Home / Viral / MerdekaMalaysia / Rita Rudaini syukur dapat solat secara berjemaah subuh di Masjid. Sekali ada sesuatu yang buat dia rasa janggal.
rita-rudaini-syukur-dapat-solat-secara-berjemaah-subuh-di-masjid-sekali-ada-sesuatu-yang-buat-dia-rasa-janggal.

Rita Rudaini syukur dapat solat secara berjemaah subuh di Masjid. Sekali ada sesuatu yang buat dia rasa janggal.

Nama pelakon hebat, Rita Rudaini sering kali menjadi bualan ‘hangat’ warganet susulan dia lantang memberikan pendapat mengenai vaksin. Bagaimanapun, pelakon yang sinonim dengan filem Mami Jarum menafikan dirinya anti vaksin seperti yang didakwa segelintir pihak hanya disebabkan belum bersedia untuk menerima vaksin CvdI9 sebaliknya, menggelarkan dirinya prosafe.

‘Memang rasa lain…’

Terbaru, menerusi perkongsian Instastory Rita meluahkan rasa syukur berikutan dapat menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid. Namun, perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang diamalkan membuatkan dia berasa sedikit ‘janggal’ berikutan setiap jemaah perlu menjaga jarak satu meter antara satu sama lain.

Pagi ini saya dapat solat Subuh jemaah di masjid. Alhamdulillah, tapi rasa lain bila kena solat jarak. Memang rasa lain. Terdahulu, nama Rita pernah menjadi bualan warganet dalam Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar Instastory sedang merebus bunga cengkih. Sumber: Rita Rudaini

Doktor Bagi Tahu Daun Teh Untuk Kurus Adalah Mengarut. Tak Boleh Berdiam Sekali Rita Rudaini Tampil Bersuara Memang Padu.

Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah menerusi sebuah video di laman TikTok, tampil memberikan peringatan kepada orang ramai mengenai produk kurus yang semakin laris dijual di pasaran. Menerusi video tersebut Dr Rafidah menjelaskan tiada jalan singkat bagi seseorang itu untuk menurunkan berat badan melainkan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Pada masa yang sama, dia turut memohon kepada orang ramai supaya tidak percaya dengan janji-janji ‘palsu’ yang ditawarkan oleh produk tersebut. Teh dari daun senna bagi kurus? Hanya mampu termenung dengan maklumat sampah macam ini. Please tolonglah praktik gaya hidup sihat. Kenapalah susah sangat, jangan malas! Semua produk kurus adalah sampah. Kecuali anda mahu merisikokan organ dalaman sendiri.

Susulan daripada itu, pelakon cantik, Rita Rudaini dipercayai tidak bersetuju dengan kenyataan yang disampaikan oleh Dr Rafidah dan menjelaskan daun senna merupakan sunnah yang diamalkan oleh Nabi. “Doktor daun senna tu sunnah Nabi. Rajin doktor main TikTok, sister tolong promote account TikTok doktor ya. Cutenyaa buat macam tu. Geram macam nak cubit-cubit pipi sebab comel sangat macam heroin Korea.”

Ustaz Kazim pun respon

Menerusi semakan pihak OHBULAN! penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) turut tinggalkan komen menerusi video ‘peringatan’ Dr Rafidah. Menerusi komen tersebut, Ustaz Kazim menjelaskan terdapat khasiat yang terdapat dalam dalam daun senna dan meminta supaya Dr Rafidah lebih berhati-hati selepas ini. Bagaimanapun, mungkin berlakunya salah faham berikutan apa yang cuba ‘ditekankan’ oleh Dr Rafidah adalah produk kurus sampah bukannya daun senna semata-mata.

Sumber: Rita Rudaini & Dr. Rafidah via Oh Bulan

Anak Aidil Zafuan Digelar Malang Kerana Dapat Ibu Tak Vaksin. Sekali Ini Jawapan Padu Rita Rudaini.

Hampir setiap minggu, ada saja cerita mengenai pelakon Rita Rudaini berhubung pendapatnya mengenai vaksin Covid-19 yang dikongsi di laman InstaStory.

Terbaharu, berdasarkan laporan Cari Forum, pelakon berusia 45 tahun itu meluahkan tentang dua orang anaknya yang dikatakan bernasib malang kerana memiliki ibu yang belum mengambil suntikan vaksin.

