, hal yang memesongkan akidah seperti memohon bantuan jin atau bersahabat dengan iblis menjadi kisah pemanas dalam setiap panggung. Bagi cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, hal itu dianggapnya sebagai lumrah dan tidak menolak kebarangkalian untuk ada dalam acara bersifat pertandingan.

Kata Fazley, setiap yang bertanding mahukan kemenangan, oleh itu tidak mustahil taktik kotor juga antara jalan pintas untuk mencapai apa yang diinginkan. “Dalam dunia masakan atau nyanyian pasti ada pembawakan mistiknya tersendiri. Jadi persediaan itu sudah ada seperti amalan-amalan zikir, solat-solat sunat, itu lumrah amalan biasa.

“Namun, apabila berada di satu pentas yang besar, keadaan misteri itu suatu hal yang tak boleh elak sebab setiap pertandingan ada orang yang ingin menang, mencapai kemuncak. “Jadi, apabila pentas itu berhantu sekali pun, berhantu dengan muzik, berhantu dengan gangguan, berhantu dengan baik sekali pun, itu adalah lumrah dan tak menjadi masalah,” katanya.

Terbaru, Fazley memohon maaf kepada semua pihak sekiranya persembahan yang dilakukan semalam kurang memuaskan. Saya mohon maaf. Menerusi Twitter Fazley, beliau memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak memberi persembahan yang terbaik semalam.

Ujar Fazley, perasaannya sangat gemuruh dan sedikit emosi ketika tampil melakukan persembahan. Disebabkan itu, beliau berada di tangga terakhir. Jelas Fazley lagi, sudah 10 tahun beliau tidak beraksi dan melakukan persembahan di pentas.

Rata-rata wartganet memberi kata-kata semangat buat Fazley dan berharap beliau bakal memberikan persembahan yang terbaik pada minggu kedua ini. Untuk minggu kedua, Fazley memberitahu dia akan berusaha yang terbaik untuk menyampaikan lagu ‘Laguku Untukmu’ nyanyian Hasnol.

Fazley yang popular dengan lagu Asmara Ini menjadi salah satu antara bintang yang bertanding dalam rancangan realiti popular Gegar Vaganza musim kelapan (GV8). Selain Fazley, 12 bintang lain yang turut serta termasuk Adibah Noor, Suki Low, Nikki Palikat, Shidee, Azzan, Ani Maiyuni, Bandi Amuk, Aliff Aziz dan wakil Indonesia, Upiak Isil.

Konsert mingguan ‘GV8’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa. Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021.

Rupanya Ini Cerita Yang Mungkin Ramai Tak Tahu. Datuk Fazley Yaakob Tampil Berkongsi Kisah Suka Duka Bersama Isteri.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil berkongsi kisah suka dan dukanya sepanjang percintaannya dengan isteri tersayang, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz. Menurut Fazley, ramai yang telah mendengar kisah perjalanan hidup mereka berdua dan mungkin kisah tersebut adalah benar.

“Buat yang tahu, mereka tahulah kisah kami. Buat yang dengar kisah, mungkin banyak yang betul. “Buat yang tak pernah tahu, tapi dah agak, betul jugalah tu. “Benar, percintaan kami yang berusia 17 tahun dan perkahwinan kami yang hari ni genap 15 tahun, terbina dari airmata kami berdua.

“Airmata keluarga kami dan juga air mata ramai penyokong kami. “Pertama sekali, terima kasih buat semua keluarga jauh dan dekat ,sahabat-sahabat, rakan-rakan media juga serta mereka yang kenal rapat dan samar-samar kerana telah mendoakan saya dan isteri sehingga bertahannya perkahwinan kami selama ini.

“Walaupun dengan 13 kali keg.guran, kami tetap dikurniakan 4 orang cahaya mata. Syukur kehadrat Ilahi,” katanya. Tambahnya dia juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada isterinya kerana telah banyak berkorban untuk dirinya dan anak-anak.

“Buat Adik sayang, our journey has been a rollercoaster ride, sejak hari pertama hingga sekarang. “But we grew stronger after every test and hurdle. Doa kepada Allah merupakan pelindung terhebat. “40 hari membaca Yassin sejak hari pertama juga menjadi benteng kekuatan kepada orang yang mahu melihat kami berpecah. “Terima kasih atas semua pengorbanan. Kamu tinggalkan semua untuk bersama saya yang ketika itu tiada apa-apa.

“Saya bersyukur ada kamu sebagai isteri. Selamat ulang tahun ke 15 Adik Sayang. “Terus kuat untuk semai cinta dan sayang kepada anak-anak,” katanya. Fazley berkata demikian menerusi satu posting di Instagram.

Video:

https://www.instagram.com/tv/CV9BsXrFUcs/?utm_source=ig_web_copy_link

Sekadar info, Fazley dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata. Pasangan itu kemudian mengadakan majlis persandingan semula sempena meraikan ulangtahun perkahwinan mereka ke-13 pada 2018.-Sumber: Gempak.

Dato Fazley Kini Cari Suami Baru Untuk Ibu Tapi Kecantikannya Ibu Pula Jadi Perhatian.

Bergelar ibu tunggal tanpa suami sebagai peneman di sisi pastinya sedikit sebanyak mengundang rasa sepi buat sesetengah wanita. Namun dengan kehadiran anak-anak tercinta yang menjalankan tanggungjawab menjaga dengan baik, ia merupakan anugerah paling bahagia. Pun begitu bagi Dato’ Fazley Yaakob, nampaknya beliau mempunyai cara tersendiri untuk menggembirakan ibu tercinta.

Bismillah…Saya nak cari jodoh untuk ibu saya

Beberapa jam lalu menerusi Facebook rasmi chef terkemuka ini, beliau telah membuat sebuah posting bagi mempromosikan soal pencarian jodoh buat ibunya, Datin Umi Kalsom Abdol Latif. Antara kriteria calon suami yang dicari semestinya bukanlah ‘laki orang’, berusia sekitar 60-70 tahun dan ikhlas mencari kebahagiaan dunia akhirat. Jelas Dato’ Fzley lagi, semuanya dilakukan untuk kegembiraan wanita tersebut

Pernah trauma & depress apabila suami dijemput Ilahi 2016 dahulu.
Terdahulu menerusi perkongsian bersama portal Nona, Datin Umi pernah mendedahkan dirinya trauma dan depress setelah mengalami pemergian suami tercinta pada tahun 2016.

Malah akibat terkejut sehingga kesihatannya terjejas, beliau sendiri tidak masuk ke dapur dan seakan-akan kehilangan minat memasak kerana semua itu akan mengingatkannya kepada.

Pernah jumpa kat hotel, maknya memang cantik…Putih gebu pandang tak jemu.

Menjengah ke ruangan komen, warganet terus mendoakan yang terbaik moga-moga ‘misi’ tukang masak terkenal itu berjaya. Tidak ketinggalan juga, begitu ramai yang memuji kecantikan Datin Umi di usia 68 tahun kerana nampak masih awet muda.

Sumber: Kisah Dunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Pemuda Dedah Temu Jodoh Dengan Cikgu Sendiri. Walaupun Beza Umur 25 Tahun Namun Ia Bukan Suatu Halangan.

Jodoh itu sememangnya rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa dapat menduga siapa jodoh kita di masa akan datang dan apabila ia tiba pastinya satu anugerah yang begitu istimewa.

Berjodoh dengan cikgu sendiri

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda apabila bertemu jodoh dengan gurunya sendiri. Hal tersebut dikongsikan oleh satu akuan TikTok menggunakan nama @Samballana_bistro78 apabila memuat naik video rangkuman perkenalan dengan isteri tersayang. Dalam video tersebut, pengguna akaun @Samballana_bistro78 memaklumkan yang dia merupakan seorang pelajar  letika itu dan kerap bergambar dengan guru yang kini isterinya  bermula dari tahun 2016.

Selamat bernikah pada 2020

Tak lama selepas itu, dia memberanikan diri mengajak keluar makan sekitar tahun 2018 dan pada tahun 2020, mereka berdua sah bergelar suami isteri.

Beza usia 25 tahun

Menurutnya lagi, perbezaan usia mereka adalah 25 tahun dan hal tersebut bukan menjadi masalah buat mereka berdua yang kini bahagia bersama. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, akaun TikToknya telah menerima pelbagai komen oleh warganet yang agak terkejut dengan pengakuannya. Walau bagaimanapun, masing-masing mendoakan agar hubungan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir usia dan mengakui bahawa jika sudah berjodoh, pasti tidak akan kemana.