Seolah-olah berbaur sinikal, pelakon filem Rumah Maduku Berhantu itu bersyukur anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna tidak dijadikan bahan uji kaji.

“Nasib baik Tuhan jadikan sisturr (gelar dirinya) seorang mak yang b0do tak serah badan dan anak-anak untuk uji kaji. Sisturr syukur sangat dipilih jadi b0do betholl,” tulisnya.

Malah, pelakon berasal dari Kangar, Perlis itu turut memuat naik tangkap layar sebuah laporan berita mengenai varian baharu Covid-19 iaitu Omicron yang mempunyai gejala seperti keletihan teruk.

“Tadi lepas Subuh, mop bilik kucing. Cuci 4 tandas, vakum, mop, letih gla. Awat letih sangat ni. Adakah salah mop? Ke sebab omicron megatron bagai? “Tapi hari-hari memang letih lah lepas buat kerja rumah. Geram ni sebab keliru,” luahnya.

Terdahulu, Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar menafikan dirinya antivaksin seperti didakwa segelintir pihak sebaliknya memilih prosafe yang bermaksud belum bersedia bagi menerima vaksin. Sumber: Cari Forum , Instagram Rita Rudaini

Rita Rudaini Bengang Bila Ada Sekolah Yang Letakkan Guru Yang Tolak Vaksin Di Dalam Tandas Sebagai Bilik Khas Guru.

“Hati binatang is real!” Panas betul hati pelakon sensasi Rita Rudaini apabila mengulas mengenai nasib menimpa guru yang enggan divaksin. Menerusi Instastory, Rita menyifatkan tindakan meletak guru yang menolak vaksin di dalam tandas sebagai bilik khas guru adalah tindakan melampau. Justeru, Rita mempersoalkan nasib Guru Besar sekolah berkenaan di akhirat kelak atas tindakannya yang patuh pada arahan pihak atasan.

“Guru Besar sekolah ni rasa di padang mahsyar nanti tempat dia dalam air-cond ke sebab patuh dan sokong arahan atasan?” tulisnya. Dia juga nekad mendedahkan nama sekolah yang dimaksudkannya itu. “Binatang lagi mulia dari manusia sekarang,” katanya lagi. Kita tunggu Rita dedahkan nama sekolah ini dan reaksi pihak sekolah terhadap tindakan Rita itu. Sumber: cari

Baru Je Rita Rudaini Tampil Pertikaikan Individu Lengkap Vksin. Sekali Doktor Ini Terus Tampil Bidas Kenyataan Rita.

Nampaknya ada sahaja kontroversi melibatkan Rita Rudaini lebih-lebih lagi mengenai pendapat peribadi pelakon itu tentang keburukan v.ks1n CvdI9. Baru-baru ini, menerusi satu video tular di media sosial, Rita mendkwa dirinya insan terpilih kerana Tuhan membuka matanya untuk menolak pengambilan vks1n.

“Kami nak habaq, kita sebenarnya insan terpilih, Tuhan bukak mata kita, Dia tak pilih orang yang pakai lebai ka, pakai jubah ka, belajaq kat London ka, Oxford ka pejadah semua, Tuhan berkehendak sesiapa saja yang Dia nak bukak mata,” katanya. Dalam pada itu, Rita turtut mempersoalkan mengapa golongan yang sudah mengambil v.ks1n namun masih lagi memakai pelitup muka di tempat awam dan tidak seperti di luar negara. Kalau hangpa kata kat oversea dah 100 peratus v.ks1n buka mask, awat hang tak buka mask? Kalut sangat. Cakap tak guna o.tak. Itu kami kata lembu. Lembu kacuk,” katanya.

Rita turut mempersoalkan apabila masih ada yang dij.angkiti CvdI9 di set penggambaran meskipun sudah cukup dua dos v.aks1n. Malah, Rita turut mend.kwa golongan yang div.ks1n adalah golongan yang tak normal kerana terpaksa disuntik setiap tahun. Sebelum ini nama pelakon itu menjadi bualan ramai apabila menolak v.ks1n CvdI9. Bagaimanapun, Rita berkata dia bukan seorang a.nti v.askin namun lebih selesa digelar prosafe.

Doktor Bidas Kenyataan Rita

Tindakan aktres popular Rita Rudaini yang tidak habis-habis mempertikaikan keberkesanan v.ks1n CvdI9 semakin mendapat perhatian banyak pihak malah turut dibidas oleh komuniti pakar perubatan. Seorang doktor pelatih dalam bidang perubatan keluarga family medicine, Dr. Nimelesh Balanthiren menegaskan, sudah kerap kali diberitahu bahawa v.ks1n tidak boleh mencegah j.ngkitan CvdI9 seratus peratus namun ia boleh mencegah j.angkitan t.eruk yang mengakibatkan komplikasi.

“Berapa banyak sudah nyawa yang hilang kerana CvdI9. Vks1n boleh melindungi seseorang tetapi sistem imuniti badan juga memainkan peranan penting. Jika imuniti rendah, risiko untuk kena tetap ada. Sebab itu masih ada nasihat untuk ikut prosedur operasi standard SOP, pakai pelitup muka dan sebagainya,” katanya menerusi bebenang ciapan di laman Twitter baru-baru ini. Tambah Nimelesh, ramai pesakit yang tidak sempat divks1n dan mengalami komplikasi CvdI9 sekarang, berbulan-bulan batuk, sukar bernafas malah ada juga yang keluar masuk h.ospital.

“Kita yang kerja dalam bidang kes.ihatan yang terdedah kepada k.es sebegini. Ingat senang ke nak sampaikan berita kehilangan insan tersayang akibat CvdI9 kepada ahli keluarga?. Jika anda Rita rasa anda artis atau orang berpengaruh, gunalah suara anda di jalan yang betul,” ujar beliau. Bidasan tersebut adalah balasan pada satu video aktres tersebut yang meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada warganet yang memberikan pelbagai gelaran kepadanya setelah lantang mempersoalkan tentang v.aksinasi C0vid 19. Sumber : Trending Sangat

Akibat Tukar Tajuk Poster Filem Lakonannya. Rita Rudaini Beri Teguran Keras Dan Gelarkan Ini Pada Individu Ini.

Pelakon jelita, Rita Rudaini tampil mengkritik tindakan seorang pengulas filem bebas yang dikenali sebagai Zhafvlog selepas individu itu telah menyunting poster tajuk filem lakonannya kepada anti-vaksin, meruju kepada diri Rita yang tidak divaksin.

Akal Yang Diberi Tuhan Bukan Diguna Untuk Hina Orang Lain

Menerusi Insta Stories, pelakon ini menjelaskan bahawa akal yang diberikan oleh Tuhan bukan digunakan untuk menghina orang lain. “Tuhan bagi akal dekat ko bro bukan untuk ko guna menghina orang. Ramai orang Islam macam ni mencaci cerca orang yang tak vaksin.. Malu la kat agama lain bro..Lepas vaksin dah jadi lembu..Tuhan bagi ko jadi manusia ko pilih nak jadi LEMBU..”- tegur Rita

Gelar Zhafvlog Sebagai “Blogger Lembu”

Rita Rudaini atau nama penuhnya Rita Rudaini Binti Mokhtar turut menggelarkan Zhaf sebagai ‘blogger lembu’ yang hanya melakukan kandungan yang tidak bijak. “Blogger Lembu memang akan buat konten bodoh-bodoh macam Lembu. Takat tu ja pun otak mampu pikiaq..Nak masuk 2022 dah oii. Takat tu ja ka? Biasa lah blogger sampah. Gelar diri sendiri blogger. Tapi tak nampak macam blogger pun..Lebih mirip kepada LEMBU kacuk b4b1”- tegasnya

Terdahulu, melaporkan pelakon ini  mempersoalkan sikap warganet yang ‘panas’ dengan dirinya yang masih tidak mahu divaksin. Akui Rita, dia hanya berada dalam rumah dan rasa pelik dengan sikap segelintir warganet yang telah menerima vaksin. Sumber: Murai.

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, Like Dan Share Ya. Terima kasih!

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: ThepostBd.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dapatkan jawapan berkenaan aplikasi MySejahtera di Komuniti Rakyat Mysejahtera https://www.facebook.com/groups/mysejahtera/?ref=share

Jika anda Sokong Ekonomi Muslim | Komuniti Ustaz Ebit Elewsmart Fans https://www.facebook.com/groups/ebitlewmart/?ref=share

About mohd cucu

Check Also

pegawai-sprm-guna-as$6.94-juta-wang-rampasan-beli-aset-mewah-–-dpp

Pegawai SPRM guna AS$6.94 juta wang rampasan beli aset mewah – DPP

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrum Nizam baruddin telah menggunakan sebahagian wang rampasan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.