Sumber: TikTok @Samballana_bistro78

Kini Kaki Travel Sudah Pun Bertemu Jodoh Dengan Tour Guide. Sekali Gadis Ini Dedahkan Cara Perkenalan Mereka.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, begitu juga dengan soal jodoh. Seorang wanita rakyat Malaysia bertemu jodoh selepas menjejakkan kaki buat pertama kali di bumi Kashmir dekat India. Siapa sangka, wanita berkenaan kini bergelar isteri kepada warga Kashmir yang merupakan pemandu pelancongnya sewaktu berkunjung ke negeri di utara India itu. Berkongsi pengalaman, wanita berkenaan, Nurul Aini Osman berkata, dia sebenarnya suka melancong ke kebanyakan destinasi dunia dan sering melakukan pengembaraan solo.

Dia yang berusia 35 tahun itu bagaimanapun mengakui Kashmir bukan menjadi pilihan pengembaraannya sebelum berkunjung ke destinasi percutian itu buat pertama kali. “Sebenarnya India bukanlah dalam senarai percutian saya untuk saya mengembara secara solo kerana berisiko untuk saya seorang perempuan ke sana bersendirian. Jujurnya, saya sebelum ini tak tahu ada tempat bernama Kashmir sehinggalah seorang pengguna Facebook mahu berkenalan dengan saya,” katanya.

Lebih mesra disapa Aini, katanya, perkenalannya bersama jejaka Kashmir bermula tahun 2017 itu hanya sekadar rakan biasa, namun sering bertanya khabar antara satu sama lain. “Saya tahu dia bekerja sebagai tour guide di sana, jadi selalu juga dia hantar promosi pakej pelancong dari semasa ke semasa. Dia juga sering bertanya khabar. Hati saya hanya terdetik untuk ke Kashmir apabila sepupu mahu bercuti ke sana dan meminta bantuan saya untuk mencari pakej-pakej menarik memandangkan saya selalu travel. Saya pun minta bantuan dia dan mendapatkan khidmatnya sebagai pemandu pelancong sepanjang lawatan saya bersama sepupu sekeluarga dan rakan-rakan di Kashmir pada 2018,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Menurut pensyarah itu, lawatan ke Kashmir juga begitu singkat iaitu hanya empat hari dan tiga malam, kerana mereka perlu ke beberapa destinasi lain di India selepas itu. Walau bagaimanapun kata Aini, pemandu pelancong itu yang bernama Obaid Yousuf Shangloo terus berhubung dengannya selepas dia pulang ke Malaysia.

“Suatu hari, dia beritahu mahu berkenalan dengan saya lebih rapat. Saya ambil kira faktor kami berjauhan di Malaysia-Kashmir selain usianya yang begitu muda baru 20-an. Saya beritahu dia kalau benar dia nak berkenalan dengan saya lebih rapat, dia kena datang ke Malaysia. Dia buktikan keikhlasan dan keberaniannya dengan datang berjumpa saya di Kuala Lumpur, dan itulah kunjungan pertamanya ke Malaysia.

Jujurnya, saya sebelum ini tak tahu ada tempat bernama Kashmir sehinggalah seorang pengguna Facebook mahu berkenalan dengan saya

“Saya kemudian pergi lagi ke Kashmir dan dia bawa saya jumpa keluarganya, dan dia berjumpa dengan keluarga saya pada akhir 2018 sebelum kami bertunang pada 2019,” katanya sambil menambah suaminya kini berusia 25 tahun. Menurut Aini, mereka kemudian disatukan sebagai suami isteri pada Mac 2020, kira-kira seminggu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

Terkandas bersama suami di Kashmir selama enam bulan tahun lalu berikutan pintu sempadan negara ditutup akibat pandemik Covid-19, Aini dan suami kini berada di Malaysia. “Walaupun muda, tapi keperibadian suami lebih matang dari usianya. Dia seorang yang bertanggungjawab, penyabar dan bertolak ansur… apa yang lebih penting keikhlasan dan keberaniannya buatkan hati saya menerima dia seadanya,” katanya. Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.